ISTANBUL: Malaysia berharap Sesi Luar Biasa Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Islam (ICIM) akan menyuarakan kecaman keras terhadap pembunuhan wartawan di Gaza, yang berani mendedahkan liputan berita secara langsung dari lapangan.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata lebih 120 wartawan telah terkorban (setakat 10 Feb) dalam serangan Israel ke atas Gaza, menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan mereka.
Beliau berkata amanah yang digalas mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan bukan sahaja memberitahu dunia tetapi juga memainkan peranan penting dalam menentang maklumat buruk yang disebarkan oleh Israel dan sekutunya.
"Walaupun kerajaan dan media Malaysia tidak boleh campur tangan secara langsung di zon konflik, mereka mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu. Meskipun mendapat kecaman daripada badan akhbar antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keganasan terhadap wartawan berterusan tanpa henti," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan Persediaan Tertutup Sesi Luar Biasa ICIM negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini hari ini.
Mohamad Fauzi mengetuai delegasi Malaysia mewakili Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada persidangan sehari yang dijadualkan pukul 4 petang (waktu tempatan) pada Sabtu.
Beliau berkata media dan kerajaan Malaysia telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin di tengah-tengah konflik yang berlaku di Gaza, mengulangi komitmen Malaysia yang telah lama terjalin terhadap perjuangan Palestin.
Beliau berkata media dan pegawai kerajaan Malaysia menyedari kempen maklumat palsu oleh Israel dan pelbagai media pro-Israel.
"Sejak serangan tentera Israel ke atas Gaza pada 7 Okt 2023, media Malaysia telah mengambil pendekatan proaktif dan adil dalam liputannya.
"Kandungan diperoleh daripada saluran yang boleh dipercayai, termasuk organisasi berbilang pihak seperti PBB, Pihak Berkuasa Palestin serta saluran media yang dipercayai seperti Agensi Berita Palestin (WAM) dan media negara Arab yang berdekatan," katanya.
Dengan 20 perjanjian pertukaran berita dengan agensi berita Timur Tengah, Mohamad Fauzi berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah memainkan peranan penting dalam menyediakan liputan meluas mengenai konflik yang sedang berlaku.
Sebagai tindak balas kepada naratif palsu yang disebarkan oleh Israel dan sekutunya, beliau berkata media Malaysia telah mengetengahkan perbincangan di PBB dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) serta kenyataan organisasi seperti Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
''Pendekatan komprehensif ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang seimbang dan tepat kepada rakyat Malaysia. Tambahan lagi, penganalisis Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam hal ehwal Timur Tengah telah dirujuk untuk memberikan perspektif yang bermaklumat dan menentang naratif berat sebelah yang menyelubungi konflik tersebut.
"Pandangan mereka telah menambah konteks berharga kepada liputan media Malaysia, menawarkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kerumitan yang dimainkan di rantau ini," katanya.
Dianjurkan oleh OIC, persidangan itu antara lain untuk membincangkan usaha bersama dalam menghadapi maklumat palsu dan permusuhan daripada pihak berkuasa Israel terhadap wartawan dan saluran media di wilayah Palestin yang diduduki mereka.
Israel mengebom Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 membunuh lebih 29,000 orang dan mengakibatkan kemusnahan berskala besar dan kekurangan bekalan barangan keperluan yang mencetuskan krisis kemanuasiaan di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024

Lebih 120 wartawan telah terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza, menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan mereka. - AP

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat.

Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.

Lebih 2,000 wartawan terbunuh dalam 20 tahun: Kumpulan pemantau media
Konflik-konflik seperti perang di Iraq, Syria, Ukraine, dan Gaza adalah antara yang menyumbang kepada jumlah terbesar wartawan terbunuh.

4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.

Sesi Luar Biasa ICIM: Malaysia gesa kecaman keras terhadap pembunuhan wartawan di Gaza
Lebih 120 wartawan telah terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza, menimbulkan kebimbangan serius mengenai keselamatan mereka.

106 wartawan terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel
Seorang lagi wartawan TV Al-Quds terbunuh dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Lebih 100 wartawan terbunuh sejak pengeboman Israel di Gaza
Wartawan Palestin, Muhammed Abu Hweidy adalah yang terbaharu terbunuh dalam serangan udara Israel di rumahnya di timur Kota Gaza pada Sabtu.

Sekurang-kurangnya 61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt
Pada 7 Okt sahaja, enam wartawan maut manakala pada 18 Nov lima dilaporkan terbunuh.

Sekurang-kurangnya 50 wartawan, petugas media terbunuh sejak 7 Okt
Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Okt lepas mencecah 50 orang.

Seorang lagi wartawan Palestin terkorban di Gaza
Seorang wartawan Palestin terbunuh selepas serangan udara tentera penceroboh Israel menyasarkan rumahnya di Semenanjung Gaza pada Sabtu, menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS).Wartawan itu di