KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.
Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin hari ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, di ibu negara.
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari, 2019,” demikian menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara, hari ini.
Jelas Ahmad Fadil, kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu dianjurkan adalah pada 25 Oktober, 2020 di Istana Negara.
Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 di negara ini.
Astro Awani
Wed Jun 09 2021
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda. - Gambar fail
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?
Pelawak Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Pasca PRU15: Muhyiddin pulang ke rumah, selesai menghadap Agong
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di kediamannya di Bukit Damansara pada jam 5.15 petang sejurus menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Perdana Menteri tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Menjadi kelaziman Perdana Menteri selaku ketua kerajaan untuk Menghadap Yang di-Pertuan Agong pada setiap Rabu bagi sesi Mesyuarat pra-Kabinet.
Polis sahkan terima laporan wakil Istana Negara
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata laporan berkenaan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini pada Jumaat.
Pejabat Tun M 'belanja' air kelapa kepada petugas media di Istana Negara
Selain air nyior, pejabat Dr Mahathir turut menyediakan lebih 100 pek bihun goreng kepada petugas media.
Menghadap Agong: Anwar serah dua dokumen kepada Al-Sultan Abdullah
Presiden PKR itu menyerahkan dua dokumen penting berkaitan COVID-19 dan ekonomi negara kepada Al-Sultan Abdullah.
Menghadap Agong: Tun Mahathir tiba di Istana Negara
Kenderaan yang membawa Dr Mahathir dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 1.58 tengah hari.
COVID-19 agenda utama sesi menghadap pemimpin parti politik
Ini sekali gus tamatkan spekulasi sesetengah pihak berhubung pertemuan itu yang dikatakan membincangkan landskap politik semasa negara.
Agong berkenan adakan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja 16 Jun ini
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan anjur Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.
Pertemuan pemimpin politik dengan Agong legakan rakyat - Peguam
Pertemuan pemimpin politik dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara melegakan rakyat.
Menghadap Yang di-Pertuan Agong: Pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar Ibrahim
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.