PUTRAJAYA: Mulai sesi persekolahan 2024/2025, pelajar di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) hanya perlu memakai seragam dua hari seminggu.
Sementara dua hari lagi pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM memutuskan demikian selepas sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk guru dan wakil komuniti.
"Bagi sesi 2024/2025 yang bermula Mac ini, setelah sesi libat urus dengan semua pihak, baik pihak industri, mereka yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya guru-guru, pentadbir dan wakil-wakil komuniti, maka KPM memutuskan untuk pakaian seragam bagi 2024/2025 diteruskan seperti berikut, dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Pendidikan di sini, pada Jumaat.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu memaklumkan, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan kemudian kepada semua sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Sebelum ini KPM memberi kelonggaran pemakaian baju sukan pada 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.
BERIT A LANJUT MENYUSUL
Umavathi Ramayah
Fri Jan 19 2024
Fadhlina Sidek berkata, KPM memutuskan demikian selepas sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk guru dan wakil komuniti. - Foto MOE
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.
Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah dijangka dibentang Februari
KPM dijangka membentangkan Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah pada sesi Dewan Rakyat Februari ini.
KPM sedang gubal dasar pendidikan wajib sekolah menengah - Fadhlina
Menurut Fadhlina, dasar tersebut juga selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara.
Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina
Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.
Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.
GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
Pasukan petugas khas bentang laporan penambahbaikan RMT pada 1 Mac 2025 - Fadhlina
Pasukan petugas khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan membentangkan laporan penuh mengenai penambahbaikan program tersebut pada 1 Mac 2025.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.