KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi 12 negeri Kumpulan B bermula hari ini dengan para pelajar bersemangat untuk kembali ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara fizikal di dalam kelas selain bertemu guru dan rakan-rakan.
Ibu bapa juga memberikan reaksi positif terhadap pembelajaran dan kelas secara bersemuka berbanding kelas yang dijalankan secara dalam talian sebelum ini.
Sekolah Kumpulan B ialah sekolah di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.
Tinjauan Bernama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maxwell di ibu negara hari ini mendapati rata-rata ibu bapa bersyukur dengan pembukaan sekolah kali ini selepas melihat anak-anak mereka melalui tempoh sukar sepanjang belajar secara dalam talian.
Bagi Mathibathanan Ramakrishnan, 57, beliau secara peribadi berasakan bahawa manfaat pembelajaran secara fizikal adalah lebih besar berbanding kelas secara dalam talian terutamanya dalam aspek melibatkan kesihatan mental pelajar.
"Di sekolah, anak saya dapat bersosial serta berinteraksi dengan rakan dan guru. Pembelajaran juga lebih efisien sebab mudah untuk bertanya...bagi saya, banyak lagi masalah kelas secara online ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bernama difahamkan SMK Maxwell yang terjejas ketika banjir melanda ibu negara bulan lepas dapat menerima kehadiran pelajar-pelajarnya setelah sekolah berkenaan dibersihkan secara gotong-royong oleh ibu bapa yang juga alumni sekolah berkenaan.
Di SELANGOR, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin meluangkan masa lebih satu jam untuk meninjau pengoperasian Sekolah Kebangsaan (SK) Meru di Kapar, Klang.
Bapa pasangan kembar murid perempuan prasekolah di SK Meru, Zainal Sadari, 38, berkata kedua-dua anaknya Ariana Nur Iman Tihani dan Althia Nur Iman Tihani, sangat teruja untuk ke sekolah pagi ini memandangkan sudah lama tidak bersemuka dengan rakan-rakan.
Di PERAK, tinjauan di Sekolah Kebangsaan Seri Ampang di Ipoh mendapati ibu bapa menghantar anak ke sekolah menggunakan konsep 'pandu lalu' yang diperkenalkan sekolah sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.
Kelihatan kebanyakan murid Tahun Satu, Dua dan Enam hadir seawal pukul 6.50 pagi untuk beratur menjalani pemeriksaan suhu badan serta menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum memasuki kelas masing-masing.
Di PERLIS rata-rata murid sekolah teruja dapat kembali ke sekolah dengan azam baharu apabila sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bermula hari ini.
Seorang murid Tahun Lima, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kangar, K. Jeyshrini berkata beliau berasa teruja dapat kembali mengikuti pembelajaran secara bersemuka bersama rakan-rakan di sekolah.
Turut berkongsi kegembiraan ialah Noor Damia Mahamad Noor, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar yang begitu teruja ke sekolah dan mengakui dia tidak dapat melelapkan mata malam tadi kerana tidak sabar untuk hadir ke sekolah pagi ini.
Di MELAKA, Pengerusi Jawatakuasa Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata seramai 85,136 murid sekolah rendah dan 65,219 pelajar sekolah menengah memulakan sesi persekolahan hari ini.
Beliau berkata masih terdapat 71 pelajar merangkumi sekolah rendah dan menengah yang masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Jasin akibat banjir.
"Bagi guru pula, tiada yang terjejas akibat banjir dan mereka bertugas seperti biasa hari ini. Pelajar yang mengalami masalah kerosakan buku teks atau kelengkapan sekolah diharap berhubung dengan sekolah bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pelitup muka kepada pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak.
Di NEGERI SEMBILAN, pelajar SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Puteri Nur Hidayatul Akma Mohd Khairi, 16, bersemangat memulakan hari pertama persekolahan meskipun tidak dapat memakai uniform lengkap seperti tahun sebelumnya.
Susulan banjir teruk melanda Taman Sungai Gemas, Puteri Nur Hidayatul hanya dapat membuat persiapan secara sederhana dengan memakai kemeja-T lengan panjang dan seluar sukan serta berselipar ke sekolah, pagi ini.
"Ini merupakan pengalaman pertama dalam hidup saya memakai baju biasa dan selipar susulan kesemua pakaian dan peralatan sekolah rosak dan dihanyut arus deras. Walaupun barang-barang semua basah dan habis rosak, ia tidak mematahkan semangat saya untuk pergi ke sekolah," katanya.
Seramai 194,345 pelajar di negeri ini merangkumi 107,522 murid sekolah rendah dan 86,823 pelajar sekolah menengah membabitkan lima Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) termasuk Seremban, Kuala Pilah dan Tampin.
Di PAHANG, sebanyak 34 sekolah tidak memulakan sesi persekolahan hari ini kerana masih dinaiki air dengan 10 daripadanya terletak di daerah Pekan.
Bakinya pula ialah masing-masing enam di Temerloh dan Rompin, Bera (empat), Jerantut (tiga), Lipis (tiga) dan dua di Kuantan. Sementara enam lagi sekolah tidak beroperasi walaupun banjir sudah surut, disebabkan persekitaran sekolah masih tidak sesuai untuk menerima kehadiran pelajar.
Sementara bagi pengusaha van sekolah Yusri Akob, 47, menyifatkan pembukaan sekolah membolehkan beliau menarik nafas lega selepas pendapatannya terjejas tahun lepas akibat pandemik COVID-19.
"Rumah di Kuantan yang dinaiki air akibat banjir bulan lepas menyebabkan saya sangat perlu untuk bekerja bagi menggantikan barang yang rosak," katanya.
Di KOTA KINABALU Pengarah Pendidikan negeri Datuk Dr Mistirine Radin berkata seramai 536,395 pelajar memulakan sesi persekolahan hari ini melibatkan 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah di seluruh Sabah.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi seramai 320,912 murid sekolah rendah dan 215,483 pelajar sekolah menengah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
![Sesi persekolahan bermula dengan pelajar bersemangat ikuti kelas secara fizikal Sesi persekolahan bermula dengan pelajar bersemangat ikuti kelas secara fizikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641787346_HariPertamaSekolah.jpg)
Sebahagian murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat tiba pada awal pagi bagi memulakan hari pertama sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 hari ini. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
ASEAN 2025 | 12 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739355489_USA.jpg)
Ekonomi kukuh, tiada keperluan turunkan segera kadar dana - Pengerusi Fed AS
Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar dana persekutuan berikutan kekuatan ekonomi semasa.
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu - Radzi Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641788970_RadziJidin.jpg)
Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu - Radzi
Keseluruhannya, 4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga, 2021/2022.
![Sesi persekolahan bermula dengan pelajar bersemangat ikuti kelas secara fizikal Sesi persekolahan bermula dengan pelajar bersemangat ikuti kelas secara fizikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641787346_HariPertamaSekolah.jpg)
Sesi persekolahan bermula dengan pelajar bersemangat ikuti kelas secara fizikal
Ibu bapa juga beri reaksi positif terhadap pembelajaran dan kelas secara bersemuka berbanding kelas secara dalam talian.
![Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641781262_HariPertamaSekolah.jpg)
Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini
Sejumlah 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah kerajaan dibuka untuk sesi persekolahan bersemuka di negeri ini.
![528,234 pelajar di Sabah kembali ke sekolah hari ini 528,234 pelajar di Sabah kembali ke sekolah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637560093_TBSekolahBuka.jpg)
528,234 pelajar di Sabah kembali ke sekolah hari ini
Daripada jumlah itu, seramai 209,906 orang adalah pelajar sekolah menengah dan 318,328 murid sekolah rendah.
![Sekolah bersemuka di Selangor, KL, Putrajaya, Melaka bermula hari ini Sekolah bersemuka di Selangor, KL, Putrajaya, Melaka bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635730631_Firstdayschool.jpg)
Sekolah bersemuka di Selangor, KL, Putrajaya, Melaka bermula hari ini
Operasi institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini adalah berdasarkan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober lalu.
![KPM, KKM bincang pelajar Tingkatan 5 ke sekolah tanpa penggiliran KPM, KKM bincang pelajar Tingkatan 5 ke sekolah tanpa penggiliran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634530583_RadziMdJidin.jpg)
KPM, KKM bincang pelajar Tingkatan 5 ke sekolah tanpa penggiliran
Ia susulan peningkatan kadar vaksinasi pelajar Tingkatan Lima yang mencecah 97 peratus.
![94,000 pelajar mulakan sesi persekolahan bersemuka hari ini 94,000 pelajar mulakan sesi persekolahan bersemuka hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633322660_pelajar.jpg)
94,000 pelajar mulakan sesi persekolahan bersemuka hari ini
Pembukaan hari ini membabitkan pelajar Tingkatan Enam Semester Dua, kelas peperiksaan antarabangsa, MBK dan PPKI yang hadir tanpa penggiliran mengikut ketetapan Fasa Dua.
![Sesi persekolahan bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi Sesi persekolahan bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633239675_TBSEKOLAHLANGKAWI.jpg)
Sesi persekolahan bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi
Di Terengganu dan Langkawi, pembukaan sekolah melibatkan masing-masing 35,438 dan 2,159 pelajar dan murid.
![TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613381261_TINJAUANDIDIKTV.jpg)
TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.