KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan antara pencapaian besar kementerian dalam arena diplomatik negara sepanjang setahun kerajaan Madani adalah berjaya meletakkan Malaysia kembali di landasan betul, baik di peringkat serantau mahupun antarabangsa.
Beliau berkata perkara itu jelas membantu Malaysia dilihat sebagai sebuah negara dihormati khususnya apabila diundang dan diberikan ruang baru-baru ini untuk menghadiri dua mesyuarat penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Yang pertama adalah bagi menyatakan pendirian negara dalam isu Palestin iaitu di Mesyuarat Pleno Sesi Ke-78 Perhimpunan Agung PBB, kedua Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) 28-29 Nov.
Di kedua-dua mesyuarat itu di mana beliau mewakili negara, bersama negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan Arab dan negara-negara yang sehaluan di platform PBB meningkatkan momentum dan memberi tekanan supaya hak rakyat Palestin dikembalikan.
"Justeru, saya berpendapat dalam tempoh setahun ini Kementerian Luar membuat anjakan penting dalam usaha letakkan Malaysia kembali di persada antarabangsa, disokong dengan beberapa visi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan BERNAMA selepas menjadi tetamu program bual bicara 'Naratif Khas' terbitan RTM bersama moderator Ismail Adnan di sini, malam tadi.
Terdahulu dalam program bual bicara itu, Zambry berkata perjuangan Malaysia menyokong pembentukan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukan sesuatu yang bermusim malah ia adalah perjuangan konsisten dan berterusan bermula seawal kemerdekaan negara.
Mengenai pandangan sinis sesetengah pihak kononnya suara yang diajukan Malaysia tidak berupaya menyelesaikan konflik yang berlaku antara Israel-Palestin, Zambry berpendapat pimpinan Malaysia tidak seharusnya kecewa dengan pandangan sedemikian biarpun Malaysia adalah negara kecil.
"Dengan setiap perjuangan ini kena konsisten, jangan kita kecewa dengan apa berlaku dan walaupun kita hanya sebuah negara kecil, tetapi suara kita yang tegas dan konsisten untuk melihat kezaliman dihentikan dan sebuah negara merdeka bagi rakyat Palestin merupakan satu perjuangan panjang," katanya.
Beliau berkata Wisma Putra sering mengeluarkan kenyataan hampir setiap bulan tentang konflik Israel-Palestin termasuk isu penempatan haram Israel yang mengeluarkan rakyat Palestin dari kampung halaman mereka.
Mengenai pencapaian hubungan diplomatik yang dijalin Malaysia dengan negara luar dalam tempoh setahun ini, beliau menarik perhatian bagaimana Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelancongan bersama Kazakhstan bagi memanfaatkan potensi hubungan dua hala dengan bekas republik Kesatuan Soviet itu.
Dalam masa setahun ini, hubungan Malaysia dan Kazakhstan bertambah erat dan ada beberapa syor dibuat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan jumlah penerbangan antara kedua-dua negara itu.
Malah, beliau juga berkata negara Ghana melihat Malaysia sebagai model terbaik untuk diikuti dan perlu ditingkatkan hubungan dua hala.
Mengenai dakwaan OIC seolah-olah mengunci mulut dalam isu keganasan yang berlaku di Semenanjung Gaza, Zambry berkata Malaysia memang mahu melihat pandangan yang lebih tuntas dan mantap daripada OIC berhubung isu berkenaan dan 'tidak mahu melihat sebuah pertubuhan yang dilihat tidak berfungsi'.
Malah kali ini, hampir keseluruhan anggota negara OIC berlatarbelakangkan pelbagai bentuk kepimpinan dan ideologi termasuk negara yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel lantas bersuara menyatakan tindakan serius perlu diambil di bumi Gaza.
Antara langkah susulan OIC kali ini adalah memanggil sidang di peringkat ketua kerajaan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.
Mengenai isu Laut China Selatan yang menjadi topik pertikaian pelbagai pihak terutama negara kuasa besar, Zambry berkata Malaysia memang sehaluan dengan pendirian negara anggota ASEAN yang mahu Laut China Selatan dikekalkan sebagai zon bebas dan aman.
"Kita mahu rantau ini dijadikan untuk perusahaan dan sebagai rantau perdagangan yang baik dan aman untuk semua pihak menikmati hasil pergerakan maritim di kawasan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
![Setahun Kerajaan Madani: Malaysia kembali ke landasan betul di peringkat serantau, antarabangsa - Zambry Setahun Kerajaan Madani: Malaysia kembali ke landasan betul di peringkat serantau, antarabangsa - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701727806_TBKLN.jpg)
Zambry berkata perjuangan Malaysia menyokong pembentukan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukan sesuatu yang bermusim. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: KDN jamin keselamatan terkawal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739170755_bunuhibutemanwan.jpg)
Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung
Seorang lelaki dan teman wanitanya dihadapkan dituduh membunuh ibu kandungnya, dua minggu lepas.
![KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739170053_TanSriRazarudinHu.jpg)
KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.
![Mayat lelaki ditemukan di ladang getah di Marang Mayat lelaki ditemukan di ladang getah di Marang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739164319_tbladanggetahmaya.jpg)
Mayat lelaki ditemukan di ladang getah di Marang
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tertiarap di sebuah ladang getah di Kampung Kubu di Kuala Terengganu, semalam.
![ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737801409_tbSaifuddinNasution.jpg)
ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Bekas pengerusi masjid didakwa kemuka nama asnaf yang tidak layak terima zakat Bekas pengerusi masjid didakwa kemuka nama asnaf yang tidak layak terima zakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739168350_KemamanHamizanAmid.jpg)
Bekas pengerusi masjid didakwa kemuka nama asnaf yang tidak layak terima zakat
Bekas pengerusi sebuah masjid di Kerteh dituduh memperdayakan seorang pegawai agama dengan mengemukakan senarai penama tidak layak menerima zakat.
![2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus 2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705924684_sivakumarnadarajah.jpg)
2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.
![PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.
![Tular, Antoine Griezmann tukar jersi Atletico dengan kad pokemon Tular, Antoine Griezmann tukar jersi Atletico dengan kad pokemon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739161312_tbgriezmannkadpok.jpg)
Tular, Antoine Griezmann tukar jersi Atletico dengan kad pokemon
Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, tular kerana menukar jersi yang dipakai perlawanan dengan beberapa kad Pokemon.
![Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738922820_TBTHAIPUSAM.jpg)
Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam esok susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dekat sini dilaksanakan secara 24 jam.
![Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025 'Keterangkuman dan Kemampanan', Malaysia akan mengetengahkan beberapa keutamaan.
![Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726754884_WISMAPUTRA.jpg)
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.
![Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731365356_NorthernGaza.jpg)
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.
![Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.
![Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
![Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737450185_Afireataskireso.jpg)
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
![PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
![Najib mengaku guna bantuan Jho Low Najib mengaku guna bantuan Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
![Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730929446_PrabowoSubianto.jpg)
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
![Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.