KUALA LUMPUR:Masalah yang ditanggung pekerja yang bekerja dari rumah sejak hampir setahun lalu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) berpandangan, banyak permasalahan para pekerja masih belum diselesaikan sepenuhnya.
Tegas Pemangku Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani, kos pembelian peranti, caj utiliti seperti elektrik dan data internet masih kekal menjadi permasalahan para pekerja.
"Apabila bermulanya arahan bekerja dari rumah, semua keperluan asas atau peralatan bekerja amat kita perlukan seperti komputer meja dan komputer riba, subsidi utiliti meliputi elektrik dan data internet.
"Perkara itu telah kita suarakan supaya kerajaan memberi diskaun kepada majikan ataupun pekerja. Tambahan lagi, semua anak-anak kita belajar dari rumah. Untuk belajar dan bekerja dalam talian ini sememangnya menggunakan data internet yang banyak, sekali gus meningkatkan kos kepada pekerja.
"MTUC telah lama suarakan supaya kerajaan melihat semula, tetapi sehingga kini belum ada perbincangan secara khusus tiga pihak iaitu bersama Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan kerajaan untuk kita bincang bagi tangani isu-isu ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Malah, beliau akui para pekerja yang berkeluarga turut menanggung kos tinggi ekoran perlu menyediakan peranti pembelajaran serta data internet untuk anak-anak yang menjalani pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).
"Dari segi keperluan peranti, memang telah ada potongan diskaun untuk pembelian komputer melalui pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tetapi kalau boleh kerajaan beri diskaun dalam menggalakkan lagi.
"Dari segi telekomunikasi, jika kita lihat di luar negara, kebanyakkan mereka yangb bekerja dari rumah itu diberi data percuma dan ia boleh membantulah pekerja.
"Malah, kerajaan perlu beri perhatian kepada mereka yang berada di luar bandar, akses internet agak sukar, jadi itu antara perkara yang perlu dipertimbang oleh kerajaan untuk pastikan mereka yang bekerja dari rumah ini efektif," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan dikemukakan MEF supaya kerajaan menambah insentif kepada pekerja dan majikan dalam mengurangkan bebanan sedia ada susulan arahan bekerja dari rumah.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Feb 13 2021
![Setahun kerja dari rumah, kerajaan perlu dengar masalah pekerja - MTUC Setahun kerja dari rumah, kerajaan perlu dengar masalah pekerja - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613200739_WorkFromHome.jpg)
Para pekerja yang berkeluarga turut menanggung kos tinggi ekoran perlu menyediakan peranti pembelajaran serta data internet untuk anak-anak yang menjalani pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). - Foto Fail
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739348507_tbGDragonKPop.jpg)
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737131411_BangkokThailand.jpg)
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
![Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717218610_pekerja.jpg)
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
![Pengeluaran komputer peribadi susut hampir 14% 2023 Pengeluaran komputer peribadi susut hampir 14% 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704969060_950x600.jpg)
Pengeluaran komputer peribadi susut hampir 14% 2023
Laporan terkini IDC mengatakan pengeluaran komputer peribadi susut 13.9% sepanjang 2023 berbanding 2022.
![Tanah runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah Tanah runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682440344_JalanSolarisDutama.jpg)
Tanah runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah
Arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
![Kerja dari rumah, gaji kurang? Lokasi pejabat jadi penentu masa depan pekerjaan Kerja dari rumah, gaji kurang? Lokasi pejabat jadi penentu masa depan pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629081228_WFH.jpg)
Kerja dari rumah, gaji kurang? Lokasi pejabat jadi penentu masa depan pekerjaan
Separuh daripada pekerjaan di Amerika Syarikat diunjurkan bebas menjelang 2030 dengan dua pertiga majikan kini menganggap kerja dari rumah atau kerja hibrid sebagai "norma baharu".
![Bekerja dari rumah senangkan OKU Bekerja dari rumah senangkan OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71643904452_TBworkfromhome.jpg)
Bekerja dari rumah senangkan OKU
Setiap kali perlu keluar ke tempat kerja, kerisauan akan menyelubungi V. Murugeswaran yang lumpuh kedua-dua belah kaki.
![Kanak-kanak tertembak ibu sedang bermesyuarat melalui panggilan video Kanak-kanak tertembak ibu sedang bermesyuarat melalui panggilan video](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/81457226884_GUNSHOT.jpg)
Kanak-kanak tertembak ibu sedang bermesyuarat melalui panggilan video
Pistol itu dipercayai tidak berkunci dan dibiarkan seseorang di dalam rumah sebelum dijumpai kanak-kanak tersebut.
![Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622719910_MSaravanan.jpg)
Syarikat, premis tidak patuh arahan kerja dari rumah boleh dikompaun
Syarikat atau premis itu akan diarah tutup serta merta selama tujuh hari dan dikompaun maksimum RM50,000.
![BDR: Jangan ganggu pekerja luar waktu pejabat, hormati masa rehat BDR: Jangan ganggu pekerja luar waktu pejabat, hormati masa rehat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621875408_WFH.jpg)
BDR: Jangan ganggu pekerja luar waktu pejabat, hormati masa rehat
Pihak majikan atau syarikat tidak seharusnya mengganggu pekerja mereka apabila selesai tempoh bekerja khususnya ketika fasa bekerja dari rumah (BDR).
![Hanya 60 peratus kakitangan awam Sabah dibenar bekerja di pejabat bermula esok Hanya 60 peratus kakitangan awam Sabah dibenar bekerja di pejabat bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/51584862487_SafarUntongSabah.jpg)
Hanya 60 peratus kakitangan awam Sabah dibenar bekerja di pejabat bermula esok
Kehadiran kakitangan awam negeri Sabah hanya dibenarkan sekurang-kurangnya 60 peratus beroperasi di pejabat.