SHAH ALAM: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) didakwa gagal melindungi Masjid Al-Aqsa daripada tentera rejim Israel yang melakukan serangan dan pencerobohan secara berterusan sejak 54 tahun lalu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan empat badan bukan kerajaan (NGO) Islam, sejak peristiwa hitam 21 Ogos 1969, yang menyaksikan seorang pelampau Kristian Australia, Dennis Michael Rohan cuba membakar Masjid Al-Aqsa, tempat suci itu kekal terancam sehingga hari ini.
Justeru, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dituntut agar menguatkuasakan resolusi yang diluluskan dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk memastikan rejim Zionis Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas serangan berterusan ke atas masjid itu.
"Kami kesal kerana OIC gagal melindungi masjid itu walhal insiden pembakaran masjid itulah yang telah mencetuskan penubuhan OIC.
"Kami kesal walaupun ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan dan menekankan keperluan untuk mengekalkan status quo di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan," menurut kenyataan tersebut pada Isnin.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al Aqsa, Datuk Seri Syekh Ahmad Awang; Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Datuk Syekh Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Agung Sekretariat Palestin Malaysia, Syed Syekh Al Attas.
Pada masa sama, mereka menegaskan, rasa cinta terhadap Al-Aqsa seharusnya menyatukan umat Islam untuk meneruskan perjuangan membebaskannya daripada rejim Israel.
"Kami menyatakan kecaman terhadap tentera pendudukan Israel yang sewenang-wenangnya menyerang pengunjung Islam Palestin di dalam Masjid Al-Aqsa.
"Masjid itu telah menjadi pusat untuk perjuangan penentangan oleh rakyat Palestin untuk membebaskan Al Quds," menurut kenyataan itu.
Justeru, mereka berkata, setelah 54 tahun, umat Islam perlu bersolidariti dengan pejuang Palestin untuk membebaskan Al-Aqsa dan harus sentiasa menghidupkan ingatan mengenai bagaimana Yahudi Zionis telah menaruh perasaan permusuhan yang mendalam terhadap umat Islam dan Masjid Al-Aqsa.
"Sejak tahun 1967 masjid Al-Aqsa menjadi sasaran Yahudi Zionis yang mahu merobohkannya untuk wujudkan semula Gunung Yahudi (Kuil Sulaiman) yang ketiga.
"Pencerobohan ganas berterusan oleh tentera Israel dan peneroka haram Yahudi telah mengakibatkan rakyat Palestin ditangkap, diculik, dibunuh, dicederakan, dipenjarakan dan diseksa," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 21 2023

OIC didakwa gagal melindungi Masjid Al-Aqsa daripada tentera rejim Israel yang melakukan serangan dan pencerobohan secara berterusan sejak 54 tahun lalu. - Gambar fail AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jordan selar peneroka Israel “serbu” pekarangan Masjid Al-Aqsa
Serbuan itu merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.

Negara Arab kutuk pencerobohan Israel di Masjid Al-Aqsa
Jordan mengecam pencerobohan peneroka itu sebagai "pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis."

Lebih 60,000 rakyat Palestin tunai solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa
Lebih 60,000 rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Rabu.

Rejim zionis lepas bom pemedih mata, pukul jemaah di Masjid Al-Aqsa dengan cota
Saksi berkata serangan dron tersebut bagi memaksa jemaah meninggalkan pekarangan Masjid Al-Aqsa.

AS gesa Israel benarkan umat Islam beribadat di Al-Aqsa di bulan Ramadan
Kebenaran itu bukan hanya soal memberi orang kebebasan beragama kepada yang layak dan ada hak, bahkan ia juga penting untuk keselamatan Israel.

Polis Israel tutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah Islam
Polis Israel pada Selasa menutup Masjid Al-Aqsa dan menghalang jemaah Islam daripada memasukinya.

#QuranHour For Gaza bukti kebersamaan umat Islam - Shaykh Rami
Katanya, sudah menjadi satu kemestian untuk umat Islam bersama-sama melindungi Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama.

Hamas seru rakyat Palestin berhimpun di Al-Aqsa, lakukan protes serangan Israel ke atas Gaza
Hamas gesa rakyat Palestin bertahan di pekarangan Masjid Al-Aqsa sepanjang hari ini dengan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Malaysia kutuk serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa
Serangan itu adalah tindakan provokasi yang disengajakan dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian masjid.