KUALA LUMPUR: Setiausaha Luar United Kingdom (UK) Liz Truss tiba di Malaysia pada Ahad untuk memulakan lawatan seminggu ke Asia Tenggara bagi memperkukuh hubungan ekonomi dan keselamatan dengan negara yang diramal berkembang pesat dan menjadi semakin penting.
Selain Malaysia, Truss juga dijadual melawat Thailand dan Indonesia.
Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan Setiausaha Luar percaya hubungan UK dengan negara utama di Asia Tenggara kurang memberansangkan dan usaha mempererat hubungan mampu membuka lebih banyak peluang dan pekerjaan kepada UK sambil meningkatkan keselamatan dan kemakmuran di rantau ini.
Lawatan Liz Truss juga bertujuan membina hubungan lebih akrab dalam pelaburan prasarana di rantau ini serta meningkatkan usaha menerusi Inisiatif Hijau Bersih menerusi pelaburan dalam infrastruktur mampan, serta berdaya tahan bersama rakan dan rakan kongsi.
"Saya mahu menempatkan Britain di mana pertumbuhan masa depan berlangsung dan memikirkan siapa yang bakal menjadi rakan kongsi utama kami pada 2050 dan seterusnya.
"Asia Tenggara akan menjadi enjin untuk ekonomi global dan saya mahu Britain menjadi sebahagian daripadanya, meningkatkan ekonomi kami serta hubungan keselamatan dengan rantau ini akan mencerminkan kedudukannya yang semakin penting," menurut kenyataan itu yang memetik Truss.
Ini adalah lawatan pertama Truss ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak dilantik menjadi Setiausaha Luar pada September 2021.
Ia juga menjadi lawatan pertama Setiausaha Negara ke rantau ini sejak UK secara rasmi menjadi Rakan Dialog ASEAN pada Ogos tahun ini.
"ASEAN adalah pasaran yang mempunyai 650 juta orang, diramal menjadi pasaran tunggal keempat terbesar menjelang 2030 dan dagangan antara UK dan ASEAN ketika ini bernilai hampir GBP34 bilion pada 2020.
"Semua tiga ekonomi yang bakal dilawati diunjurkan tumbuh pada kadar lebih pantas berbanding ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) sehingga 2050. Indonesia diramal akan mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih empat kali ganda iaitu 532 peratus antara 2020 dan 2050 dengan peningkatan di Malaysia dan Thailand masing-masing sebanyak 393 peratus dan 258 peratus," menurut kenyataan itu.
Truss turut dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Selain itu beliau juga dijadual memeterai Memorandum Persefahaman mengenai penjagaan kesihatan dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau kemudian akan berlepas ke Thailand sebelum ke Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021

Lawatan Liz Truss juga bertujuan membina hubungan lebih akrab dalam pelaburan prasarana di rantau ini. - Gambar fail/Instagram elizabeth.truss.mp
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Kemelut ekonomi UK: Sunak yakin bentang bajet adil, bertimbang rasa 17 Nov ini
Beliau akan mendapatkan semula kepercayaan rakyat dengan berlaku jujur tentang kesulitan ekonomi yang dihadapi UK.

Rishi Sunak ikrar pimpin Britain keluar daripada krisis ekonomi
Sunak melantik semula Jeremy Hunt sebagai Menteri Kewangan, langkah yang disifatkan bertujuan menenangkan pasaran yang menolak rancangan ekonomi yang dibentang Liz Truss sebelum ini.

PM UK paling muda: Siapa sebenarnya si tampan lagi berpengaruh Rishi Sunak?
Bakal menyandang jawatan Perdana Menteri United Kingdom yang baharu, Rishi Sunak merupakan bakal Perdana Menteri UK ke-57 paling muda dan berkaliber.

Boris Johnson kembali ke UK untuk 'kemunculan semula'
Johnson tidak mengulas secara terbuka mengenai tawaran bagi jawatan lamanya itu.

Pound British catat kenaikan selepas Liz Truss umum letak jawatan PM
Pound Britain mencatat kenaikan berbanding dolar AS selepas peletakan jawatan Liz Truss sebagai perdana menteri pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Pemilihan PM UK: Calon ganti Truss perlu 100 sokongan ahli Konservatif
Peletakan jawatan Truss sebagai Perdana Menteri mencetuskan satu lagi perlumbaan kepimpinan dalam tempoh empat bulan.

UK perlu adakan pilihan raya awal - Sturgeon
Dalam sistem demokrasi, rakyat perlu diberi mandat untuk memilih pemimpin, selepas pergolakan politik dan ekonomi yang berlanjutan.

PM UK Liz Truss mohon maaf atas kesilapan
Liz Truss memohon maaf susulan pengumuman belanjawan mini baru-baru ini telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan.

Terdapat beberapa kesilapan mengenai pemotongan cukai - Hunt
Jeremy Hunt memaklumkan, meskipun tidak mengundi Liz Truss, namun beliau menyokong rancangan asas untuk negara itu bagi memulihkan UK.

Liz Truss akui terpaksa bertindak agresif, Kwarteng digantikan Jeremy Hunt
Hunt merupakan individu yang dihormati dan diharap dapat menawarkan kestabilan kepada pentadbiran Truss.