KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau "Sir Azri" susulan kenyataan fitnah berkaitan Festival Good Vibes.
Laporan itu dibuat Abdullah Izhar Mohamed Yusof pada 11.12 pagi tadi di Balai Polis Pantai susulan satu video berdurasi 3.24 saat di Facebook oleh Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai "Papagomo" yang didakwa telah memfitnah dan memburukkan kerajaan dengan menyatakan insiden 'The 1975' itu dirancang oleh kerajaan.
Abdullah Izhar dalam kenyataan hari ini berkata laporan itu dibuat bagi memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera menyiasat akaun Facebook Sir Azri serta lelaki yang memfitnah kerajaan dalam video itu.
"Saya juga memohon pihak PDRM menyiasat semua platform media sosial milik Sir Azri untuk memastikan tiada sebarang fitnah dan berita palsu disebarkan kepada rakyat Malaysia.
"Perbuatan tersebut hanya akan menggugat keamanan serta keharmonian kaum dan agama," katanya.
Dalam video itu, terdapat perbualan antara pemilik akaun Facebook berkenaan dengan seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas kru penganjur konsert terbabit.
Kenyataan itu turut memaklumkan pihak Cawangan Khas telah mendapatkan keterangan pengadu dan laporan itu dibuat bagi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah yang dilakukan oleh individu terbabit.
Pengadu dilaporkan telah melihat hantaran Facebook berkenaan pada pukul 5.51 petang di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, semalam.
Mengulas mengenai insiden "The 1975", beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah serta merta dengan membatalkan festival berkenaan namun isu itu dimanipulasi serta dijadikan platform oleh segelintir pihak yang bermotifkan politik demi menjatuhkan pihak kerajaan.
"Justeru itu, pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook dikenali 'Sir Azri' atau 'Papagomo' agar ia tidak dijadikan ikutan kepada pihak lain dalam memfitnah kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
![Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690278871_papagomo.jpg)
Abdullah Izhar berkata laporan itu dibuat bagi memohon pihak PDRM untuk segera menyiasat akaun Facebook Sir Azri serta lelaki yang memfitnah kerajaan dalam video itu. - Gambar Bernama
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
![KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739170053_TanSriRazarudinHu.jpg)
KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.
![Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735359775_TBpapagomo.jpg)
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
![Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720767199_papagomo.jpg)
Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya dalam permohonannya untuk menghalang blogger Papagomo daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.
![Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735620184_TBPAPAGOMO.jpg)
Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN
Pesuruhjaya Kehakiman benarkan permohonan Razarudin untuk perintah injunksi bagi menghalang Papagomo keluarkan kenyataan berbaur fitnah.
![Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735359775_TBpapagomo.jpg)
Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.
![Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734152177_WanMuhammadAzriWa.jpg)
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
![Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720767199_papagomo.jpg)
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
![Keputusan representasi Papagomo gugur pertuduhan hasut, babit Agong Januari depan Keputusan representasi Papagomo gugur pertuduhan hasut, babit Agong Januari depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729232616_WanMuhammadAzriWa.jpg)
Keputusan representasi Papagomo gugur pertuduhan hasut, babit Agong Januari depan
Keputusan representasi dikemukakan Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Jan depan.
![Papagomo akan kemuka representasi untuk gugur tuduhan kes menghasut Papagomo akan kemuka representasi untuk gugur tuduhan kes menghasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724222442_WanMuhammadAzri.jpg)
Papagomo akan kemuka representasi untuk gugur tuduhan kes menghasut
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghasut.
![Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722497579_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi Fadzil mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicarakan bersama
Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan Mohd Fauzan Madzlan dibicara bersama.