Lebih 70 peratus wanita Islam bersetuju dengan poligami, namun hanya 32 peratus rela bermadu.
Hasil kajian Sisters in Islam (SIS) membabitkan 675 responden berumur dalam lingkungan 18 dan 55 tahun itu turut mendapati 97 peratus percaya seorang wanita harus taat kepada suami untuk dianggap sebagai isteri yang baik.
Selain itu, kajian juga mendapati 21 peratus responden percaya suami mempunyai hak untuk memukul isteri atas sebab nusyuz atau derhaka.
“Majoriti peserta kajian itu bersetuju ia dikira nusyuz jika -- isteri meninggalkan rumah tanpa keizinan suaminya, enggan berpindah dengan dengan suami (54 peratus), enggan melakukan hubungan seksual (52 peratus), enggan membuka pintu rumah kepada suami (50 peratus), dan enggan menjawab panggilan suami (46 peratus).
“Di bawah situasi sebegini, mereka percaya suami boleh memukul isteri masing-masing. Jadi sebagai isteri, wanita Muslim mengalami diskriminasi yang jauh lebih tinggi berbanding peranan yang lain,” menurut kajian bertajuk 'Persepsi dan Realiti: Hak peribadi dan awam wanita Muslim di Malaysia' yang dilancarkan semalam.
Atas sebab itu, Pengurus Program SIS Shareena Sheriff berkata badan berkenaan mengesyorkan agar pembuat polisi negara ini mengiktiraf kesamarataan dalam sesebuah keluarga sebagai sebahagian undang-undang keluarga Islam.
“Apa yang kami syorkan ialah sesebuah hubungan itu memberikan hak sama rata untuk lelaki dan perempuan dalam sesebuah keluarga, sesuatu yang sudah pun diamalkan di beberapa negara Muslim lain,” katanya yang memetik negara Maghribi dan Tunisia sebagai contoh.
Aktivis sosial terkenal Datin Paduka Marina Mahathir menjemput penggubal dasar untuk membaca tinjauan penuh yang dibuat SIS mengenai beberapa isu yang diketengahkan bagi mencapai perubahan dasar ke arah kesaksamaan jantina.
"Satu-satunya harapan saya adalah untuk mereka membaca laporan itu daripada menjawab tajuk-tajuk utama.
"Kajian itu menunjukkan apa yang diharapkan oleh wanita Islam dan apa yang berlaku kepada mereka dalam kehidupan sebenar serta ketidakupayaan mereka untuk mencabar realiti kehidupan," kata Marina kepada pemberita dalam persidangan 'Islam Unsurrendered: Women Rising Against Extremism' pada Selasa.
Beliau berkata dalam masyarakat seperti Malaysia di mana kepatuhan kepada mana-mana pihak berkuasa, sama ada suami atau kerajaan, dianggap normal, ia mengambil banyak usaha untuk wanita menentang pihak berkuasa, terutama apabila figura itu adalah seseorang yang rapat dengan mereka.
"Poligami dulu dilakukan secara senyap dan diam, sesuatu yang anda tidak bicarakan secara terbuka tetapi kini lelaki berbuat demikian kerana mereka berpendapat bahawa ini adalah tanda kuasa mereka," katanya.
Azyyati Ahmad
Wed Oct 16 2019
![Setuju poligami, tapi bukan suami sendiri - Kajian SIS Setuju poligami, tapi bukan suami sendiri - Kajian SIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61545880443_poligami.jpg)
Lebih 70 peratus wanita Islam bersetuju dengan poligami, namun hanya 32 peratus rela bermadu. -Gambar hiasan
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Dr Mahathir semakin pulih, pindah ke wad biasa - Marina Dr Mahathir semakin pulih, pindah ke wad biasa - Marina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643114751_TunMahathir.jpg)
Dr Mahathir semakin pulih, pindah ke wad biasa - Marina
Dr Mahathir juga telah dipindahkan dari Unit Rawatan Koronari (CCU) ke wad biasa di Institut Jantung Negara (IJN).
![Kesihatan Dr Mahathir semakin positif, selera makan bertambah baik - Marina Kesihatan Dr Mahathir semakin positif, selera makan bertambah baik - Marina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643108833_mahathirmohamadpa.jpg)
"Kesihatan Dr Mahathir semakin positif, selera makan bertambah baik" - Marina
Anak sulung bekas Perdana Menteri, Marina Mahathir kongsi perkembangan positif ayahnya yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.
!['Kami sekeluarga telah berinteraksi dengan Tun M, jangan endah khabar angin' - Marina 'Kami sekeluarga telah berinteraksi dengan Tun M, jangan endah khabar angin' - Marina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642933202_BekasPerdanaMenter.jpg)
'Kami sekeluarga telah berinteraksi dengan Tun M, jangan endah khabar angin' - Marina
Tun Dr Mahathir Mohamad masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
!['Di jendela sama saya lihat perubahan Langkawi' - Tun M lawat kuarters didiami 65 tahun lalu 'Di jendela sama saya lihat perubahan Langkawi' - Tun M lawat kuarters didiami 65 tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629866857_BPMAHATIR.jpg)
'Di jendela sama saya lihat perubahan Langkawi' - Tun M lawat kuarters didiami 65 tahun lalu
Sebuah rumah usang rupanya pernah merakam sejarah sebagai tempat tinggal beliau sewaktu bertugas sebagai pegawai perubatan sekitar 65 tahun lalu.
![Tingkatkan kebolehpasaran diri di Taylor's Future Movement Tingkatkan kebolehpasaran diri di Taylor's Future Movement](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626341041_TBMASHMARINANICOLEYU.jpg)
Tingkatkan kebolehpasaran diri di Taylor's Future Movement
Ia bagi memastikan graduan tempatan terus mempunyai kebolehpasaran luas dalam industri pekerjaan di dalam negara dan antarabangsa.
![PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71567231818_TBLOGOPAKATANjpg.jpg)
PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial
Pakatan Harapan membantah pihak berkuasa susulan siasatan terhadap aktivis social, Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Ambiga Screenevasan serta Fadiah Nadwa Fikri berkaitan perhimpunan pro-demokrasi
![Marina anggap filem 'Mahathir, The Journey' memalukan Marina anggap filem 'Mahathir, The Journey' memalukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573683602_DatinMarina.jpg)
Marina anggap filem 'Mahathir, The Journey' memalukan
Anak sulung kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu tampil mengatakan bahawa beliau dan ahli keluarga yang lain tidak mengetahui mengenai filem berkenaan.
![Setuju poligami, tapi bukan suami sendiri - Kajian SIS Setuju poligami, tapi bukan suami sendiri - Kajian SIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61545880443_poligami.jpg)
Setuju poligami, tapi bukan suami sendiri - Kajian SIS
Lebih 70 peratus wanita Muslim bersetuju dengan poligami, namun daripada jumlah itu, hanya 32 peratus membenarkan ia berlaku kepada mereka.
![Tun Mahathir hadir tayangan gala 'M For Malaysia' Tun Mahathir hadir tayangan gala 'M For Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71568121738_TunM.jpg)
Tun Mahathir hadir tayangan gala 'M For Malaysia'
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir menyaksikan gala tayangan filem dokumentari 'M For Malaysia' di GSC Pavilion, malam ini.
!['M for Malaysia' sebuah ingatan untuk menteri-menteri PH 'M for Malaysia' sebuah ingatan untuk menteri-menteri PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41567686384_MforMalaysia.jpg)
'M for Malaysia' sebuah ingatan untuk menteri-menteri PH
'M for Malaysia' merupakan satu kisah yang amat unik dan bersejarah yang perlu diceritakan.