ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi penjelasan bahawa kapal yang disewa dalam satu majlis di Pulau Langkawi langsung tidak menggunakan wang kerajaan negeri.
Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak goyah dengan tuduhan yang dilemparkan dengan menunjukkan seolah-olah beliau bermewah-mewah sebaliknya memperjelaskan situasi sebenar berkaitan gambar yang tular di media sosial.
“Kapal yang disewa itu langsung tidak menggunakan wang kerajaan negeri, sebaliknya dibayar oleh salah seorang pegawai menggunakan duit poket sendiri,” katanya ketika dihubungi, pada Rabu.
Terbaharu, beberapa gambar Muhammad Sanusi bersama pimpinan kerajaan negeri tular di media sosial yang memaparkan suasana dalam sebuah majlis didakwa di atas kapal mewah Tranquility dengan kapsyen ‘Mewahnya MB Kedah dan Pimpinan Pas Kedah’.
Menurut Muhammad Sanusi, ia adalah majlis perpisahan antara anggota Exco Kerajaan Negeri dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim sempena persaraan beliau di Langkawi.
“Majlis berkenaan menggunakan sebuah kapal layar yang disewa, iaitu Erica yang biasa digunakan oleh pelancong untuk aktiviti island hopping atau melihat matahari terbenam. Bukanlah untuk bermewah-mewah dan ia pertama kali dilakukan,” katanya.
Menurut Muhammad Sanusi, Langkawi dipilih untuk diadakan majlis tersebut susulan terdapat lapan program di pulau legenda itu dan Pulau Tuba bermula pada Selasa hingga Jumaat.
“Antara program yang diadakan, penyerahan geran tanah, mesyuarat Exco, mesyuarat Geopark, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Mesyuarat Jemaah Pengarah Lada, program Pulau Tuba sebagai pulau rendah karbon, melawat loji air serta kempen kibar Jalur Gemilang,” katanya.
Tambah beliau, memandangkan kesemua pihak terlibat berada di Langkawi ketika itu selain kekangan masa, adalah lebih menjimatkan untuk diadakan majlis tersebut di sana.
Sebelum ini, gambar berkenaan dimuat naik di laman tik tok dengan gambaran majlis yang diadakan atas kapal mewah Tranquility menunjukkan Muhammad Sanusi hidup mewah tanpa menghiraukan kesusahan rakyat Kedah. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 24 2022
![Sewa kapal tidak guna duit kerajaan negeri - MB Kedah Sewa kapal tidak guna duit kerajaan negeri - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661379898_Sewakapalduitker.jpg)
Muhammad Sanusi (kanan) merakamkan kenangan bersama Ammar sebelum majlis persaraan. -Foto Sinar Harian
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675488468_Thaipusam.jpg)
Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
![Sanusi sebak terima menantu Sanusi sebak terima menantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737872525_tbjenjangpelamin.jpg)
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
![Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737581930_TBlojiair.jpg)
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
![Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735793800_Sanusi.jpg)
Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.
![Sanusi lepas bebas satu kes hasut Sanusi lepas bebas satu kes hasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726991631_tbMuhammadSanusi.jpg)
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
![MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732970298_TBmbkedah.jpg)
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
![Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732611747_tbAnwarIbrahim.jpg)
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
![Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732513877_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
![Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725261730_Sanusi.jpg)
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
![MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732113883_Sanusi.jpg)
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.