GUA MUSANG: Pekerja ladang warga Indonesia yang ditemukan maut dipercayai dibaham harimau belang di ladang getah Kampung Kuala Tol, di sini pada Rabu, dikatakan pernah terjumpa tapak kaki binatang buas itu di kawasan ladang berkenaan minggu lepas.
Seorang penduduk kampung itu, Sabariah Awang, 63, berkata mangsa yang dikenali sebagai Shabaini mendakwa menemukan jejak itu di belakang batu besar yang terdapat di ladang berkenaan.
Menurut Sabariah, lelaki berusia 36 tahun itu juga sempat singgah di kedai runcitnya sebelum ke ladang pada Rabu.
"Minggu lepas arwah Shabaini tunjukkan gambar kesan tapak kaki harimau di kawasan dia menoreh kepada saya. Saya nasihatkan dia supaya berhati-hati dan menjaga diri ketika keluar bekerja.
"Saya tidak sangka kejadian ini berlaku terhadap arwah. Dia pernah memaklumkan sedang mengumpul duit untuk pulang ke kampungnya di Aceh, Indonesia," katanya kepada pemberita di Kampung Kuala Tol di sini semalam.
Sementara itu, Che Sulaiman Che Kob, 65, yang melaporkan kehilangan Shabaini kepada polis berkata dia antara kumpulan penduduk yang menggerakkan pencarian selepas mendapat tahu mangsa tidak pulang ke rumah sejak dua hari lepas.
"Lokasi kejadian di ladang getah itu hanya kira-kira 400 meter dari jalan utama. Pada awalnya kami menemukan motosikal mangsa sebelum mendapati ada kesan darah di kawasan sama dan kemudia menjumpai seluar mangsa tidak jauh dari situ.
"Kami tidak berani masuk lebih jauh ke dalam kawasan ladang getah, jadi hanya menunggu ketibaan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan polis melakukan pencarian," katanya.
Che Sulaiman berharap Perhilitan dapat mengambil tindakan segera menangkap harimau terbabit memandangkan penduduk kini ketakutan untuk keluar menoreh.
Pada Rabu, Shabaini ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dengan kesan kecederaan di bahagian leher serta hilang tangan kanan, kedua ibu jari kaki serta sebahagian bawah badan.
Kejadian merupakan serangan yang ketiga dalam bulan ini apabila 12 Nov lepas, seorang lelaki warga Myanmar Ahka Soe Ya, 22, ditemukan maut pada 1.30 tengah hari dipercayai diserang harimau di sebuah ladang getah di Kampung Meranto, di sini.
Kurang 48 jam sebelum itu, mayat seorang lelaki warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di sebuah ladang di Hutan Simpan, Kampung Meranto, juga dipercayai angkara harimau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Che Sulaiman menunjukkan gambar pakaian milik Shabaini yang ditemukan di dalam kawasan ladang getah di Kampung Kuala Tol ketika ditemui di Gua Musang, 30 Nov 2023. --fotoBERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Shabaini pernah jumpa kesan tapak kaki harimau - Penduduk
Mangsa yang dikenali sebagai Shabaini mendakwa menemukan jejak itu di belakang batu besar yang terdapat di ladang berkenaan.