KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Peguam Muhammad Shafee Abdullah dibebaskan daripada tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap peguam veteran itu.
Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib yang telah dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.
Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Taman Tunku, Bukit Tunku dekat sini pada 13 Sept 2013 dan 17 Feb 2014.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam itu juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata tidak betul yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa meninggalkan pendapatan yang telah diterima pada 13 Sept 2013 berjumlah RM4.3 juta dan pendapatan yang diterima pada 17 Feb 2014 berjumlah RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana tertuduh dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat penyata bagi pihak tertuduh.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Astro Awani
Fri Oct 28 2022
![Shafee lepas, bebas kes LHDN dan ubah wang haram RM9.5 juta Shafee lepas, bebas kes LHDN dan ubah wang haram RM9.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666922585_ShafeeAbdullah.jpg)
Muhammad Shafee dilepas dan bebas dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata tidak betul kepada LHDN. -Astro AWANI/Shahir Omar
Kecerdasan Buatan: Perancis umum pelaburan €109 bilion
Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar 109 bilion euro (kira-kira RM530 bilion) dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Perang di Ukraine: Trump bincang dengan Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang di Ukraine.
Gencatan senjata: Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Lima rakyat Thailand yang menjadi tebusan Hamas akhirnya tiba dengan selamat di Bangkok pada Ahad setelah menjalani pemeriksaan perubatan selama 10 hari sejak pembebasan mereka.
Kebuluran di Gaza: Risiko masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Ancaman kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat sementara waktu berikutan peningkatan besar bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah itu semasa gencatan senjata.
Konflik Gaza: Pakistan, OIC kecam cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.
Qatar kecam kenyataan provokatif Netanyahu
Kementerian Luar Qatar mengecam kenyataan yang disifatkan sebagai provokatif oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung cadangan penubuhan negara Palestin di wilayah Arab Saudi.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Qatar menegaskan kenyataan tersebut merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Qatar menegaskan kenyataan tersebut merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Palestin perlu hidup aman dengan Israel – PBB
Satu-satunya penyelesaian kepada konflik Hamas dan Israel adalah dengan mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam hantaran di X, ini bagi memastikan rakyat Palestin mampu hidup berdampingan denga aman dan selamat bersama Israel.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam hantaran di X, ini bagi memastikan rakyat Palestin mampu hidup berdampingan denga aman dan selamat bersama Israel.
![Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739143172_tbPalestiniansGaza.jpg)
Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Fletcher turut menekankan keperluan mendesak bekalan makanan dan perubatan bagi wilayah yang didiami lebih 2 juta orang.
![Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737675403_TBTrumpPutin.jpg)
Trump bincang dengan Putin akhiri perang di Ukraine
Ini merupakan perbualan rasmi pertama yang diakui secara terbuka antara pemimpin Rusia dan seorang presiden AS sejak awal 2022.
![Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739138214_Thaihostagesfreed.jpg)
Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan mereka disambut penuh emosi oleh ahli keluarga serta wakil kerajaan.
![Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736132849_ShafeeAbdullahpeg.jpg)
Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.
![Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736136706_tbKhairulNizamPAS.jpg)
Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat
Khairil Nizam Khirudin berkata, Kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu mengambil tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan.
![Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736132849_ShafeeAbdullahpeg.jpg)
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Surat tersebut ditandatangani Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah.
![Tidak ada arahan untuk Najib mohon pengampunan baharu - Peguam Tidak ada arahan untuk Najib mohon pengampunan baharu - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736004538_TBPEGUAMNAJIB.jpg)
Tidak ada arahan untuk Najib mohon pengampunan baharu - Peguam
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya buat masa ini memberi tumpuan meneruskan permohonan berhubung semakan kehakiman melibatkan kewujudan Titah Adendum.
![Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733732288_TBSHAFEEPEGUAMjpg.jpg)
Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menasihati pihak berkaitan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di luar mahkamah sehingga boleh menjejaskan perbicaraan.
![Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733732288_TBSHAFEEPEGUAMjpg.jpg)
Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.
![Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727764479_tbMuhammadShafeeAb.jpg)
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
![1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela 1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
![Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716635371_najib.jpg)
Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan
Pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1MDB jelas menyatakan tempat, masa, tarikh dan kedudukan beliau sebagai seorang pegawai awam serta kesalahannya.
![Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724129239_tbIstanaKehakiman.jpg)
Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB
Najib menarik balik rayuannya untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar prosiding kes 1MDB.