KUALA LUMPUR:Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tidak memperkenan pelaksanaan darurat di negara ini.
Beliau berpendapat, titah Yang di-Pertuan Agong itu sebagai keputusan yang bijaksana dalam keadaan rakyat berdepan dengan pandemik COVID-19.
"Menjunjung kasih Seri Paduka Baginda dan Majlis Raja-Raja yang membuat ketetapan bagaimana tidak seharusnya berlaku darurat itu, kena sangat dengan gelombang COVID-19.
"Itu adalah langkah yang bijaksana. Banyak negara yang dilanda masalah disebabkan COVID-19, namun mereka tidak isytihar darurat sebab (boleh) jejaskan ekonomi," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Dalam masa sama, Mohd Shafie berkata, Warisan sedia memberi kerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara dan usaha mengekang penularan COVID-19 ditangani.
[LAPOR LANGSUNG]: Mampukah Ahli Parlimen berhenti main politik selepas titah Agong?
"Maka perlu lihat kerangka kerjasama apa perlu dilakukan supaya ekonomi negara kita baik dan apakah langkah kita lakukan dalam menghadapi COVID19.
"Kita mengambil tindakan tegas untuk atasi masalah ini sehingga kita terus halang waktu kemasukan Kota Kinabalu pada waktu itu sebab kita yakin akan dapat beri kesan yang besar kepada keselamatan masyarakat ketika itu," ujar beliau lagi.
Shafie dalam pada itu menegaskan, keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak dapat dielakkan dan dilaksanakan berdasarkan perundangan yang sedia ada yang wujud sekian lama.
Pada masa sama, pengurusan terhadap penularan COVID-19 terpulang kepada semua pihak untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi.
"Kita melihat dari segi kerangka kerajaan.iaitu apabila terpaksa dibubar maka terpaksa dibubar. Kerangka itu sudah ada berpuluh tahun, kita kena mandatori perundangan yang ada. Bukan kita kata keputusan itu tidak boleh dilaksanakan," kata beliau lagi.
Malah, katanya titah Tuanku agar semua pihak agar tidak terlalu berpolitik bukan perkara baharu dan dinyatakan sejak awal lagi.
"Tuanku bertitah di peringkat awal kurangkan politik, malah sebelum ini pun kita tadbir negeri dengan baik dalam menguruskan COVID-19.
"Namun ia terpulang pada kita. Kita ada SOP tetapi ada yang tak patuh itu jadi masalah. Penyakit ini boleh diatasi jika kita patuh SOP," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Mon Oct 26 2020

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan pelaksanaan darurat di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Shafie Apdal sedia beri kerjasama bantu ekonomi negara
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan pelaksanaan darurat di negara ini.