KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat ke atas penamatan perkhidmatannya.
Shafiq dalam satu kenyataan media hari ini berkata, beliau terkilan dengan keputusan yang dikenakan ke atas dirinya.
"Walaubagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam,” katanya.
BACA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan perkhidmatan
Terdahulu, Kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 12 Dis 2022.
Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].
Dalam pada itu, Mohd Shafiq memaklumkan surat penamatan perkhidmatan berkenaan diterima semalam dan menyifatkan ia sebagai notis bertarikh 12 Disember 2022 itu adalah tidak munasabah.
Beliau juga menegaskan sepanjang berkhidmat, pelbagai penambahbaikan dalam perkhidmatan telah dilaksanakan.
Antaranya penambahbaikan semua organisasi agensi dan jabatan kerajaan supaya boleh berfungsi lebih efisyen dengan pengurangan birokrasi untuk menjadikan penjawat awam berpaksikan rakyat, penambahbaikan Peraturan Pengesahan Sijil Sakit Swasta Yang Melebihi 15 Hari Bagi Rawatan Pesakit Luar Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuklah lawatan mengejut turun padang dan memberikan teguran untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
“Justeru, beberapa usaha tanpa henti telah dilaksanakan untuk memburukkan imej dan reputasi saya melalui isu-isu viral di media social dan media massa yang semakin memuncak dengan tindakan penamatan perkhidmatan saya semalam.
"Untuk maklumat rakyat Malaysia, saya menegaskan bahawa saya tidak pernah mengancam kepentingan awam dalam sebarang perkhidmatan dan tindakan saya semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), saya telah menjalankan tugas saya secara amanah dan tegas,” katanya.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227].
Peruntukan tersebut membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya.
"Keputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara," kata Mohd Zuki.
"Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Shafiq atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.
Faida Rahim
Tue Dec 13 2022

Shafiq dalam satu kenyataan media hari ini berkata, beliau terkilan dengan keputusan yang dikenakan ke aatas dirinya. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPPA: Hormati keputusan jawatankuasa siasatan - Cuepacs
Adnan berkata, semua pihak harus menghormatinya sebagai suatu pengajaran berguna serta tidak menjadikannya sebagai modal politik.

Shafiq Abdullah akan ambil tindakan undang-undang
Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat ke atas penamatan perkhidmatannya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan perkhidmatan
Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

KPPA ditamatkan perkhidmatan?
Surat bertarikh 1 Disember lalu itu ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji
Kadar biasiswa pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara sedang dikaji bagi tujuan penyelarasan.

Pegawai awam ditegur tidak sepatutnya buat provokasi - KPPA
Provokasi melampau bagi meraih perhatian umum atau dijadikan bahan viral boleh disifatkan sebagai suatu tindakan tidak bertanggungjawab.

Kontroversi KPPA: PM arah KSN tubuhkan jawatankuasa khas untuk siasat
Perdana Menteri sudah meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk menentukan pemilihan ahli jawatankuasa itu nanti.

JPA terbuka dengan pandangan semua pihak berkepentingan - Mohd Shafiq
Penambahbaikan berterusan berhubung kebajikan penjawat awam yang merangkumi semakan saraan serta laluan kerjaya, juga sedang dibuat.

40,729 jawatan diluluskan tahun ini - KPPA
Semua kementerian, jabatan dan agensi hendaklah mengikut kelayakan dan peraturan sedia ada bagi pengisian jawatan yang diluluskan.

Deskripsi tugas penjawat awam disemak semula
Deskripsi tugas penjawat awam akan disemak semula bagi memastikan ia relevan dengan situasi semasa, serta dapat meningkatkan integriti dan mengurangkan punca rasuah dalam pentadbiran awam.