PETALING JAYA: Tiada apa yang lebih manis buat Anuar Zain selain daripada berpeluang mengadakan konsert solo sebagai meraikan ulang tahun ke-40 kerjaya nyanyiannya di bandar raya yang menjadi saksi pendakiannya sebagai anak seni.
Sebagai antara penghibur lelaki yang dihormati kawan dan lawan, Anuar memilih untuk berkongsi kemanisan selama empat dekad sebagai penyanyi di pentas Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 28 Oktober depan.
Shah Alam sentiasa dekat di hati Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain.
Ini kerana, di kota raya itulah dia dibesarkan dan ibu negeri Selangor itu adalah tanah permai yang sentiasa menawarkan banyak inspirasi buat beliau.
Pada Konsert Ulang Tahun ke-40 (AZ40) yang akan berlangsung selama dua jam, kata Anuar, 53, dia akan menghiburkan peminat setianya dengan lebih 20 rangkaian lagu popularnya.
Anuar turut menyasarkan kehadiran penuh mengikut kapasiti tempat iaitu 6,500 tempat duduk pada konsert AZ40.
AZ40, jelasnya, adalah terjemahan rasa kasih dan sayangnya pada peminat setia yang tidak pernah jemu menyokong kehadirannya di gelanggang seni tanah air.
Menurut Anuar, pemilihan lokasi tersebut memudahkan peminat untuk hadir menyaksikan konsertnya.
"Saya pernah membuat konsert di beberapa tempat di Kuala Lumpur. Saya ingin kembali ke Stadium Malawati kerana ia memberikan saya nostalgia yang sangat manis. Bagi saya stadium itu sangat praktikal.
"Stadium bentuk empat segi, sangat senang untuk berkerja dari segi mengatur tempat duduk, pencahayaan dan sistem audio. Lebih baik dan bagus jika tempat persembahan berbentuk empat segi.
"Juga kerana stadium ini terletak di Shah Alam yang merupakan tempat saya membesar. Paling penting, sangat senang untuk peminat datang kerana tempat letak kereta sangat banyak dan mencukupi," kata penyanyi lagu Bila Resah dan Keabadian Cinta itu lagi pada sidang media AZ40, di sini, semalam.
Tiket untuk menyaksikan konsert AZ40 akan mula dijual jam 10 pagi 12 Julai ini pada harga yang bermula dari RM188 sehingga RM1,188.
Anuar menjelaskan sepanjang konsert berlangsung, pengkisahan mengenai perjalanan kerjayanya akan mengambil sedikit bahagian daripada masa persembahan.
Selebihnya, tumpuan akan diberikan untuk menghiburkan peminat yang hadir.
Anuar juga enggan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dipersembahkan semasa konsert-konsert sebelum ini.
Bagi Anuar, hal paling utama yang mahu disajikan kepada peminat ialah sesuatu yang segar dan baharu.
Konsert terakhir Anuar sebelum ini ialah persembahan duet bersama kakaknya, Ziana Zain pada 6 Ogos tahun lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Irfan Faruqi
Wed Jul 05 2023

Tiada apa yang lebih manis buat Anuar Zain selain daripada berpeluang mengadakan konsert solo sebagai meraikan ulang tahun ke-40 kerjaya nyanyiannya di Shah Alam pada 28 Oktober depan. - Astro AWANI
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR
Anuar Zain dilantik sebagai Duta Kemanusiaan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sempena kempen 'Palestine Rays of Hope'.

'Persembahan malam ini, must go on' ... - Anuar Zain
Penyanyi, Anuar Zain tetap memukau 8,000 penonton yang hadir konsert Anuar Zain 40th Anniversary pada Sabtu meskipun mengakui dirinya masih tidak berapa sihat.

Shah Alam jadi pilihan Anuar Zain beraksi di konsert solo
Ibu negeri Selangor, tanah permai yang menawarkan banyak inspirasi buat Anuar sepanjang 40 tahun bergelar anak seni.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

"Seminggu tak tidur lena!" - Ziana, Anuar lega konsert sukses
Berlangsung meriah bermula 9 malam, persembahan kedua-dua adik-beradik popular itu mengukir senyum 2,800 penonton yang hadir.

"Carikanlah untuk kita" - Ziana Zain berbicara tentang jodoh
Setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain memohon doa agar diberikan yang terbaik.

"Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an" - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata
Anuar dan Ziana tidak pernah sangka tiket konsert mereka akan habis dijual dalam masa singkat.

Tak sempat bernafas, tiket konsert dah separuh terjual! Hebatnya aura Anuar dan Ziana Zain
Anuar Zain dan Ziana Zain bakal mengadakan konsert pada Ogos ini.

'Selalu rancang, akhirnya jadi kenyataan' - Konsert bersama Anuar dan Ziana Zain Ogos depan
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 6 Ogos depan.

Peminat iringi doa buat Anuar Zain sebelum berangkat ke Syria
Anuar bersama pasukan Syria Care menjayakan Kempen Ramadan Al Khair 10.0 bagi membantu pelarian Syria.