NILAI: "Shah The Terminator."
Itu gelaran yang diberikan oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang kagum dengan semangat kental rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang berjuang berhabis-habisan untuk menamatkan perlumbaan, walaupun mengalami kecederaan dan kerosakan basikal.
Mohd Azizulhasni berkata semangat juang tinggi yang dipamerkan Muhammad Shah Firdaus, pada saingan separuh akhir kedua keirin lelaki Kejohanan Trek Berbasikal Asia (ACC) 2023 dan seterusnya meraih gangsa, harus dijadikan sebagai teladan oleh semua atlet negara.
"Saya melihatnya berlanggar, terpelanting, tergantung di pagar dan tergelincir jatuh. Kemudian dia bangun, cuba duduk, tapi basikalnya patah dan carbon fiber tercucuk, namun beliau tetap kayuh untuk menamatkan saingan.
"Kalau dia dah mengaku kalah, memang dia tak masuk final dan tidak menang gangsa. Semangat sama yang saya tunjukkan (selepas tertusuk kayu sepanjang 20 sentimeter di Siri Piala Dunia Klasik di Manchester) pada 2011," katanya kepada pemberita di Velodrom Nasional di sini.
Terdahulu, Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan The Pocket Rocketman meraih gelaran berganda selepas muncul juara keirin, manakala Shinji Nakano dari Jepun meraih perak.
Muhammad Shah Firdaus berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan berkumpulan melibatkan lima pelumba ketika berbaki satu pusingan, dengan hanya juara 2022, Kohei Terasaki sahaja yang berjaya terselamat daripada pelanggaran itu.
Semangat kental pelumba berusia 27 tahun itu harus dipuji, apabila beliau bangkit untuk menamatkan perlumbaan, walaupun pelana basikalnya patah ketika kemalangan tersebut.
Menceritakan pengalaman itu, Muhammad Shah Firdaus, berkata walaupun mengalami kesakitan pada seluruh badan, terutamanya di pinggul, beliau hanya terfikir untuk menamatkan saingan itu untuk mendapatkan mata kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Muhammad Shah Firdaus bernasib baik kerana beliau bersama-sama Sergey Ponomaryov dari Kazakhstan, melintasi garisan penamat pada masa yang sama, dibenarkan beraksi di final selepas foto penamat, menyaksikan tambahan seorang pelumba pada final, berbanding enam pelumba (3+3).
"Pada awalnya tiada masalah dan keadaan saya sangat baik, kemudian saya tak tahu apa berlaku, kemalangan berlaku dengan sangat pantas. Rupanya pelumba dari China silang tayar dengan pelumba Jepun, (dan jatuh) jadi kita lima orang semua terbang.
"Basikal saya pun dah total loss, nasib baik masih boleh bergerak untuk menamatkan perlumbaan. Bagi saingan final, saya terpaksa menggunakan basikal prototype yang agak berlainan. Saya tetap pergi kayuh full gas dan berjaya menang gangsa," katanya yang meraih perak edisi lepas di New Delhi, India.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
Mohd Azizulhasni kagum dengan semangat kental rakan sepasukannya, Muhammad Shah Firdaus (gambar). - Gambar fail/StadiumAstro
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Impian Shah Firdaus bawa ibu bapa tunai umrah tercapai
Selepas insiden itu, terdapat beberapa agensi pelancongan menghubunginya menawarkan untuk menaja beliau merealisasikan hasratnya itu.
'Saya ingat orang Malaysia baik-baik belaka' - Nakano hantar mesej kepada Shah Firdaus
Pemain berusia 28 tahun itu berkata Nakano menghantar mesej kepadanya kelmarin memberitahu telah diserang 'tentera bawang' Malaysia.
Olimpik Paris 2024: Saya dah janji bawa ibu bapa pergi umrah - Shah Firdaus
"Ini bukannya waktu untuk saya menyalahkan sesiapa. Seperti yang anda dapat lihat, pelumba terakhir boleh menang gangsa. Boleh anda bayangkannya?"
"Shah Firdaus akan teruskan legasi saya" - Azizulhasni
Azizulhasni minta peminat berhenti bercakap mengenai dirinya, fokus harus diberikan kepada Shah Firdaus.
Olimpik Paris 2024: "I'm sorry Malaysia" - Shah Firdaus sukar terima impian pingat berkecai dalam beberapa saat
"Jika saya tidak beri cabaran langsung untuk pingat saya boleh terima tetapi ini susah untuk hadam."
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus terlibat kemalangan di pusingan akhir keirin
Biarpun terjatuh, beliau bangkit dan menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 3.348 minit di belakang pemenang Harrie Lavreysen dari Belanda.
Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus mara ke final keirin! Harapan pingat terakhir kembali menyubur
Shah Firdaus berjaya mara ke pusingan akhir Keirin selepas pelumba Jepun K Ota terbatal
Azizulhasni, Shah Firdaus mula kempen Olimpik bergaya, lepasi pusingan kelayakan acara pecut
Catatan tersebut menyaksikan Azizulhasni menduduki tangga ke-10, manakala Shah Firdaus di tangga ke-22 daripada 22 pelumba yang layak ke pusingan seterusnya.