BACHOK: Sebagai anak jati Kelantan, apa yang menjadi kebanggaan dan kepuasan kepada personaliti terkenal, Datuk Seri Shah Rezza ialah berpeluang memasyhurkan kesenian dan kebudayaan negeri tercinta kepada masyarakat luar.
Justeru, tanpa menunggu lama, pelakon dan penerbit terkenal itu memilih kisah ikon yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan iaitu Cik Siti Wan Kembang sebagai latar filem baharu terbitannya.
Hasrat Shah Rezza naskhah itu kelak berpeluang menyampaikan mesej mengenai keunikan dan sejarah Kelantan sekali gus mempromosikan budaya, kesenian, busana warisan dan sebagainya berkaitan negeri itu.
"Cik Siti Wan Kembang adalah ikon Kelantan yang menggambarkan budaya, keunikan, keaslian dan warisan Kelantan yang penuh nilai sejarah," jelasnya mengenai filem yang sedang dalam pembikinan itu ketika ditemui di sini, hari ini.
Shah Rezz bagaimanapun, tidak berkongi sebarang bayangan mengenai produksi filem Cik Siti Wan Kembang termasuk senarai pelakon utama dan kos pembikinan.
Sebelum ini, beliau pernah menerbitkan telefilem Tuan Petri Saadong dengan kos sekitar RM1 juta.
Tuan Petri Saadong yang diterbitkan oleh syarikat produksinya, Nusantara Gems Sdn Bhd ditayangkan di Astro sekitar dua tahun lalu dan mendapat sambutan luar biasa.
"Selepas kejayaan Tuan Petri Saadong, saya mahu mengetengahkan lagi sejarah di negeri yang kaya dengan khazanah dan identitinya ini" katanya.
Sebelum itu, Shah Rezza menyifatkan kerjasama bersama pengarah Allahyarham Raja Ahmad Alauddin Raja Mohamed Redzuan untuk telefilem, Tuan Petri Saadong sebagai kenangan terindah.
Shah Rezza turut menyatakan kesedihannya apabila Allahyarham Raja Ahmad Alauddin tidak sempat melihat karya arahannya selepas dijemput Ilahi pada 29 Ogos 2019.
Telefilem itu telah menemui penonton sebanyak dua siri menerusi saluran Astro Citra serta Citra HD.
Nama Shah Rezza terkenal pada era 90 an menerusi beberapa filem antaranya Ali Setan, Kolej 56, Marah-Marah Sayang, Hati Bukan Kristal, Syukur 21, Pontianak Harum Sundal Malam dan Balik Kampung.
Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah pernah menjadi model sambilan yang menghiasi majalah hiburan dan fesyen tempatan.
Beliau juga pernah menjadi penerbit muzik pada tahun 1997 dalam album berjudul Pedoman sekali gus telah berpadu suara bersama rakan penyanyi-pelakon Allahyarham Nassier Wahab dan Ebby Saiful (yang turut membintangi filem Ali Setan), serta Ahmad Fauzee dan Syed Sobrie.
Vivi Sumanti
Mon Mar 28 2022

Sebagai anak jati Kelantan, Shah Rezza berbangga berpeluang memasyhurkan kesenian dan kebudayaan negeri tercinta kepada masyarakat luar. - Gambar Astro AWANI

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Pantai Dalam syurga makanan orang Kelantan
Berkunjung ke Pantai Dalam di sini pada setiap pagi Ahad suasananya tidak ubah seolah-olah berada di negeri Cik Siti Wan Kembang dengan riuh-rendah kedengaran dialek orang Melayu Kelantan berniaga, wa

Shah Rezza ketengah keunikan Kelantan menerusi Cik Siti Wan Kembang
Filem Cik Siti Wan Kembang sarat keunikan dan sejarah sekali gus mempromosikan budaya, kesenian dan busana warisan Kelantan.

Konsert Lefthanded di Kelantan bukan batal, tapi ditunda - Penganjur
Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 13 Februari ini ditunda ke bulan Mac.

Realiti Rakyat: Fasa pemulihan industri pelancongan di Kelantan dijangka lebih cepat
Kelantan muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

'Guna kreativiti!' - Ibrahim Ali impi jadi MB Kelantan, mahu negeri sehebat Amsterdam
Impian memimpin negeri Cik Siti Wan Kembang itu merupakan sebahagian arah tuju politiknya sejak sekian lama, kata Ibrahim Ali.