KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim meminta pihak tidak berkaitan berhenti masuk campur dan mempolitikkan isu pengambilan tanah projek pembangunan semula unit kediaman di Sungai Baru, Kampung Baru di sini yang masih dalam proses rundingan.
Beliau turut meminta agar kumpulan penduduk yang masih tidak bersetuju dalam proses pengambilan tanah tidak keliru dan terpengaruh dengan pihak yang sekadar mahu "menangguk di air keruh" dengan berlagak "hero".
"Orang yang punya tanah lebih berhak daripada orang lain, mereka menyuarakan pendapat mereka cuma tersalah sikit apabila pendapat itu disalurkan kepada pihak yang mahu mengambil kesempatan.
"Saya mungkin dicabar oleh pihak lain, cabarlah saya, tidak ada masalah. Tapi saya tetap memihak kepada orang punya tanah, tidak perlulah cari orang lain kerana kita (kerajaan) yang akan buat keputusan, tapi kalau orang lain nak jadi hero terpulanglah," katanya pada sidang media program Self Defence Awareness @ Jihad Dadah di sini hari ini.
Menurut Perbadanan Kampong Bharu, sejumlah 291 pemilik lot dan unit flat (27 lot teres dan 264 unit flat) yang mewakili 88.72 peratus pemilik telahpun bersetuju dengan projek pembangunan semula itu dan pada masa sama pemaju terus berusaha berjumpa dan mengadakan sesi libat urus bersama pemilik 37 lot rumah teres yang tidak bersetuju.
Program sehari Self Defence Awareness@ Jihad Dadah dianjurkan Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Wangsa Walk Mall hari ini bertujuan memupuk kesedaran umum agar berwaspada dengan risiko jenayah luar jangka selain mempersiapkan diri dengan asas pertahanan diri.
Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan kenyataan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang memberi bayangan terdapat beberapa lagi pemecatan beberapa individu di dalam parti susulan pengguguran Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Shahidan berharap parti akan memberi lebih perhatian kepada aspek penyatuan ummah.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu juga melahirkan rasa kesal atas isu terbabit dan menyifatkan soal pemecatan tidak seharusnya berlaku selain berpandangan masih ada ruang dan peluang untuk parti memperkukuh perpaduan dalam memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menerajui negara.
"Saya percaya Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) juga ingin meninggalkan legasi yang menyatukan ummah," katanya.
Kalau sebelum PRU (Pilihan Raya Umum) memecah-belahkan ummah, kita buat pilihan raya kita akan rugi, payah menang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022

Shahidan meminta agar kumpulan penduduk yang masih tidak bersetuju dalam proses pengambilan tanah tidak keliru dan terpengaruh dengan pihak yang sekadar mahu "menangguk di air keruh" dengan berlagak "hero". - Astro AWANI/Shahir Omar

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Shahidan minta pihak tidak berkaitan henti campur tangan, politikkan isu Sungai Baru
Beliau turut meminta agar kumpulan penduduk yang masih tidak bersetuju dalam proses pengambilan tanah tidak keliru dan terpengaruh.

Perlu formula terbaik selesai isu tanah Kampung Melayu Puncak Kundang - MB
Pihaknya tidak boleh melakukan tindakan terburu-buru lantaran tanah tersebut secara jelas hak milik swasta dan bukan kerajaan negeri.

Kerajaan Selangor telah serah dokumen kepada SPRM - Azmin
Kerajaan negeri Selangor telah menyerahkan semua dokumen berkaitan isu tanah di mukim Ijok kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Skandal tanah RM155 juta: Peter Anthony hadir beri keterangan di pejabat SPRM Sabah
Peter hadir memberi keterangan selama lebih kurang tiga jam di pejabat SPRM Sabah yang terletak Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu.
Hak peneroka asal di Kelantan dinafikan
Peneroka mendakwa hak mereka dinafikan dalam isu ladang rakyat selain langsung tidak mengetahui keadaan sebenar pembangunan di Gua Musang.