KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran LHDN, Tuan Zulkfli Tuan Lah, 48, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan Borang BE Taksiran yang merupakan maklumat pendapatan individu melalui penggajian yang diterima Shahrir.
"Pendapatan yang diisytiharkan Tan Sri Shahrir pada 2013 (RM87,834), 2014 (RM128,104), 2015 (RM213,394), 2016 (RM189,545), 2017 (RM267,090) dan 2018 (RM193,191). Saya sahkan Tan Sri Shahrir tidak pernah mengisytiharkan sebarang pendapatan melebihi RM1juta bagi tahun-tahun taksiran 2013 sehingga 2018," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 kepada LHDN.
Saksi pendakwaan ke-21 itu juga mengesahkan bahawa Shahrir telah menggunakan 'username' dan 'password' miliknya dan telah melaporkan pengisytiharan cukai bagi tahun-tahun tersebut secara e-Filing di laman sesawang LHDN.
Tuan Zulkfli berkata berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan kaedah-kaedah, apa-apa perolehan atau keuntungan lain yang diterima selain daripada penggajian, mana-mana individu wajib melaporkan perolehan tersebut kepada LHDN.
Mohd 'Afif: Sekiranya seseorang itu menerima wang RM1 juta sebagai suatu sumbangan untuk dirinya atau kepada sesuatu pertubuhan dan sumbangan tersebut dimasukkan ke akaunnya peribadinya, adakah ia perlu diisytiharkan kepada LHDN?
"Dari segi penaksiran, sekiranya jumlah itu (sumbangan) diterima oleh individu, tidak kira lah untuk apa, sewajarnya ia melaporkan kepada LHDN. Individu itu perlu melaporkannya dahulu kepada LHDN sebelum pihak LHDN tentukan sama ada ia dikenakan cukai ataupun tidak," jawab saksi itu.
Semasa ditanya sama ada individu itu boleh mengambil tindakan sendiri dengan tidak mengisytiharkannya (RM1 juta) sebab menganggapnya sebagai sumbangan atau pelaburan, saksi menjawab: "Tidak boleh".
Mohd 'Afif: Berkaitan kes kita pada hari ini, sekiranya Tan Sri Shahrir menerima cek RM1 juta dan wang itu dimasukkan dalam akaun peribadinya, adakah beliau kena laporkan kepada LHDN wang tersebut pada tahun 2013?
Tuan Zulkfli: Kena laporkan pada tahun diterima iaitu 2013.
Sementara itu, ditanya peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros mewakili Shahrir sama ada saksi itu atau LHDN tidak menjalankan siasatan berhubung kemasukan RM1 juta ke akaun Shahrir, saksi itu menjawab tidak pasti kerana tiada semakan dibuat mengenainya.
Tuan Zulkfli berkata semasa perjumpaan dengan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pegawai tersebut hanya bertanyakan sama ada Shahrir melaporkan RM1 juta kepada LHDN tanpa membawa sebarang dokumen termasuk penyata akaun Shahrir.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Shahrir didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim
Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.

Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled
Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.

'Nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah bersih' - Shahrir
'Hari ini nama saya, UMNO dan Johor Bahru sudah dibersihkan, bukan atas permintaan kita tetapi pihak pendakwaan sendiri yang tidak berhasrat untuk meneruskan kes,' kata Tan Sri Shahrir Ab Samad.

Tommy Thomas tetap arah dakwa Shahrir walau kertas siasatan tak lengkap - Pegawai SPRM
Tommy Thomas tetap mengarahkan SPRM untuk mendakwa Tan Sri Shahrir Ab Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.

Bicara kes Shahrir: Najib tidak bersedia, mohon beri keterangan 5 Jan
Najib, yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, beliau tidak bersedia memberikan keterangan secara lisan tanpa kehadiran peguamnya.

Najib sendiri serah cek RM1 juta kepada Shahrir - Pegawai SPRM
Najib tulis dan tandatangan cek AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum serah kepada Shahrir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Shahrir tidak isytihar pendapatan lebih RM1 juta pada 2013 hingga 2018 - Pegawai LHDN
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada LHDN.

RM1 juta masuk akaun bank Shahrir bersama isteri - Pengurus bank
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang RM1 juta ke dalam akaun bersama Public Islamic Bank atas nama Tan Sri Shahrir Ab Samad dan isterinya Puan Sri Shahrizan Abdullah melalui cek.