Kelab itu, sebelum ini memaklumkan kepada AFC berhubung keputusan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan yang dijadualkan semalam.
Berikutan perkembangan itu, AFC merujuk perkara berkenaan kepada jawatankuasa yang berkaitan untuk perbincangan lanjut dan membuat keputusan mengenai sebarang tindakan atau sekatan yang perlu dikenakan.
"Perkara itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa AFC yang berkaitan untuk membuat keputusan sewajarnya," menurut AFC dalam satu kenyataan semalam.
Penarikan diri pasukan itu dijangka memberikan kesan kepada kedudukan peringkat kumpulan dan struktur keseluruhan perlawanan.
Juara bertahan Liga Super Malaysia Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke pusingan 16 selepas menewaskan pasukan Korea Selatan Pohang Steelers FC 5-2 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri semalam.
Harimau Selatan itu menduduki tempat keempat dalam kedudukan kumpulan dengan 14 mata dan dijadualkan bertemu satu lagi pasukan dari Korea Selatan Gwangju FC dalam peringkat kalah mati pada Mac. Bagaimanapun, mungkin terdapat perubahan berikutan penarikan diri Shandong Taishan.
-- BERNAMA
