SEKITAR awal Ogos lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad dan beberapa rakan selebriti lain di bawah pengurusan Prodigy Syndrome Management mengambil kata putus untuk meninggalkan syarikat berkenaan.
Sharnaaz bersama Aiman Hakim, Zahirah MacWilson dan Hannah Delisha mengumumkan tentang perkhabaran tersebut dalam sela masa yang dekat, sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan dan spekulasi mengenai keputusan yang diambil oleh empat sekawan itu.
Namun, untuk mendapatkan lebih penjelasan, Gempak meminta Sharnaaz untuk berkongsi sebab sebenar dia dan rakan-rakan lain meninggalkan Prodigy Syndrome Management tempoh hari.
“Sebenarnya, hal ini terlampau internal untuk kita bincangkan. Sebab bukan kita kenal (pengurusan) sehari dua.
"Kita kenal lebih 15, 16 tahun. Sebagai artis pertama yang dia uruskan, biarlah kita sesama kita sahaja tahu.
“Kita pun tak nak bocorkan pada sesiapa. Sebab kita sayang dia… macam kakak sendiri. Of course, kita masih berkawan.
"Tapi, mungkin kita rehatkan dia sebentar. Kalau ada rezeki, mungkin kita boleh sambung balik,” ungkap Sharnaaz.
Sharnaaz ditemui pada majlis pembukaan cawangan kelima kedai frozen yogurt Hello di pusat beli-belah Mahkota Parade, Melaka pada Sabtu lalu.
Tambah pelakon filem Polis Evo 3 itu, keputusan untuk meninggalkan syarikat pengurusan secara serentak dibuat selepas masing-masing duduk berbincang dan meraih kata sepakat.
“Kita memang ada berbincang dan bersepakat untuk keluar bersama. Dan hal ini turut dipersetujui bersama pihak pengurusan.
"Kita cakap baik-baik. Tiada siapa pun cakap buruk-buruk tentang sesiapa. Kita matang dalam uruskan masalah.
"Dekat situ, insya-Allah takkan ada apa-apa. Sekarang pun hubungan kami sudah baik,” katanya.
Ditanya adakah hal tersebut melibatkan soal wang, jawab Sharnaaz: “Tidak juga.. 15 tahun kan? Sikit tahun ini, sikit tahun itu.
"Benda tu buat jadi banyak. Sampai satu tahap, kita rehat sekejap (tinggalkan pengurusan).
“Saya ada ditawarkan oleh beberapa pihak untuk uruskan kerjaya saya… tetapi saya tidak akan masuk mana-mana syarikat pengurusan lain.
"Hubungan saya dengan dia lebih daripada seorang manager dan artis.
"Dia ibarat kakak saya. Sehinggakan saya ingin bercerai pun saya tanya dia. Saya nak kawan dengan sesiapa pun dia yang akan approve. Begitu rapatnya saya dengan dia.
“Bagi saya, untuk masuk mana-mana syarikat pengurusan… mungkin tidak. Biarlah saya urus kerjaya saya sendiri.
"Saya dah 38 tahun, bukan susah sangat pun,” tutupnya. -Gempak
Gempak
Mon Sep 04 2023
![Sharnaaz dedah punca keluar Prodigy Syndrome bersama tiga lagi artis Sharnaaz dedah punca keluar Prodigy Syndrome bersama tiga lagi artis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693800291_sharnaaz.jpg)
Keputusan untuk meninggalkan syarikat pengurusan secara serentak dibuat selepas masing-masing duduk berbincang dan meraih kata sepakat. -Gempak
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732666237_TBSharnaazAhmad.jpg)
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
![Selebriti tempatan Sharnaaz Ahmad kini pemilik kelab bola sepak Selebriti tempatan Sharnaaz Ahmad kini pemilik kelab bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729146994_tbSharnaazAhmadpe.jpg)
Selebriti tempatan Sharnaaz Ahmad kini pemilik kelab bola sepak
Selebriti tempatan, Sharnaaz Ahmad, diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak, Carabat FC.
![Netizen sangka Noor Nabila dah nikah, ini respons tuan badan Netizen sangka Noor Nabila dah nikah, ini respons tuan badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709786167_TBNoorNabilajpg.jpg)
Netizen sangka Noor Nabila dah nikah, ini respons tuan badan
Nabila menjelaskan foto yang dimuat naik itu merupakan rakaman sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.
![Sharnaaz Ahmad dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’ Sharnaaz Ahmad dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700188233_SharnaazAhmad.jpg)
Sharnaaz Ahmad dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’
Sharnaaz berkata, meskipun kes ini mengambil masa yang lama, namun dia menerima perkara berkenaan dengan penuh keikhlasan.
![Sharnaaz kecewa, tapi hormati mahkamah Sharnaaz kecewa, tapi hormati mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698748361_SharnaazAhmad.jpg)
Sharnaaz kecewa, tapi hormati mahkamah
Sharnaaz kecewa selepas prosiding kes untuk status representasi bagi menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan ditangguh.
![Keputusan representasi Sharnaaz gugur pertuduhan diketahui 17 Nov Keputusan representasi Sharnaaz gugur pertuduhan diketahui 17 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698736818_tbSharnaazAhmad.jpg)
Keputusan representasi Sharnaaz gugur pertuduhan diketahui 17 Nov
Mahkamah menetapkan 17 Nov untuk mengetahui keputusan status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad bagi menggugurkan pertuduhan kes mencederakan seorang pengawal keselamatan.
![Tengok Hael Husaini mengamuk di set penggambaran, Sharnaaz titip nasihat Tengok Hael Husaini mengamuk di set penggambaran, Sharnaaz titip nasihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696305152_BPLakonan.jpg)
Tengok Hael Husaini mengamuk di set penggambaran, Sharnaaz titip nasihat
Bakal muncul dengan drama siri perdana berjudul My Famous Ex Boyfriend, Hael juga kerap memuat naik perkembangan kerjaya lakonannya itu sejak beberapa minggu lalu.
![Penuhkan hati saya dengan ketenangan - Noor Nabila Penuhkan hati saya dengan ketenangan - Noor Nabila](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695779956_TBNoorNabila.jpg)
Penuhkan hati saya dengan ketenangan - Noor Nabila
Reda dengan takdir, Nabila hanya berharap agar Allah sentiasa membimbing dan memenuhi hatinya dengan ketenangan.
![Sharnaaz Ahmad anggap Noor Nabila wanita kuat Sharnaaz Ahmad anggap Noor Nabila wanita kuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695697598_sharnaazahmad.jpg)
Sharnaaz Ahmad anggap Noor Nabila wanita kuat
Sharnaaz nasihat netizen agar tidak mencampuri urusan kehidupan peribadi orang lain kerana ia boleh berbalik kepada diri sendiri.
![Isu rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran: Ini Respons Noor Kartini... Isu rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran: Ini Respons Noor Kartini...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695356533_TBRumahtangga.jpg)
Isu rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran: Ini Respons Noor Kartini...
Anak-anak sudah dewasa, justeru, Datin Noor Kartini enggan campur tangan dalam hal rumah tangga mereka.