Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman hari ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 1436 Hijrah/2014.
Penganugerahan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam Majlis Perhimpunan Maal Hijrah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Pemilihan Sheikh Ghazali dibuat berdasarkan kriteria tokoh yang berpengetahuan luas dan banyak memberi sumbangan kepada syiar Islam di Malaysia.
Beliau menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hampir 5,000 hadir ke majlis sambutan Maal Hijrah kali ini yang diserikan bacaan al-Quran dan persembahan nasyid dan bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir ke perhimpunan tersebut.
Astro Awani
Sat Oct 25 2014

Sheikh Ghazali diumum Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2014
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Kerajaan cadang tambah baik Akta 505 - Zulkifli
Zulkifli berkata ahli jawatankuasa yang baru dilantik itu akan membincangkan dengan lebih mendalam berkenaan pindaan di bawah Akta 505 dalam mesyuarat yang berlangsung selama lima hari.

Tun Ahmad Sarji dilantik pengerusi baharu IKIM
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia yang baharu berkuat kuasa 4 Feb lepas.

Sheikh Ghazali diumum Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2014
Pemilihan Sheikh Ghazali dibuat berdasarkan kriteria tokoh yang berpengetahuan luas dan banyak memberi sumbangan kepada syiar Islam di Malaysia.