KUALA LUMPUR : Penyanyi legenda tanah air, Datuk Sheila Majid mengecam tindakan vokalis The 1975, Matty Healy yang telah berkelakuan biadab sewaktu konsert Good Vibes Festival.
Sheila yang juga terkenal dengan gelaran Ratu Jazz Malaysia itu menyifatkan tindakan vokalis berkenaan telah mengundang kerugian ramai pihak.
“Ramai pihak telah alami kerugian termasuk krew produksi, pemuzik, dan ramai lagi gara-gara tindakan biadab dan pentingkan diri (Matty Healy).
“Dia (Matty Healy) sepatutnya sedar kerana acara ini makan masa yang lama untuk dilaksanakan, ini tidak termasuk lagi mereka yang telah membeli tiket untuk saksikan persembahan band yang lain.
“Populariti bukan tiket untuk seseorang itu berkelakuan biadap di khalayak ramai,” tegasnya.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.
Ujarnya lagi, penyanyi tersebut seharusnya menumpukan kepada aspek persembahan berbanding menekankan soal pendirian mereka terhadap hubungan sejenis.
Tindakan kurang sopan itu secara tidak langsung telah menjejaskan beberapa persembahan lain yang ketika ini terpaksa dihentikan gara-gara perbuatan yang tidak bermoral itu.
Sheila berpendapat, kelakuan seumpama itu menjadi punca industri muzik tanah air dipandang serong umpama ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.
“Disebabkan tindakan bodoh itu, ramai lagi penghibur lain tidak dapat teruskan persembahan walaupun terbang jauh dari negara luar untuk tiba di acara ini.
“Insiden ini perlu jadi pengajaran buat seluruh penggiat seni, kita perlu hormat undang-undang sesebuah negara.
“Fikir sebelum bertindak kerana ini bukan soal pendirian peribadi semata-mata,” katanya lagi.
Dalam konsert itu, Healy dilihat memegang botol arak di atas pentas ketika melakukan persembahan selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan.
Malah, Healy juga membuat ucapan menghina undang-undang negara berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di atas pentas.
Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) membuat laporan polis terhadap vokalis kumpulan The 1975 dan penganjur persembahan Good Vibes Festival atas kecuaian serta kegagalan mematuhi syarat-syarat ditetapkan JK-PUSPAL.
Laporan itu dibuat menerusi JK-PUSPAL susulan tindakan jelik dan kurang sopan yang dilakukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy, ketika melakukan persembahan di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi.
Hilmi Malik
Sat Jul 22 2023
![Sheila Majid kecam tindakan biadab Matty Healy, ramai pihak tanggung rugi Sheila Majid kecam tindakan biadab Matty Healy, ramai pihak tanggung rugi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690031860_TBSheilaMajid.jpg)
SHEILA: "Disebabkan tindakan bodoh itu, ramai lagi penghibur lain tidak dapat teruskan persembahan walaupun terbang jauh dari negara luar."
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Gandingan Tomok-Nana menjadi, Konsert Memori Mungkin Berulang nyata hebat Gandingan Tomok-Nana menjadi, Konsert Memori Mungkin Berulang nyata hebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738572949_konsert.jpg)
Gandingan Tomok-Nana menjadi, Konsert Memori Mungkin Berulang nyata hebat
Tomok dan Nana memberi persembahan cukup bertenaga untuk menghiburkan peminat masing-masing dalam Konsert Tomok dan Siti Nordiana: Memori Mungkin berulang.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.
![Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737786683_HusseinOmarKhan.jpg)
Polis tahan tiga individu terlibat jual dadah ketika konsert di Bandar Sunway
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dadah pada konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway baru-baru ini.
!['Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan 'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737523573_MellyGoeslaw.jpg)
'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan
Pada konsert itu nanti, beliau akan menampilkan sesuatu yang baharu serta istimewa dan pastinya tidak pernah dibawa sebelum ini.
![Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730898224_TBRuslinJusoh.jpg)
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
![Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733727488_tbNgSueeLim.jpg)
Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.
![Selangor syor saringan air kencing dijadikan SOP sebelum memasuki konsert Selangor syor saringan air kencing dijadikan SOP sebelum memasuki konsert](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/71478480511_urinetestujianai.jpg)
Selangor syor saringan air kencing dijadikan SOP sebelum memasuki konsert
Datuk Ng Suee Lim berkata syor itu antara perkara yang bakal dibincangkan dan diperincikan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Rabu ini.
![Pinkfish: Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham - ALIFE Pinkfish: Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham - ALIFE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736068767_RizalKamal.jpg)
Pinkfish: Penggantungan semua konsert tindakan ekstrem, kurang faham - ALIFE
Penggantungan penganjuran semua konsert secara menyeluruh susulan insiden di acara Pinkfish Countdown disifatkan sebagai tindakan ekstrem.
![Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735611499_Afgan.jpg)
Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert solo skala besar di Malaysia
Konsert 'Afgan Live in Penang' yang berlangsung di Setia Spice Arena pasti meninggalkan kenangan indah yang akan terus tersemat di hati peminat.
![Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735530130_TBAinaAbdul.jpg)
Konsert jelajah Imaji memukau, Aina Abdul 'merasuk' penonton
Memulakan persembahan dengan lagu Imaji dan Kejam, kelunakan suara Aina tidak mengambil masa lama untuk 'merasuk' kira-kira 1,500 penonton.