FILEM Sheriff: Narko Integriti kini mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.
Zul Ariffin Pandai Buat Lawak
Menerusi video podcast bersama Asyraf Khalid di TikTok, Pengarah filem itu, Syafiq Yusof berkongsi mengenai sisi lain pelakon utamanya iaitu Zul Ariffin yang dia sendiri tidak menjangkanya.
“Zul Ariffin… kenapa aku suka Zul Ariffin ini sebab dia macam dapat baca apa yang aku nak dan kadang-kadang dia surprise aku dengan lakonan-lakonan yang aku rasa wow.
“Contoh aku beritahu, Sheriff: Narko Integriti, watak dia sebenarnya tak kelakar. Tapi bila dekat set, aku ada cakap yang macam ‘maybe you can play around with this watak’.
“Aku tak expect (jangka) dia buat lawak itu. Tapi bila dia buat lawak itu, masa first take tu, aku macam… mula terkejut 'apa ini' kan.
"Aku nak serius, tapi bila replay balik, aku macam aku rasa orang akan suka ni.
“Jadi, sebab itu dia teruskan. Dia jadi macam super natural dan dia buat lawak itu, dekat panggung orang gelak kan. So benda itu datang daripada Zul Ariffin. That is his creativity,” kata Syafiq.
Elizabeth Tan & Azira Shafinaz
Pada perkongsian yang sama, Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
“Yang pertama Elizabeth Tan, sebab dia adalah untuk mencari pelakon berbangsa Cina, yang boleh bertutur bahasa Melayu dengan elok, susah sebenarnya.
“Tapi dia boleh dan sangat bagus. Orang kedua, Azira Shafinaz… pun sama macam Zul Ariffin. Dia seolah-olah macam, dia tahu apa yang aku bayangkan. Dia baca skrip itu, dia faham skrip itu.
“Dan dia bagi emosi itu tepat dengan keperluan skrip itu. Dan Azira, dia sampaikan dengan sempurna,” kongsi Syafiq lagi.
Sinopsis Sheriff:
Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama. -Gempak
Gempak
Wed May 22 2024

Syafiq Yusof (kanan) berkongsi mengenai sisi lain pelakon utamanya iaitu Zul Ariffin yang dia sendiri tidak menjangkanya. -Gempak
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.

Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.

Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri!
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof, Sheriff kini sudah meraih kutipan RM55 juta!

Filem Sheriff cecah kutipan RM44.5 juta selepas 14 hari tayangan
Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof mendapat sambutan luar biasa di pawagam meskipun telah memasuki minggu kedua tayangan di seluruh negara dengan meraih kutipan terkini mencecah RM44.5 juta.

Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.

Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.

Sheriff raih RM16.3 juta untuk lima hari tayangan! Yusof Haslam terharu dengan sambutan
Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw.

Kumpul RM11.4 juta selepas 3 hari ditayangkan, Zul Ariffin kongsi cabaran shooting filem Sheriff
Kumpul RM11.4 Juta Selepas 3 Hari Ditayangkan, Zul Ariffin Kongsi Cabaran Shooting Filem Sheriff

Sheriff: Selepas tiga hari, filem arahan Syafiq Yusof raih RM11.4 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti meraih kutipan sebanyak RM11.4 juta dalam tiga hari tayangan dengan satu hari tayangan awal.

Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.