Penyanyi yang membina kemasyhuran di China, Shila Amzah, 24, dan pelumba basikal negara Fatehah Mustafa, 25, merupakan antara empat penerima anugerah Ikon Wanita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Anugerah itu disampaikan selepas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin selesai membentangkan ucapan dasar beliau di hadapan ribuan ahli Puteri sempena berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.
Dua lagi ikon wanita muda yang menerima anugerah tersebut ialah pendebat Maizura Mokhsein, 23, dan Pengarah Urusan FashionValet.net, Vivy Sofinas Yusof, 27.
Anugerah tersebut disampaikan kepada tokoh-tokoh wanita muda sebagai menghargai sumbangan mereka yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang seperti akademik, perniagaan, seni dan sukan.
Penyanyi Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah dipilih kerana kecemerlangannya dalam bidang seni suara dan mula membina nama di negara luar terutamanya di China selepas menjuarai pertandingan Asian Wave di Shanghai.
“Saya terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh Puteri UMNO ini yang mengenal pasti bakat anak muda khususnya wanita di negara ini. Terima kasih kerana menyokong saya dan saya berharap Puteri UMNO akan terus memberikan khidmatnya untuk masyarakat,” ujar Shila melalui tayangan rakaman video.
Anugerah tersebut diterima oleh bapanya, Amir Hamzah atau ND Lala bagi pihaknya yang tidak dapat hadir.
Pelumba trek wanita, Fatehah pula dilihat sebagai srikandi sukan yang menyerlah lebih-lebih lagi setelah menceriakan kem negara kerana menyumbang pingat perak Sukan Asia ke-17 dalam acara keirin individu di Incheon, Korea Selatan September lalu.
Sementara itu, Maizura yang memiliki portfolio sebagai jaguh pengucapan awam dan debat serta pernah mendapat gelaran pendebat nombor satu Asia apabila menjuarai Kejohanan Debat Asia Bersatu (UADC) di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura turut diangkat sebagai ikon.
Vivy pula dikenali kerana kesungguhannya menceburi bidang perniagaan dalam talian sejak berusia 23 tahun dan kini rangkaian bisnes berasaskan fesyen dan gaya hidup itu mencatat rekod yang membanggakan.
Hamzah Hamid
Wed Nov 26 2014
![Shila Amzah, Fatehah Mustafa antara penerima Anugerah Ikon Wanita Puteri UMNO Shila Amzah, Fatehah Mustafa antara penerima Anugerah Ikon Wanita Puteri UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51416988223_295x200.jpg)
Maizura, Vivy, Shila dan Fatehah merupakan penerima anugerah khas Puteri UMNO kerana kecemerlangan masing-masing dalam bidang yang diceburi. - Gambar fail
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736662982_JoeBiden.jpg)
Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis.
![Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733012115_Nambikkaimedia.jpg)
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
![Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732376842_TBMEBAjpg.jpg)
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
![AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732277639_filemabangadikaw.jpg)
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
![Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732273062_FilemAbangAdik.jpg)
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
![Pengasas KK Mart, Kapten Batik antara penerima anugerah SEBA Awards 2024 Pengasas KK Mart, Kapten Batik antara penerima anugerah SEBA Awards 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731835274_TBSEBA.jpg)
Pengasas KK Mart, Kapten Batik antara penerima anugerah SEBA Awards 2024
Kee Chan diberikan Anugerah Usahawan Terbaik Tahun 2024 manakala Farhan pula memenangi Anugerah Usahawan Fesyen Terbaik Tahun 2024.
![ContentAsia Awards 2024: Astro raih sembilan anugerah ContentAsia Awards 2024: Astro raih sembilan anugerah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725617780_AstroPingatEmas.jpg)
ContentAsia Awards 2024: Astro raih sembilan anugerah
Ia menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program menarik dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton.
![Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards 2024 Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722120019_tbMGGAFilmAb.jpg)
Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards 2024
Filem Abang Adik berjaya merangkul dua anugerah utama pada majlis MGGA 2024 yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri pada Sabtu.
![AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15 AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719295090_airasia.jpg)
AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15
AirAsia terus melakarkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk kali ke-15.
![Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023 Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717799571_TBAdibahAmin.jpg)
Adibah Amin diumum Tokoh Wartawan Negara 2023
Adibah Amin merupakan wartawan wanita pertama diberikan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan.