Pengarah filem kontroversi Tanda Putera Shuhaimi Baba mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mencuri gambar dari Facebook Tanda Putera dan melakukan fitnah mengenainya.
Beliau berkata individu tersebut telah mendakwa apa yang terdapat dalam gambar itu adalah kesilapan teknikal yang ketara dalam filem itu.
“Ini suatu pembohongan besar yang tidak ada dalam filem. Paling mengecewakan, fitnah ini turut diulang tanpa selidik oleh sebuah stesen TV swasta,” katanya dalam satu kenyataan media.
Berikutan itu, Shuhaimi berkata beliau akan bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akan mendapatkan pandangan peguam tentang tindakan seterusnya.
Shuhaimi turut menuntut permohonan maaf dari golongan yang membuat fitnah terhadap filem Tanda Putera dan menyatakan ia kononnya adalah ‘filem Umno’.
“Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya sebagai filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai tiga juta orang itu pada empat hari pertama filem ini ditayangkan.
“Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!
“Mereka sepatutnya memohon maaf kerana fitnah yang melampau tapi kami tidaklah berharap sangat,” katanya.
Shuhaimi juga tidak berpuas hati dengan laporan sesetengah media yang memfokus tentang panggung yang hampir kosong.
“Kami kurang pasti mengapa ini digembar-gemburkan memandangkan kekurangan penonton pada hari kerja adalah sesuatu yang biasa walaupun bagi filem blockbuster Hollywood,” katanya sambil menambah kawannya dan suaminya pernah menonton filem James Bond ‘Skyfall’ semasa hari kerja dan hanya mereka berdua sahaja berada di pawagam.
“Mengapa tiada gembar-gembur atau sebarang laporan tentang panggung yang hampir kosong ini? Apakah motif di sebalik laporan teruk ke atas filem Tanda Putera?”.
Namun demikian, Shuhaimi mengakui prestasi kutipan Tanda Putera pada hujung minggu lalu agak di luar jangkaan.
“Beberapa tweet dan komen di media sosial melaporkan fenomena penonton –penonton di beberapa pawagam memberikan ‘standing ovation’ atau tepukan gemuruh sebaik sahaja filem tamat, walaupun tanpa kehadiran pengarah atau pelakon utama filem ini.
“Yang lebih penting, kami hargai adalah sokongan padu yang kami terima. Permintaan bagi tayangan khas oleh syarikat dan orang persendirian di lokasi pilihan mereka serta tempahan secara berkumpulan yang kian meningkat dijangka berkesan menambah jumlah kutipan,” katanya.
T K Letchumy Tamboo
Wed Sep 04 2013
![Shuhaimi Baba mungkin heret individu fitnah Tanda Putera ke mahkamah Shuhaimi Baba mungkin heret individu fitnah Tanda Putera ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377818371_295x200.jpg)
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Shuhaimi Baba mungkin heret individu fitnah Tanda Putera ke mahkamah Shuhaimi Baba mungkin heret individu fitnah Tanda Putera ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377818371_295x200.jpg)
Shuhaimi Baba mungkin heret individu fitnah Tanda Putera ke mahkamah
Shuhaimi Baba mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mencuri gambar dari Facebook Tanda Putera.
![Tanda soal Tanda Putera Tanda soal Tanda Putera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377818371_295x200.jpg)
Tanda soal Tanda Putera
Editor meja hiburan, Syazwan Zakariah mengulas filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
![Tanda Putera tidak hormat Tunku, kata Uma dan Joe Tanda Putera tidak hormat Tunku, kata Uma dan Joe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/81378169105_120x90.jpg)
Tanda Putera tidak hormat Tunku, kata Uma dan Joe
Filem Tanda Putera dikatakan tidak menghormati Tunku Abdul Rahman serta jasa Bapa Malaysia itu kepada negara.
![Tanda Putera: Antara filem sejarah dan realiti sejarah Tanda Putera: Antara filem sejarah dan realiti sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/51377894597_120x90.jpg)
Tanda Putera: Antara filem sejarah dan realiti sejarah
Apakah kita boleh belajar sejarah daripada fiksyen? Apakah boleh kita menerima sebuah filem sejarah sebagai realiti sejarah?
![Anwar tidak setuju penayangan Tanda Putera disekat Anwar tidak setuju penayangan Tanda Putera disekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377818371_295x200.jpg)
Anwar tidak setuju penayangan Tanda Putera disekat
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak bersetuju jika penayangan filem Tanda Putera disekat.
![DAP hipokrit konon perjuang kebebasan media dan kebebasan bersuara -- Hishammuddin DAP hipokrit konon perjuang kebebasan media dan kebebasan bersuara -- Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/51363335648_295x200.jpg)
DAP hipokrit konon perjuang kebebasan media dan kebebasan bersuara -- Hishammuddin
Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang tayangan filem 'Tanda Putera' di pawagam di negeri itu membuktikan sikap hipokrit parti itu, kata Hishammuddin Hussein.
![Filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan 29 Ogos Filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan 29 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361286803_295x200.jpg)
Filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan 29 Ogos
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kelulusan tayangan sudah dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).