SHAH ALAM : Pelawak dan penyampai radio, Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.
Shahmira Muhammad, 39 atau lebih dikenali sebagai Shuib berkata, ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan amaran yang jelas kepada pengguna media sosial lain agar tidak membudayakan penyebaran berita palsu bagi menjamin keharmonian dalam masyarakat.
“Saya mengambil tindakan ini sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap budaya Malaysia yang saling menghormati antara satu sama lain.
“Ia adalah satu panggilan kepada mereka yang suka sebarkan fitnah tanpa bukti yang kukuh untuk berhenti melakukan perkara tersebut,” katanya dalam satu sidang media pada Khamis.
Berdasarkan laporan media, seorang pelayar laman sosial yang dikenali sebagai John Dihani telah mendakwa kematian isteri Shuib mempunyai kaitan dengan agenda vaksin Covid-19.
Dalam perkongsian tersebut, individu terbabit membuat tuduhan Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan sebagai bukti keberkesanan vaksin, namun akhirnya meninggal dunia.
Kenyataan individu itu dibuat berpandukan sekeping foto Shuib bersama isterinya, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah yang menutup sebelah mata masing-masing sepertinya sinonim dengan organisasi ‘rahsia’ tersebut.
Dalam pada itu, Shuib bertegas untuk menjadikan ini sebagai titik permulaan yang positif untuk melawan fitnah.
“Saya percaya bahawa tanggungjawab untuk menentang fitnah bukan sahaja terletak kepada individu yang teraniaya tetapi kepada kita semua sebagai sebuah masyarakat,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 10 2023

Shuib berkata, ia bertujuan untuk memberi kesedaran dan amaran yang jelas kepada pengguna media sosial lain agar tidak membudayakan penyebaran berita palsu bagi menjamin keharmonian dalam masyarakat. - Gambar/ Sinar Harian

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.

Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.

Bubblebee didenda RM17,500 gagal bayar caruman Perkeso
Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.

Shuib imbau kenangan ke bazar Ramadan kegemaran arwah Siti Sarah
Shuib berkongsi rutinnya dahulu adalah berkunjung di bazar bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Isu KWSP pekerja Bubblebee selesai - Shuib
Isu tunggakan caruman KWSP membabitkan Bubblebee Sdn Bhd dan pekerjanya dianggap selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.

Tinggalkan radio bukan tanda terus senyap dalam industri seni - Shuib
Shuib mengakui kecintaannya terhadap dunia hiburan masih lagi menebal.

Shuib mohon maaf, jumpa KWSP lunas tunggakan caruman pekerja secara ansuran
Shuib mengakui berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kaki tangan syarikat syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee.

Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.