KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan merujuk kes peniaga restoran yang menjual ikan siakap lebih RM1,000 di Langkawi kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Timbalan menterinya Datuk Rosol Wahid berkata ia susulan peniaga tersebut gagal menyerahkan dokumen lengkap seperti dikehendaki selepas tamat tempoh lanjutan sehingga 17 November lalu.
Jelasnya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 53(a) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 kerana gagal menyelenggara dan menyimpan dokumen wajar perniagaan dan kes diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
"Saya nasihatkan kepada peniaga-peniaga supaya menyimpan rekod... rekod-rekod pembelian, rekod proses dan sebagainya untuk memudahkan kita melakukan penyiasatan.
"Dan oleh hal tersebut, kementerian telah melancarkan satu ops iaitu Ops Menu bermula 6 November lalu dan berakhir 31 Disember ini untuk melihat, memantau harga menu makanan di setiap kedai-kedai makanan, kedai makan dan restoran di seluruh negara," katanya.
Rosol berkata melalui Ops Menu, sebanyak 2,814 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara dan 21 kes direkodkan melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM6,400.
Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 10 kes di bawah AKHAP 2011 dan 11 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.
Terdahulu, tular mengenai kumpulan pelancong yang mendakwa dikenakan bayaran RM1,196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan mereka.
Namun pemilik restoran menegaskan ikan itu biasanya tidak dijual, tetapi dipelihara sebagai sebahagian pertunjukan untuk tontonan pengunjung restoran.
Malah, katanya harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu.
Astro Awani
Sun Nov 21 2021

Datuk Rosol Wahid berkata ia susulan peniaga tersebut gagal menyerahkan dokumen lengkap seperti dikehendaki selepas tamat tempoh lanjutan sehingga 17 November lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

1,000 ikan siakap 90 sen habis dijual dalam sejam
Seorang peniaga ikan di Kuala Terengganu mengambil inisiatif menjual ikan siakap pada harga 90 sen seekor bagi ikan seberat kira-kira 700 gram.

Siakap harga empat angka: KPDNHEP rujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya
KPDNHEP akan merujuk kes peniaga restoran yang menjual ikan siakap lebih RM1,000 di Langkawi kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ikan siakap harga empat angka: KPDNHEP arah pemilik restoran jelaskan kos operasi
Mohd Shahran Mohd Arshad, berkata penjelasan itu perlu diberikan sebelum 11 November.