"Siapalah saya untuk mengajar mereka," kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai kenyataan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad bahawa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Perak hanya akan mengisyitharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukan kepada Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Bagaimanapun Ahmad Faizal mengambil positif perkara itu asalkan Adun UMNO bersedia membuat pengisytiharan harta.
"Saya ingat rakyat bersetuju ini satu perkara yang baik walaupun mereka tidak isytihar kepada Speaker DUN Perak namun tugas Speaker hanya mahu mengumpulkan sebelum menyerahkannya kepada SPRM.
"Kalau pihak UMNO berhasrat untuk tidak menghormati institusi yang Dipertua Dewan itu siapalah saya nak mengajar mereka sedangkan mereka sudah menjadi kerajaan lebih 60 tahun," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang Sesi 2 Tahun 2019 di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang berkata pengisytiharan bagi pihak kerajaan telah sedia namun perlu dikemaskini.
"Saya sudah siap cuma saya kena buat penambahan sedikit. Exco juga perlu kemaskini pengisytiharan sebab kali terakhir kami buat semasa mula-mula tubuh kerajaan dulu," katanya.
Pada Ahad, media melaporkan ADUN UMNO tidak akan membuat pengisytiharan harta kepada Speaker DUN Perak kerana mengatakan ia melanggar asas doktrin pengasingan kuasa antara pihak perundangan, eksekutif dan kehakiman.
BACA: ADUN Perak perlu isytihar harta
Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan Adun Slim, Khusairi Abul Talib bahawa kerajaan negeri sedang berusaha menjual ladang tanaman sawit bernama PT Pinang seluas 15,000 hektar milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di Palembang, Indonesia, Ahmad Faizal berkata ia masih di dalam proses perbincangan.
Katanya usaha penjualan itu sebenarnya sudah dimulakan oleh pentadbiran sebelum ini dan telah dihentikan oleh kerajaan sekarang namun kini disambung semula setelah mengambil kira beberapa perkara.
"Pertama, tempoh pegangan tanah hampir luput kira-kira 15 tahun lagi sebelum kita memohon kepada kerajaan Indonesia untuk melanjutkan tempoh pajakan, apabila nak minta tempoh pajakan kita perlu menyerahkan kembali 20 peratus keluasan kepada kerajaan Indonesia, maka itu akan menyebabkan kita mempunyai pegangan minoriti.
"Kedua, kita mendapati pokok sawit berkenaan perlu ditanam semula dalam jangka masa pendek maka ia perlukan perbelanjaan yang cukup besar," katanya.
BACA: Proses isytihar harta Ahli Parlimen sehingga Oktober
Sehubungan itu, beliau berkata setelah meneliti perbelanjaan, risiko dan sebagainya anggota lembaga syarikat berpandangan ia lebih sesuai jika membuka peluang kepada pembida-pembida membida harga terbaik untuk dijual dan hasil daripada penjualan tersebut boleh digunakan bagi membeli ladang lain di dalam negara.
Pada 14 Julai lalu, Khusairi menerusi satu hantaran di dalam Facebook miliknya berkata kerajaan negeri sedang berusaha menjual ladang PT Pinang kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia secara rundingan terus yang dijangka akan dimuktamadkan hujung tahun ini.
Khusairi berkata sejak lebih 10 tahun lalu, hasil sawit dari ladang PT Pinang banyak membantu operasi PPPNP termasuk pembayaran gaji pekerjanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2019

Ahmad Faizal berkata pengisytiharan bagi pihak kerajaan telah sedia namun perlu dikemaskini.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.