Pemuda UMNO mengambil serius terhadap pendedahan yang dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Ahmad Murad mengenai kerugian mega besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis.
Justeru, Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun mendesak pihak kerajaan agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh segera untuk menyiasat dan mengesahkan bahawa Bank Negara telah muflis pada tahun tersebut.
"Kita juga mahu RCI menyiasat dan mengesahkan bahawa telah wujud satu usaha bagi menutupi fakta terhadap 'Forex Trading Exposures' sebanyak USD150 bilion dan 'Forex Trading Loss' yang melebihi USD30 bilion.
"Pemuda UMNO juga mahu siasatan dilakukan ke atas kedudukan kewangan Bank Negara sama ada kerugian sebenar Bank Negara adalah jauh lebih tinggi daripada kerugian yang telah diumumkan dalam laporan akaun sepanjang tahun 1991," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tegas Khairul Azwan, tindakan itu dianggap satu jenayah yang perlu disiasat melalui penubuhan RCI bagi mencari mereka yang telah memanipulasi dan menyababkan Bank Negara muflis pada tahun 1991.
BACA: Kerugian akibat 'forex': Ia berlaku 25 tahun lepas - Bank Negara
BACA: Langkah-langkah baharu dilaksanakan BNM bantu stabilkan ringgit - Gabenor
Sebelum ini, kenyataan Bank Negara menjelaskan, laporan media tempatan berkenaan kerugian tukaran asing (forex) bernilai AS$10 bilion berlaku 25 tahun lepas.
Menurut kenyataan itu, bank pusat tersebut menegaskan ia kini semakin kukuh, telus dan bertanggungjawab.
Tambahnya ia telah bergerak ke hadapan susulan daripada isu tersebut.
Astro Awani
Mon Feb 06 2017

Pemuda UMNO mengambil serius pendedahan Datuk Ahmad Murad mengenai kerugian dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada 1991. - Gambar fail

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

India akan jadi negara maju dalam tempoh 25 tahun - Narendra Modi
India akan menjadi pusat pembangunan "berpaksikan manusia" berdasarkan harapan dan aspirasi rakyat.

Konsert 'Rossa 25 Shining Years' 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian.

JubliSiti25: "Jangan berhenti merendah diri" - Pesan Siti Nurhaliza buat artis baharu
Hari ini genap 25 tahun penglibatan Siti Nurhaliza sebagai anak seni.

Highland Towers dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini - Zuraida
Pihak pemaju Highland Towers juga telah menyuarakan hasrat untuk menyalurkan dana berjumlah RM2 juta bagi membiayai kerja perobohan tersebut.

Tun Mahathir alu-alukan tubuh RCI, siasat kerugian BNM
Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa BNM ke tahap muflis.

Siasat adakah Bank Negara muflis pada tahun 1991? - AzwanBro
Pemuda UMNO mengambil serius pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Ahmad Murad mengenai kerugian dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada 1991 yang membawa BNM ke tahap muflis.

Kerugian akibat 'forex': Ia berlaku 25 tahun lepas - Bank Negara
Bank pusat tersebut menegaskan ia kini semakin kukuh, telus dan bertanggungjawab.