LABUAN: Jabatan Laut Labuan diminta meneliti isu perkhidmatan feri yang tidak mencukupi bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan termasuk menyiasat jika terdapat penjualan tiket di pasaran gelap.
Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata terdapat aduan mengenai pengembara yang terdiri daripada penduduk tempatan dan Sabah, tidak dapat menyambut musim perayaan bersama ahli keluarga di kampung halaman masing-masing kerana kekurangan tiket feri.
"Isu ini telah berlarutan lebih sedekad dan masih tidak diselesaikan.
"Memandangkan tiada tanda (pembinaan) jambatan yang dicadangkan akan dimulakan, harus ada penyelesaian kepada isu ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata pihak operator perkhidmatan feri telah meningkatkan bilangan perjalanan bagi laluan tersebut pada setiap kali musim perayaan, tetapi ia masih gagal menangani peningkatan jumlah pengembara.
Katanya, Jabatan Laut Labuan harus menimbangkan untuk menambah bilangan perjalanan daripada sembilan ke 12 dan memastikan terdapat feri beroperasi setiap jam dari 6 pagi hingga 11 malam setiap hari ketika musim perayaan.
Selain itu, Suhaili turut menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat jika terdapat jualan tiket feri dalam pasaran gelap.
"Saya menerima aduan penduduk tempatan kita tidak dapat menaiki feri walaupun selepas beratur dalam barisan pertama senarai menunggu.
"Terdapat sesuatu yang mencurigakan pada susun atur kenderaan ke dalam feri, memandangkan terdapat aduan mengenai orang mendapatkan tiket menerusi pasaran gelap untuk menaiki feri, terutama semasa perjalanan saat akhir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023

Suhaili (foto) berkata terdapat aduan mengenai pengembara yang tidak dapat menyambut musim perayaan bersama ahli keluarga di kampung halaman masing-masing kerana kekurangan tiket feri. -Gambar fail/Bernama
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan
Enam ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian kerana menyokong Perdana Menteri yakin kerusi Parlimen yang disandang mereka tidak akan dikosongkan.

Sidang media khas enam MP Bersatu di Bangsar hari ini batal atas nasihat polis
Keenam-enam MP Bersatu dijangka nyatakan pendirian mereka dalam sidang media di Parlimen esok.

Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri
Suhaili Abdul Rahman berkata, sokongannya kepada Perdana Menteri demi memastikan kelangsungan rakyat di kawasan Parlimen Labuan.

Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun
Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk DSuhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.

Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Sokong PM: Tindakan Labuan pelik, tidak wajar - Islahuddin
Ahli Parlimen Mersing itu berkata, kesemua Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini sudah menyatakan sokongan sebulat suara kepada PN.

Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong kepimpinan PM Anwar
Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman menzahirkan sokongan beliau kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.

Siasat isu perkhidmatan feri tidak cukup - MP Labuan
Jabatan Laut Labuan diminta meneliti isu perkhidmatan feri yang tidak mencukupi bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan termasuk menyiasat jika terdapat penjualan tiket di pasaran gelap.

Masalah gangguan bekalan air, elektrik berlarutan sekat pelaburan ke Labuan - Suhaili
Isu yang membelenggu hampir dua dekad itu memburukkan lagi pemulihan ekonomi dan membebankan rakyat dalam jangka masa panjang.