Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi memahami punca letupan yang menyebabkan tiga pekerja terbunuh semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sebuah tangki minyak setinggi 4.26 meter di kilang Lafarge Malaysia di Rawang, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia, Thierry Legrand, berkata syarikat simen dan bahan binaan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dalam melakukan siasatan itu.
"Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa mayat tiga rakan sekerja kami telah ditemui dalam tangki minyak yang musnah itu.
""Kami berasa amat sedih dengan tragedi ini dan keutamaan kami kini adalah terhadap pekerja itu dan keluarga mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan dengan pihak polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dimulakan sejurus selepas kebakaran itu dipadamkan kira-kira 5 petang semalam, dan ia berterusan sepanjang malam tadi.
Mayat pertama ditemui kira-kira 3.45 petang, diikuti mayat kedua pada 5 petang dan ketiga pada 6 petang.
"Mayat-mayat itu sedang dikenal pasti oleh pihak berkuasa," kata Legrand.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28, Zamri Adenan, 35, dan T. Baskaran, 49, sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di tangki minyak itu apabila tiba-tiba berlaku letupan, dan mereka dipercayai terjatuh ke dalam tangki yang terbakar itu.
Susulan kejadian itu, pasukan penyelamat perlu mengeluarkan 725,000 liter diesel daripada tangki berkenaan bagi mencari mangsa tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2017

Syarikat simen dan bahan binaan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dalam melakukan siasatan itu. -- fotoBERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Pekerja maut ditimbus simen mampat
Sebuah kilang simen di Hulu Kinta, dekat sini diarahkan menghentikan kerja-kerja pembersihan silo selepas seorang pekerja warga asing maut akibat ditimbus simen mampat, pada Isnin.

Belting trek laluan sampah di kilang simen musnah terbakar
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput dengan dibantu BBP Tambun digerakkan ke lokasi kejadian.

Lapan terbunuh rusuhan pekerja di kilang simen
Lapan terbunuh dan 11 cedera dalam rusuhan kumpulan pekerja yang bertempur di kilang simen di Hidalgo.

Siasatan kebakaran maut dijalankan secara menyeluruh - Lafarge Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia, Thierry Legrand, berkata syarikat simen dan bahan binaan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dalam melakukan siasatan itu.

Mayat kedua mangsa terjatuh dalam tangki ditemui
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mayat Zamri Adenan, 35, ditemui pada pukul 4.30 petang tadi.

Satu mayat mangsa terjatuh dalam tangki ditemui
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mangsa ditemui pada pukul 2.50 petang.