Polis akan membawa kertas siasatan kes bekas timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh, berhubung kenyataan dikeluarkan dalam laman sosialnya, kepada pihak pendakwa raya.
“Beliau telah pun memberikan keterangannya… Kita akan hantar kertas siasatan kepada pendakwa raya dan biarlah pendakwa raya yang memutuskannya,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed pada sidang media di Bukit Aman semalam.
Pada 23 Jun lalu, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut itu dipanggil ke Bukit Aman berhubung catatan yang dimuat naik menerusi laman sosialnya, yang antara lain didakwa mempersoalkan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.
Dalam perkembangan berasingan, Huzir berkata, pihaknya akan menyelesaikan segala tindakan dan arahan pihak pendakwa raya dalam tempoh waktu terdekat, berhubung kes siasatan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
“Kita akan selesaikannya dalam tempoh terdekat ini dan akan berbincang semula dengan pihak peguam negara, untuk tindakan seterusnya," katanya.
Pada 21 Jun lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mahkamah koroner yang menyiasat kes itu memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Pejabat Peguam Negara akan mengambil tindakan hasil daripada siasatan polis dan perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainudin).
Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis 2018 selepas 21 hari bertarung nyawa, susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 Subang Jaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 30 2020

Hannah ditemubual pemberita selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman 23 Jun lalu. Turut sama, peguamnya Gobind Singh Deo (kanan). --fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes pemerdagangan orang: Polis buka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Bekas timbalan menteri lapor polis difitnah isu salah guna kuasa
Che Abdullah Mat Nawi membuat laporan polis berhubung penyebaran di media sosial yang didakwa memfitnah beliau berkait isu penyelewengan dan salah guna kuasa.

Siasatan kes Hannah Yeoh akan dibawa ke pendakwa raya - Polis
Pada 23 Jun lalu, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut itu dipanggil ke Bukit Aman berhubung catatan yang dimuat naik menerusi laman sosialnya.

Rakam gambar bekas timbalan menteri tidak menyalahi SOP - SKMM
Rakaman gambar itu adalah sebahagian daripada tatacara untuk rekod sahaja, bagaimanapun gambar berkenaan berkemungkinan telah dikongsikan dengan pihak luar.