Dana dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah disiasat secara komprehensif, dan pelbagai pihak berkuasa telah memutuskan bahawa tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, menurut seorang pegawai khas.
Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata dalam kenyataan hari ini bahawa menteri luar Arab Saudi telah mengesahkan dana dalam akaun perdana menteri adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia malahan telah pergi di Arab Saudi dan memeriksa semua dokumen perundangan dan telah menemu bual wakil-wakil penyumbang tersebut," katanya.
Kenyataan itu sebagai respons kepada dakwaan terbaru dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap perdana menteri.
Tengku Sariffuddin selanjutnya berkata Muhyiddin merupakan individu yang kecewa selepas dipergunakan sebagai boneka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin, katanya, berasa "kecewa bahawa beliau tidak akan dapat menjadi perdana menteri seperti dijanjikan, kerana cubaan mereka untuk menyingkirkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi telah gagal; dan marah kerana kini hidup sengsara akibat daripada perbuatannya sendiri".
"Ketidaksetiaan dan salah membuat pengiraan oleh Tan Sri Muhyiddin berikutan mahu mencapai cita-citanya itu telah membawa kepada penamatan kerjayanya secara mengaibkan.
"Beliau kini terdesak – jadi kenapa harus orang percaya dengan apa yang dikatakannya?" kata Tengku Sariffuddin.
Beliau juga berkata adalah jelas bahawa Muhyiddin ibarat talam dua muka iaitu berbuat sesuatu mengikut kesesuaian politiknya tetapi secara peribadi lain pula halnya.
"Ini jelas apabila beliau menyerang perdana menteri atas dakwaan rasuah, sedangkan semua orang dalam tahu sejarah sebenarnya sebagai menteri besar Johor," kata Tengku Sariffuddin.
Bernama
Tue Aug 30 2016

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata menteri luar Arab Saudi telah mengesahkan dana dalam akaun Najib adalah sumbangan kerabat diraja Arab Saudi. - fotoBERNAMA/Fail
AWANI Ringkas 11 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Mac 2025
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Letupan Bom di Sungai Golok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Putera Mahkota Arab Saudi, Setiausaha AS bincang perkembangan serantau dan antarabangsa
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.

Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi

'Kopi Penumbuk' dikesan kandungi Tadalafil - Agensi Makanan Singapura
Agensi itu menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi.
AWANI Pagi: ASEAN Kita: ASEAN & Australia, stronger together
Join us for a special episode of ASEAN KITA as we sit down with H.E. Tiffany McDonald, Australia's Ambassador to ASEAN. We’ll explore Australia’s strategic vision, economic partnership, climate collaboration, and expectations for ASEAN as Malaysia chairs the region in 2025. Stay tuned for insights on the future of ASEAN-Australia ties!

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Wanita didakwa tipu pelaburan tidak wujud lebih RM1.6 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu dua individu berhubung pelaburan tidak wujud berjumlah lebih RM1.6 juta sejak 2017.

Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.

Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.

Wanita warga Indonesia rugi lebih RM4 juta diperdaya sindiket pelaburan Forex
Seorang wanita warga Indonesia mendakwa kerugian lebih RM4 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang asing (Forex) yang berpangkalan di Labuan.

Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.

Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.

Pasangan kekasih diberkas bersama dadah lebih RM2 juta
Polis menumpaskan sindiket mengedar dan memproses dadah selepas menahan sepasang kekasih serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan berasingan.

Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.

SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.

Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan 11 akaun banknya oleh SPRM.