Siasatan bersepadu akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca pencemaran di Sungai Buah yang mengalir ke Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata beliau telah mengarahkan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melakukan siasatan bersama kerajaan negeri Selangor.
"Kita mesti mengenal pasti dan menyaman pihak bertanggungjawab. Kita perlu menggunakan undang-undang yang ada seperti Ordinan Kerajaan Tempatan, undang-undang dan peraturan JAS serta hukuman berat bagi kesalahan seperti ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Junaidi percaya pencemaran itu tidak dilakukan secara sengaja kerana ia berterusan antara dua hingga tiga hari lalu.
"Sama ada orang atau pemilik kilang yang cuai, jahil atau tidak prihatin tentang kesan pembuangan air buangan ke dalam sungai, kita akan menyiasat hingga ke akar umbi.
"Tapi saya mesti tekankan di sini, kita hanya akan menyiasat dan kemudian merujuk hasil siasatan kita kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pendakwaan," katanya.
Beliau juga berkata beliau telah menerima pelbagai laporan bahawa pencemaran dikatakan berpunca daripada hasil buangan sisa dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
Wan Junaidi percaya pencemaran itu tidak dilakukan secara sengaja kerana ia berterusan antara dua hingga tiga hari lalu. - fotoBERNAMA / Fail
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
PRN Johor: Kemenangan BN bukti rakyat mahu pemimpin bijak - Wan Junaidi
Kemenangan BN dalam PRN Johor bukti pentadbiran PH sebelum ini gagal membalas kepercayaan dan harapan rakyat dan kesudahannya tersungkur di tangan rakyat.
Bank bergerak akan diperluas di luar bandar Sarawak
Separuh daripada dana untuk pembelian bas bagi bank bergerak itu akan disumbangkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
PRABN tingkat kebolehan amaran banjir sehingga 2 hari lebih awal - Wan Junaidi
Penubuhan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) bakal mengukuhkan sistem ramalan banjir dengan meningkatkan tempoh amaran sehingga dua hari lebih awal.
ADUN Pujut: Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis - Wan Junaidi
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Ting boleh membawa keputusan tersebut ke mahkamah.
Sindiket jual beli hidupan liar bernilai puluhan ribu ringgit ditumpaskan
Jabatan Perhilitan berjaya menumpaskan beberapa sindiket melibatkan 11 individu yang menjalankan perniagaan jual beli hidupan liar atas talian termasuk memburu hidupan liar tanpa lesen.
Perlu kajian saintifik bagi larangan kapcai ke pusat bandar - Wan Junaidi
Kajian saintifik perlu dibuat sebelum keputusan untuk melarang kemasukan motosikal kapcai ke pusat bandar.
Kesan aktiviti penambakan laut Pulau Pinang dikaji - Wan Junaidi
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan jabatan dan agensi berkaitan untuk mengkaji kesan aktiviti penambakan laut di Pulau Pinang.
Siasatan menyeluruh punca Sungai Buah tercemar - Wan Junaidi
Beliau telah mengarahkan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melakukan siasatan bersama kerajaan negeri Selangor.