KUALA LUMPUR: "Saya belum dimaklumkan apa-apa setakat ini".
Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada Astro AWANI ketika ditanya sama ada polis sudah memanggilnya untuk direkodkan keterangan berhubung kenyataan yang didakwa mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong.
Siasatan ke atas pemimpin politik itu dibuat susulan laporan yang diterima polis selepas beliau mengeluarkan kenyataan mengenai persidangan Parlimen yang mengaitkan titah Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, pihaknya akan memanggil Takiyuddin dalam masa terdekat.
"Memandangkan sudah ada laporan (polis). Kita akan siasat dan sudah pasti beliau akan dipanggil untuk merekodkan keterangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Mengulas lanjut, Acryl Sani memberitahu, siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Terdahulu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap Takiyuddin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.
Laporan polis berkenaan dipercayai merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Takiyuddin, semasa program Bicara Harakah bertajuk 'Proklasmasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya' yang disiarkan secara maya, Rabu lalu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Rabu lalu menzahirkan pandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, bagi menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.
Bagaimanapun, Takiyuddin Rabu lalu berkata pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen dibuat secepat mungkin tidak memperinci tarikh ia perlu diadakan.
Umavathi Ramayah
Sun Jun 20 2021
Takiyuddin berkata, beliau belum dipanggil polis untuk direkodkan keterangan. - Gambar fail/ Astro AWANI
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Trump to send some migrants to Guantanamo Bay
U.S. President Donald Trump orders the construction of a migrant detention facility at Guantanamo Bay with a capacity of up to 30,000, targeting criminal illegal immigrants.
AWANI Tonight: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
Hamas and Israel conduct a third hostage exchange—Hamas releases eight captives, including three Israelis and five Thai nationals, while Israel is set to free 110 Palestinian prisoners.
AWANI Tonight: Digitalisation: Changing mindsets, narrative for SMEs
SAMENTA's Datuk William Ng shares key insights on what SMEs really need to tackle challenges in digital transformation.
AWANI Tonight 30 Jan 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
AWANI Ringkas: Rasuah | Pelajar Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin
Himpunan solidariti itu bertujuan mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi dan ketidaktelusan.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.
Sindiket bawa masuk warga asing dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini
Sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi mengatur kaunter atau counter setting antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.
PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.
Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.
MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.
Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pandangan kesemua Ahli Parlimen pembangkang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.