KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia hari ini berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan.
Presidennya Karen Cheah Yee Lynn berkata siasatan itu melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.
Dalam satu kenyataan beliau berkata "ada mekanisme ditetapkan bagi menangani isu ini dan ... sebarang percubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh dilihat sebagai menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.
"Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan menyediakan cara khusus yang membolehkan sebarang aduan salah laku kehakiman ditangani dalam suatu cara tertentu yang akan memastikan keyakinan orang ramai terhadap Badan Kehakiman berterusan.
"Tanpa keyakinan yang diperlukan diterapkan kepada Badan Kehakiman sebagai sebuah institusi, pentadbiran sistem kehakiman tidak akan mendapat penghormatan dan penerimaan yang penting terhadap keberkesanan operasinya dalam pentadbiran kehakiman kita," katanya.
Hakim Mohd Nazlan telah membuat satu laporan polis pada 21 April berhubung artikel berita disiarkan portal Malaysia Today yang mendakwa beliau sedang disiasat berhubung pemindahan wang yang tidak dapat dijelaskan ke dalam akaun banknya.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata Mohd Nazlan menafikan "tuduhan-tuduhan palsu, tidak berasas serta berniat jahat" yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan.
Pejabat itu memandang serius tuduhan serta komen sedemikian, dan mengingatkan orang ramai bahawa tuduhan terhadap badan kehakiman bertujuan untuk mengganggu gugat kes-kes yang sedang dalam proses perbicaraan, adalah satu pelanggaran prinsip sub judice.
Cheah berkata orang ramai tidak jelas mengenai siapa yang membuat laporan itu, atau bila laporan seperti itu dibuat.
"Apa yang jelas kepada Badan Peguam Malaysia ialah tidak sepatutya terdapat pilih kasih oleh pihak berkuasa dalam menangani isu yang sama - dan berdasarkan kepada asas ini, kami mendesak siasatan yang sama dijalankan oleh pihak polis terhadap laporan yang dibuat Nazlan terhadap dakwaan yang dibangkitkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Raja Petra Kamarudin dalam blognya, Malaysia Today pada 20 April 2022," katanya.
Cheah berkata Badan Peguam Malaysia sedar sepenuhnya bahawa badan kehakiman tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk mengambil langkah bagi melindungi dirinya, dengan melibatkan dirinya dalam perbicaraan oleh media atau mana-mana bentuk kontroversi awam.
"... sebab itulah terdapat satu keperluan untuk Badan Peguam Malaysia untuk melindungi maruah dan intergriti mahkamah dan Badan Kehakiman secara keseluruhannya, memandangkan sifat badan itu yang sentiasa tidak dapat mempertahankan diri daripada kritikan atau tuduhan liar yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
"Kami meminta pendekatan berhati-hati oleh pihak berkuasa kita, dan tidak terpengaruh dengan desakan suara-suara sumbang dibuat oleh jaguh siber," katanya.
Pada 23 April lepas akhbar 'The Star' menyiarkan satu laporan ekskusif yang menyatakan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa suruhanjaya itu telah memulakan siasatan terhadap Hakim Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya, berikutan laporan yang dibuat berkaitan perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Hakim Mohd Nazlan telah membuat satu laporan polis pada 21 April berhubung artikel mendakwa beliau disiasat berhubung pemindahan wang yang tidak dapat dijelaskan ke dalam akaun banknya. - Gambar/ kehakiman.gov.my

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Azizul Azmi angkat sumpah jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizul Azmi Adnan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan hari ini.

Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk membantah komposisi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais daripada senarai hakim-hakim untuk mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC.

Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan selesai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, kertas siasatan kes berkenaan sudah selesai dan hanya menunggu arahan selanjutnya.

Siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan tidak ikut Perlembagaan - Badan Peguam Malaysia
Siasatan itu melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.

Hakim Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung artikel sebuah portal berita
Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung satu artikel diterbitkan sebuah portal berita yang memuat tuduhan palsu dan berniat jahat.

5 angkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, 9 Pesuruhjaya Kehakiman
Lima Hakim Mahkamah Rayuan dan sembilan Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah jawatan di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.

Antara nasi beriani, Malaysia Baharu dan sistem kehakiman - Hamid Backer
Akui dirinya pernah menjadi tukang masak nasi beriyani kepada lebih 10,000 orang tetamu, tidak bermakna apabila beliau menjadi hakim, beliau boleh diganggu dalam penghakimannya.

Perlembangaan Persekutuan perlu diajar sejak di sekolah rendah - Bekas Hakim
Datuk Mohd Noor Abdullah berkata perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan boleh diajar kepada murid-murid berdasarkan tahap pemahaman mereka.