Malaysia berada pada kedudukan ke-25 dunia dalam penyebaran perisian hasad, iaitu perisian bertujuan merosakkan atau melumpuhkan komputer dan sistem komputer pengguna web, menurut laporan terkini Kaspersky Lab.
Pengarah keselamatan perisian antarabangsa kumpulan APAC Global Research and Analysis Team, Vitaly Kamluk berkata daripada 283,799 laman web diserang perisian berniat jahat yang dikesan di seluruh dunia antara Jun dan Ogos tahun ini, 0.21 peratus adalah dari Malaysia.
"Amerika Syarikat kekal mencatat jumlah tertinggi laman web diserang perisian berniat jahat dengan 32.02 peratus, diikuti Rusia (11.09), Jerman (10.18), United Kingdom (6.60) dan Belanda 6.44 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk terbaru kumpulan itu, 'The Kaspersky Anti Targeted Attack Platform and Kaspersky Intelligence Security Services' di sini pada Khamis.
Beliau berkata hasil penyelidikan mendapati serangan siber itu disebabkan oleh komputer hos yang seterusnya akan melumpuhkan sistem komputer.
Beliau juga menggesa syarikat-syarikat dan organisasi tempatan agar lebih berhati-hati kerana dijangkakan terdapat peningkatan terhadap insiden serangan siber terutama di rantau ini, ekoran individu-individu terbabit lebih matang dalam melakukan serangan siber seumpama itu.
"Kami menjangkakan sektor kewangan mungkin menjadi sasaran utama serangan siber yang dilakukan kumpulan penjenayah asing, dan pengembangan insiden sabotaj siber oleh entiti yang berniat jahat," katanya.
Bernama
Fri Sep 02 2016

Sektor kewangan mungkin menjadi sasaran utama serangan siber yang dilakukan kumpulan penjenayah asing. - Gambar hiasan

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

JPN kaji tingkat spesifikasi MyKad elak disalah guna
Kes penyalahgunaan MyKad yang berlaku di negara ini dipandang serius dan tindakan perlu diambil bagi mengelak ia daripada terus berleluasa.

Ciri 'Stolen Device Protection' sukarkan iPhone digunakan sekiranya dicuri
Apple memberikan ciri baharu Stolen Device Protection menerusi iOS 17.3 Beta semalam.

123 tahun Jambatan Victoria, MPKK tambah baik ciri-ciri keselamatan
Jambatan yang mencecah usia 123 tahun itu dilimpahi cahaya lampu bagi menerangi kawasan sekitarnya.

Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.

Sijil kelahiran dengan ciri keselamatan terkini dikeluarkan tahun depan
Ciri keselamatan baharu termasuk dilengkapi 'watermark' pada sijil kelahiran bagi mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.

Instagram tambah ciri keselamatan lindungi pengguna remaja
Instagram akan menambah ciri keselamatan bagi melindungi para remaja daripada menerima mesej yang tidak diingi daripada pengguna dewasa.

China masih belum luluskan penerbangan Boeing 737 MAX 8
Ia masih meneliti keselamatan pesawat berkenaan bersama pentadbiran penerbangan Amerika (FAA) dan krew teknikal Boeing.

Tren empat gerabak monorel tingkat ciri-ciri keselamatan
Buat masa ini sistem pintu penghadang automatik di semua stesen masih belum berfungsi sepenuhnya, ekoran perbezaan penggunaan tren.

Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad
Hasil penyelidikan mendapati serangan siber itu disebabkan oleh komputer hos yang seterusnya akan melumpuhkan sistem komputer.

KBS kaji aspek keselamatan semua sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji secara menyeluruh ciri-ciri keselamatan yang digunakan dalam semua sukan.