BACHOK: Remaja berusia 18 tahun Muhammad Syahril Saidi tidak menyangka dapat meraih keputusan cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memandangkan beliau sentiasa sibuk menguruskan ibunya yang terlantar sakit saraf sejak empat tahun lepas.
Dinobatkan pelajar terbaik Sekolah Menengah Ugama (SMU) Darul Iman, Beris Lalang, di sini, anak bongsu daripada enam beradik itu percaya sedikit sebanyak asbab kejayaan tersebut adalah kerana beliau mengutamakan ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53.
"Kebiasaannya rutin harian saya, saya akan memandikan ibu sebelum ke sekolah, selain akan melakukan tugas yang sama apabila pulang dari sekolah.
"Saya tidak menyangka dalam kesibukan menguruskan ibu yang sakit saya mampu meraih kejayaan ini memandangkan pada awalnya saya tidak meletakkan sasaran untuk meraih kesemua A dalam mata pelajaran yang diambil, sekali gus dapat membuatkan ibu tersenyum sebaik mengetahui keputusan ini," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Menurut Muhammad Syahril ketika beliau di sekolah, kakaknya Noor Syahida, 25, yang menjaga ibu mereka.
Beliau yang kematian bapa sejak berusia tujuh tahun berkata antara resepi kejayaannya ialah menumpukan sepenuh perhatian ketika mengikuti pelajaran di sekolah.
Pemuda itu meraih semua A dalam subjek yang diambil iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains, Perniagaan, Usul Al-Din, Al-Syariah, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah, Manahij Al-Ulum Al- Islamiah dan Al- Adab Wa Al-Balaghah.
"Ketika ini saya sedang menyambung pelajaran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Yaakubiah, Kampung Nipah, Bachok sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah selepas tamat STAM nanti," katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah Bahasa Arab.
Terdahulu, tular video di TikTok memaparkan Muhammad Syahril menerima keputusan SPM daripada beberapa orang guru yang datang ke rumahnya, selepas beliau tidak dapat hadir ke sekolah kerana menjaga ibu.
Mengulas mengenai video itu yang meraih lebih dua juta tontonan, beliau menafikan ibunya menghidap kanser.
"Saya memohon agar orang ramai tidak menularkan gambar serta video berkaitan ibu saya memandangkan khuatir ia akan mengundang aib selain bimbang terdedah aurat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023

Anak bongsu daripada enam beradik itu percaya sedikit sebanyak asbab kejayaan tersebut adalah kerana beliau mengutamakan ibunya. - SInar Harian

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Penuntut cemerlang bidang perakaunan maut dalam nahas enam kenderaan
Seorang penuntut cemerlang bidang perakaunan maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, petang semalam.

Pempengaruh anak yatim raih Anugerah Pelajaran Diraja UUM
Emina berkata walaupun mendapat keputusan yang cemerlang, dia masih menjadikan media sosial sebagai pilihan kedua dalam karier hidupnya.

UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni ketika daftar pengajian
Kisah seorang pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya untuk ke asrama sewaktu pendaftaran ke UMS menarik perhatian Menteri Pendidikan.

Dua pelajar cemerlang Malaysia terpilih sertai CSSP di Geneva
Dua pelajar cemerlang Malaysia dipilih menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) 2024 di Geneva, Switzerland.

Anak buruh kampung catat PNGK 4.00, anggap laluan STPM peluang cerah ke universiti
Ia diharap menjadi langkah permulaan untuk Muhammad Syahid memenuhi impian menjadi arkitek suatu masa kelak demi membantu keluarga.

Keluarga jadi inspirasi Muhammad Farriezs untuk muncul pelajar cemerlang STPM
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata dorongan dan sokongan ibu bapa turut menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk tekun belajar.

Anak pemandu teksi, tukang cuci raih keputusan cemerlang STPM 2023
Nurhafizah merupakan seorang daripada lapan pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin yang mendapat PNGK 4.0.

Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian
Kerajaan memutuskan semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meraih keputusan cemerlang dengan mendapat 10A dan ke atas akan mendapat tempat di peringkat matrikulasi.

Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang
Abdul Razak berkata jumlah keseluruhan Danasiswa Pelajar Cemerlang ialah sebanyak RM80,850.

Mengaji al-Quran setiap hari rahsia raih anugerah cemerlang
Izzah menamatkan pengajian Diploma Syariah di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS dengan CGPA 3.77 selain menerima anugerah dekan.