KOTA KINABALU: Satu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Khas, telah dijadualkan pada 3 Jan tahun hadapan bagi membolehkan kerajaan negeri itu mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada dasarnya, telah membenarkan Sabah untuk mengambil alih kawal selia bekalan elektriknya pada 1 Jan 2014, oleh sebab itu bagi mencapai sasaran, penyelarasan dan kerjasama daripada semua pihak penting, supaya semua isu, terutamanya proses undang-undang, dapat diselesaikan.
Ketua Menteri berkata antara langkah yang perlu dilakukan ialah kelulusan Kabinet Persekutuan untuk memohon dan mewartakan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan, bagi menggantung Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 448), Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 (Akta 725), dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 (Akta 726), di Sabah.
"Seterusnya, perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperlukan dan disusuli dengan urusan (Lay Order) semasa sidang Parlimen, yang boleh dibentangkan selepas tarikh penggantungan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu mengenai penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah, yang dipengerusikan bersama Hajiji dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Di pihak kerajaan Sabah, Hajiji berkata dua Rang Undang-Undang iaitu Enakmen Bekalan Elektrik dan Enakmen Tenaga Boleh Diperbaharui, serta pindaan kepada Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 (kemasukan fungsi kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh diperbaharui), akan dibentangkan semasa sidang DUN khas itu.
"Kita memerlukan persetujuan daripada kementerian dan agensi berkaitan sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri, supaya semua proses ini dapat dilakukan dengan lancar terutama dari segi kesahihan dan mengelakkan gangguan kepada operasi bekalan elektrik di Sabah," katanya.
Hajiji dan Nik Nazmi kemudian turut mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik danTarif (JPPPET), yang mana Pelan Pembangunan Penjanaan Elektrik Sabah (2023-2027) telah diperakukan, bagi menyediakan penyelesaian segera kepada kekurangan penjanaan kuasa elektrik di Sabah yang kritikal.
Hajiji berkata dalam menjangkakan penyerahan kawalan kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah, kerajaan Persekutuan digesa untuk memudahkan dan meneruskan proses, bagi memastikan projek yang dirancang di bawah Pelan Pembangunan Generasi Sabah, siap tepat pada masanya.
Beliau berkata ini termasuk langkah segera untuk meningkatkan kuasa di Pantai Timur, yang akan segera memulihkan margin rizab elektrik Sabah kepada sekurang-kurangnya 30 peratus, menjelang September tahun ini.
"Ini akan menyelesaikan masalah kekurangan kapasiti yang serius di Sabah, sekali gus akan menggambarkan komitmen Kerajaan negeri dan Persekutuan dalam menyelesaikan isu ini secara menyeluruh dan efektif," katanya.
Selain itu mesyuarat itu juga memutuskan untuk menambah kapasiti penjanaan di pantai barat menggunakan bekalan gas asli sedia ada, serta projek penjanaan tambahan lain di seluruh Sabah.
Hajiji berkata kerajaan negeri menyedari akan kepentingan meningkatkan penggunaan Tenaga Boleh Baharu, dalam menyokong inisiatif Neutral Karbon negara dan potensi tenaga solar yang tinggi di Sabah, justeru kerajaan negeri akan menambah kapasiti tenaga solar berskala besar sebanyak 100MW pada tahun 2026 di Pantai Timur Sabah," katanya.
Beliau berkata memandangkan loji janakuasa hidroelektrik berpotensi untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui, kerajaan negeri, melalui ECoS, akan menjalankan kajian bagi merangka Pelan Induk Pembangunan Hidroelektrik Sabah, mulai tahun ini.
Hajiji juga mengulangi pendirian Sabah mengenai projek Talian Penghantaran 275kV Pautan Selatan dari Sipitang ke Tawau, yang telah dibangkitkannya pada mesyuarat JPPPET lalu, yang akan meningkatkan daya tahan grid dan melengkapkan sistem gelung 275kV, yang membolehkan pengagihan kapasiti elektrik yang lebih tinggi kepada pengguna industri utama.
Beliau berkata projek Southern Link mesti dilaksanakan dan kerajaan Persekutuan mesti memperuntukkan pembiayaan melalui geran, kerana ia merupakan projek kemudahan awam yang perlu disiapkan menjelang 2028, bagi membolehkan kuasa daripada dua stesen hidroelektrik baharu disalurkan kepada pengguna melalui grid negeri.
Ketua Menteri itu berkata sebagai tambahan, Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang disediakan oleh ECoS, meliputi pelbagai strategi dan inisiatif, untuk mengimbangi keperluan tenaga dan memastikan keselamatan tenaga, kemampuan mampu milik dan kelestarian alam sekitar, akan dilancarkan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) bersama Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyerahan Kuasa Kawal Selia Pembekalan Elektrik Negeri Sabah kepada kerajaan negeri Sabah di Menara Kinabalu hari ini. - BERNAMA
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
agenda 9pm 0502
Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun manakala di Sabah meningkat, setakat 4 petang ini.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak petang ini terus berkurangan, manakala beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.