WASHINGTON D.C: Pemimpin ASEAN kekal tegas dalam beberapa isu antarabangsa semasa pertemuan mereka dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemimpin ASEAN juga menunjukkan pendirian bersama ketika membincangkan isu Rusia-Ukraine dan Laut China Selatan.
ASEAN mahu krisis Rusia-Ukraine diselesaikan melalui meja rundingan, katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri sesi akhir sidang kemuncak khas dua hari itu bersama Presiden Biden dan pemimpin ASEAN.
"Perang tidak menguntungkan sesiapa. Malah banyak pihak yang rugi kerana kesan perang itu," katanya.
Dalam konteks ini, Malaysia, kata beliau, berpendapat AS harus menggunakan pengaruhnya untuk membantu menyelesaikan krisis Rusia-Ukraine.
Ismail Sabri berkata Malaysia menegaskan bahawa negara-negara Asia Tenggara turut terjejas akibat perang itu terutamanya dari segi kenaikan inflasi serta harga makanan dan oleh itu mahu perang tersebut diselesaikan secara aman.
Pada 24 Feb, Rusia melancarkan operasi ketenteraan penuh ke atas Ukraine, beberapa hari selepas Kremlin mengiktiraf kemerdekaan dua wilayah di timur Ukraine.
Menyentuh isu Laut China Selatan, Perdana Menteri berkata ASEAN juga bertegas dalam pendiriannya bahawa laluan itu perlu bebas daripada campur tangan luar.
"Laut China Selatan mesti kekal bebas seiring dengan kebebasan navigasi yang berdasarkan perundangan antarabangsa. Ia beri kesan pada rantaian bekalan jika wujud konflik di kawasan itu," katanya.
Pemimpin Malaysia itu menyeru semua negara menghormati pendirian ASEAN dalam perkara itu.
China, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam adalah pihak yang menuntut untuk sebahagian besar atau sebahagian daripada sumber asli Laut China Selatan yang kaya dan isu-isu itu tidak dapat diselesaikan sejak beberapa dekad.
"Solidariti ASEAN dalam isu-isu antarabangsa jelas semasa perbincangan dengan Presiden Biden. Prinsip ASEAN zon aman, bebas dan berkecuali diterjemahkan dalam pertemuan itu," kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata beliau turut membangkitkan isu Palestin semasa pertemuan itu dan menggesa Washington menggunakan pengaruhnya dalam menyelesaikan isu itu.
"Kekejaman Israel perlu dihentikan. Malaysia menekankan Amerika Syarikat perlu jujur selesai isu tersebut.
"Kalau di Ukraine, Amerika boleh mengambil tindakan cepat, kita nak Amerika Syarikat mengambil tindakan cepat bagi isu Palestin," katanya.
Ismail Sabri berkata beliau turut membangkitkan isu Myanmar semasa pertemuan itu dan keperluan Konsensus 5 Perkara dipatuhi dalam menyelesaikan konflik itu.
Mesyuarat itu dihadiri oleh semua pemimpin ASEAN kecuali dari Myanmar dan Filipina. Myanmar tidak dijemput manakala Filipina sedang menghadapi pilihan raya umum.
Pemimpin ASEAN lain yang menghadiri sidang kemuncak itu ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.
Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Laos Dr Phankham Viphavanh turut hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sesi akhir sidang kemuncak khas dua hari itu bersama Presiden Biden dan pemimpin ASEAN. - Foto BERNAMA
Selangor sedia beri bantuan persekolahan kepada anak-anak pengikut GISB
Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan persekolahan sewajarnya kepada anak-anak pengikut GISB sekiranya mereka mengikuti pendidikan di sekolah kerajaan.
AWANI Borneo [27/1/2025] – Video Tular | Pemilihan PBB | Trash To Cash
Tumpuan AWANI Borneo 27 Jan 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
- Wanita warga emas maut diserang anjing liar di Kudat
- Lima jawatan tertinggi PBB tidak akan dipertandingkan
- Trash to Cash, usaha MPS & IJM Land jadikan Sandakan bandar mesra alam sekitar
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Wanita warga emas maut diserang anjing liar di Kudat
- Lima jawatan tertinggi PBB tidak akan dipertandingkan
- Trash to Cash, usaha MPS & IJM Land jadikan Sandakan bandar mesra alam sekitar
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Kepengerusian ASEAN: PBT di Selangor perlu pastikan kebersihan, kemudahan ditahap terbaik - MB
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan semua kemudahan dan kebersihan di seluruh Selangor berada pada tahap terbaik sempena Kepengerusian ASEAN 2025.
Tiada penyesalan, suspek bunuh dan kerat Uswatun Khasanah nyanyi lagu 'Sephia' ketika soal siasat
Pihak berkuasa menyiarkan siasatan secara langsung di TikTok, dan Antok mengaku hubungan mereka sudah terjalin selama tiga tahun.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi terbabas ketika konvoi di Thailand
Mohd Sofi Ismail dan isteri, Zaimima Ismail, masing-masing berusia 43 tahun, meninggal dunia di lokasi jam 9 pagi waktu tempatan.
Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah.
Usaha MPS & IJM land jadikan sandakan bandar mesra kitar semula
Program Trash to Cash (TTC) anjuran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) terus memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap amalan kitar semula.
Sarawak terus anjur kejohanan sukan berprestij
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran acara sukan berprestij ini bukan hanya fokus kepada naik taraf fasiliti pada masa sama menyokong ekosistem industri pelancongan.
Warisan ambil pendekatan turun padang, dekati rakyat
Warisan mendakwa masih mempunyai sokongan kuat di peringkat akar umbi dengan pendekatan sentiasa turun padang dan melihat sendiri keadaan rakyat. Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Alias Sani yakin dengan pendekatan itu sokongan rakyat terhadap parti Warisan akan meningkat
Lima jawatan tertinggi tidak akan dipertandingkan
Jawatan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung PBB bulan depan.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.
Keuntungan bersih tahun kewangan 2024 Bursa Malaysia meningkat kepada RM310.12 juta
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya.
Kepengerusian Malaysia penting untuk kukuhkan kerelevanan ASEAN - Pakar
Kepimpinan Malaysia penting untuk mengekalkan kestabilan dan kemakmuran serantau dan memastikan ASEAN kekal signifikan di peringkat global.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.