PUTRAJAYA: Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada Julai ini bakal menjadi platform mengenal pasti arah tuju dan tindakan yang lebih jelas ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sidang kemuncak selama dua hari anjuran Kementerian Ekonomi dan Pusat SDG Negara selaku penganjur bersama itu akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Penganjuran sidang kemuncak ini ialah komitmen kerajaan untuk mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan 17 matlamatnya yang lebih dikenali sebagai SDG.
"Kita sedia maklum bahawa segala usaha berkaitan SDG telah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 2016, berdasarkan Rancangan Malaysia setiap lima tahun, bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-11," katanya ketika berucap merasmikan majlis prapeluncuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024 di sini semalam.
Beliau berkata sidang kemuncak SDG yang diadakan buat kali pertama pada 2019 telah membantu kerajaan dalam memperkemas penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Maka, pada sidang kemuncak SDG yang kedua ini, kerajaan berharap agar hasil penyertaan daripada pelbagai pihak akan menghasilkan input dan maklum balas yang turut dapat membantu pihak kerajaan dalam merangka RMK13, bagi 2025 hingga 2030.
"Sidang kemuncak SDG ini akan menjadi satu landasan untuk para peserta daripada seluruh lapisan masyarakat meluaskan jaringan seterusnya bekerjasama mencari penyelesaian dan pelaksanaan yang terbaik," katanya.
Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia, beliau berkata Malaysia mencatatkan 64 peratus bagi sasaran 17 SDG yang mengikut jadual.
Hanifah Hajar berkata baki 38 peratus daripada sasaran itu tidak mengikut jadual termasuk perkara yang berkaitan perubahan iklim.
"Ini bermakna kita perlu bergerak dengan lebih pantas dan melangkaui apa yang sedang kita lakukan sekarang. Terdapat banyak lagi usaha dan penambahbaikan yang boleh dilakukan termasuk memberi kefahaman yang jelas di semua peringkat mengenai SDG," katanya.
Hanifah Hajar berkata pada sidang kemuncak itu, penggubal dasar dan pakar serta pemimpin industri akan diberi ruang dan peluang untuk bertukar pandangan melalui sesi perbincangan panel, bengkel, dan ucaptama.
"Perkara yang akan dibincangkan menyentuh pelbagai aspek kehidupan, yang secara keseluruhannya menuju ke arah kesejahteraan yang lestari untuk semua.
"Acara ini juga mengandungi pentas dialog untuk menilai pencapaian SDG di Malaysia. Para peserta akan dapat memberikan input dan maklum balas terhadap pelbagai perkara yang menyentuh pembangunan mampan," katanya.
Beliau berkata input dan maklum balas yang diberikan akan membolehkan kerjaaan mengenal pasti kekurangan yang dapat ditambah baik serta cabaran yang boleh diatasi demi kepentingan negara.
"Inilah komitmen kami, bahawa dasar yang baik seharusnya boleh diperbaharui dan dibangunkan bersama dengan maklum balas daripada rakyat, terutamanya yang bersesuaian untuk kesejahteraan generasi akan datang.
"Sesungguhnya, dasar ini ialah milik semua, dan kami mahu kumpulan sasaran di semua peringkat bagi 17 Matlamat yang hendak dicapai melalui Agenda 2030 dilibatkan bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024

Hanifah (tengah) bergambar kenangan pada Majlis PraPeluncuran Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 26 Mac 2024. --fotoBERNAMA

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini menumpukan siasatan bagi mengenal pasti sumber asal atau individu yang merakam video terbabit.
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
Antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa.

Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.

Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar, PKPS puji inisiatif Kementerian Ekonomi
Hasil pertama projek cili fertigasi yang kini dalam proses penuaian menandakan pelancaran Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).

Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci sebelum bentang kepada Kabinet - Rafizi
Kementerian Ekonomi sedang memperincikan kumpulan T15 dalam tempoh sebulan ini dengan kerjasama Kementerian Kewangan, sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

Kementerian Ekonomi mula gerak kerja RMK13, dijangka bentang di Parlimen suku ketiga 2025
RMK-13 perlu dirangka dengan lebih holistik, strategik dan inklusif bagi mencapai matlamat Ekonomi MADANI.

PM Anwar tiba di Laos hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Laos untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan bermula esok.

SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.