KUALA LUMPUR: Isu penggunaan Ivermectin, iaitu sejenis ubat antiparasit, untuk merawat pesakit COVID-19 menghangatkan sesi penggulungan Ahli Parlimen mengenai Tindakan Mengatasi COVID-19 hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika menggulung, bangkit mempertahan serta memperjelas tindakan kerajaan untuk tidak menggunakan ubat itu meskipun didesak oleh beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang agar penggunaannya dibenarkan dalam rawatan COVID-19.
LAPOR LANGSUNG SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
JOM PANTAU AHLI PARLIMEN ANDA SEPANJANG SIDANG MESYUARAT KHAS
R.Sivarasa (PH-Sungai Buloh) berpendirian bahawa kebenaran penggunaan Ivermectin perlu diberikan kepada doktor persendirian dalam memberikan rawatan dengan persetujuan pesakit.
Dr Adham berkata perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaan ubat tersebut belum diketahui.
"Kita telah beri kelulusan khas ubat itu secara 'off label' bagi ujian klinikal...18 hospital kerajaan terlibat dalam kajian klinikal akan melibatkan 500 pesakit COVID-19. Buat masa sekarang, kita ada 200 pesakit akan sertai kajian ini. Keputusan kajian akan diperoleh September tahun ini.
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen PH dikritik desak guna Ivermectin rawat COVID-19
BACA: Penggunaan Ivermectin: Tunggu keputusan ujian klinikal KKM - Pakar kesihatan
"Bukan Ivermectin sahaja untuk rawat COVID-19, jangan kelirukan Dewan dengan kebenaran untuk menggunakan Ivermectin sehingga diketahui data kajian. (Ivermectin) ada kesan sampingan. Negara India dan Peru tarik balik penggunaan Ivermectin... kenapa kita mahu gunakannya kalau tidak ada indikasi?" katanya.
Sivarasa, yang mengalu-alukan kajian itu, bagaimanapun tetap meminta Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tidak menghalang doktor persendirian menggunakan ubat tersebut.
Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) turut mencelah dan berkata: "Jika mereka (pesakit) sanggup mengambilnya (Ivermectin), (maka) berikan kepada mereka."
Terdahulu, isu itu dibangkitkan oleh Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) ketika sesi perbahasan yang meminta kerajaan mempertimbang penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.
Persidangan Dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
![Sidang Khas Parlimen: Dr Adham pertahan kewajaran tidak guna Ivermectin rawat COVID-19 Sidang Khas Parlimen: Dr Adham pertahan kewajaran tidak guna Ivermectin rawat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627394017_DRADHAMBABA.jpg)
Dr Adham berkata perkara itu tidak boleh dilaksanakan kerana data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaan ubat tersebut belum diketahui. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tidak jadi mesyuarat khas, RUU antilompat parti dibentang dalam sidang Parlimen 18 Julai ini Tidak jadi mesyuarat khas, RUU antilompat parti dibentang dalam sidang Parlimen 18 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654747750_MenteridiJabatanP.jpg)
Tidak jadi mesyuarat khas, RUU antilompat parti dibentang dalam sidang Parlimen 18 Julai ini
Tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan rang undang-undang (RUU) perlembagaan berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
![RUU Antilompat Parti: Rakyat mual dengan kegelojohan 'politik khianat' - Anwar RUU Antilompat Parti: Rakyat mual dengan kegelojohan 'politik khianat' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646214251_TBANWAR.jpg)
RUU Antilompat Parti: Rakyat mual dengan kegelojohan 'politik khianat' - Anwar
Tidak semua ahli politik sanggup menggadaikan maruah dan diri semata-mata kerana kedudukan dan wang ringgit.
![Sidang khas Parlimen mulai esok Sidang khas Parlimen mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/71445098046_Parlimen.jpg)
Sidang khas Parlimen mulai esok
Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok.
![Menteri bercuti ketika bencana: Nak jaga hati 'orang rumah' lebih daripada nak jaga rakyat Menteri bercuti ketika bencana: Nak jaga hati 'orang rumah' lebih daripada nak jaga rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637739387_TajuddinRahmanPas.jpg)
Menteri bercuti ketika bencana: Nak jaga hati 'orang rumah' lebih daripada nak jaga rakyat
Jentera kerajaan perlu berjalan dengan lancar menerusi arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha kementerian.
![RM300 bilion tangani banjir: Ini 9 fokus penyelesaian jangka panjang RM300 bilion tangani banjir: Ini 9 fokus penyelesaian jangka panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642662507_banjir.jpg)
RM300 bilion tangani banjir: Ini 9 fokus penyelesaian jangka panjang
Fokus adalah kepada pembangunan infrastruktur air seperti tebatan banjir, pembinaan benteng, ban, pencegahan hakisan pantai dan sebagainya.
![Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642656921_AnwarParlimen.jpg)
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
![Mesyuarat Khas Parlimen: Dewan Rakyat tolak usul bahas isu pemilikan saham Azam Baki Mesyuarat Khas Parlimen: Dewan Rakyat tolak usul bahas isu pemilikan saham Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642654546_ParlimenBanjir.jpg)
Mesyuarat Khas Parlimen: Dewan Rakyat tolak usul bahas isu pemilikan saham Azam Baki
Agenda Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang ditetapkan adalah berkaitan isu banjir.
![Mesyuarat Khas Parlimen: Abdul Latiff akui kelemahan, perlu pertingkat pengurusan bencana negara Mesyuarat Khas Parlimen: Abdul Latiff akui kelemahan, perlu pertingkat pengurusan bencana negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642654100_DrLatiffAhmad.jpg)
Mesyuarat Khas Parlimen: Abdul Latiff akui kelemahan, perlu pertingkat pengurusan bencana negara
Pengurusan bencana negara ketika ini masih mengamalkan kaedah pengumpulan maklumat secara konservatif dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
![COVID-19: Tiga lagi kes baharu berkaitan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat COVID-19: Tiga lagi kes baharu berkaitan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627831203_TBParlimen.jpg)
COVID-19: Tiga lagi kes baharu berkaitan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan tiga kes baharu yang dikesan itu dilaporkan positif COVID-19 pada Sabtu.
![UMNO cabar Kerajaan buktikan sokongan majoriti di Parlimen segera - Ahmad Zahid UMNO cabar Kerajaan buktikan sokongan majoriti di Parlimen segera - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613885967_PAU.jpg)
UMNO cabar Kerajaan buktikan sokongan majoriti di Parlimen segera - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, bilangan Ahli Parlimen dari UMNO yang mahu menarik sokongan daripada Muhyiddin telah bertambah daripada semalam.