SIBU: Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) dan Jabatan Hutan Negeri harus bekerjasama dalam mengumpul dan mengkaji sampel penyakit zoonosis serta penyakit tropika terabai (NTD) yang berasal dari hutan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata kerjasama ini akan menjadi sebahagian daripada persediaan negeri dalam menghadapi kemungkinan wabak Penyakit X.
"Saya telah diminta oleh seorang saintis untuk mengkaji penubuhan bank data untuk penyakit yang tidak diketahui. Dengan data yang kita ada, kita boleh membandingkannya dengan data dari pusat penyelidikan di seluruh dunia dan seterusnya mengambil langkah segera termasuk mencipta vaksin untuk mencegah wabak penyakit X atau Y atau Z daripada menjadi pandemik," katanya.
Dr Annuar berkata demikian ketika merasmikan acara Le Tour De Restoration - Menghijaukan Sarawak di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Isnin.
Beliau berkata kemunculan virus yang tidak diketahui adalah disebabkan oleh penebangan hutan yang berlaku secara kritikal di seluruh dunia.
"Apabila penebangan hutan berlaku, haiwan dan serangga berpindah ke tempat lain, membawa penyakit bersama. Apabila haiwan atau serangga itu pupus, virus atau penyakit yang mereka bawa akan berpindah ke perumah baru, iaitu manusia. Dengan perubahan iklim, penyakit bermutasi menjadikannya sukar untuk dicegah atau diubati," katanya.
Penyakit berjangkit yang timbul pada manusia termasuk HIV, Ebola dan Nipah, dan semua penyakit itu berasal dari haiwan yang tinggal di hutan, disebarkan oleh pelbagai haiwan lain, kebanyakannya hidupan liar, dan beliau turut merujuk penyakit COVID-19 yang bermula di Wuhan, China, yang menurutnya berpunca daripada kelawar.
Dr Annuar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UTS turut mencadangkan penubuhan taman botani di atas tanah seluas 1.6 hektar universiti itu, ditanam dengan pokok-pokok asli Sarawak seperti belian, meranti, selangan, engkabang, nyatoh ketiau, ramin dan gaharu.
Sementara itu Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datuk Hamden Mohammad berkata Sarawak telah menanam 29.2 juta pokok, dalam usaha mencapai sasaran penanaman 35 juta pokok menjelang 2025 di bawah program Le Tour De Restoration (LTDR) Greening Sarawak Campaign 2.0 yang bermula pada 2021.
Menurutnya Sarawak berjaya merekodkan penanaman pokok paling banyak berbanding lain-lain negeri, dengan jumlah penanaman 29,295,293 pokok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023

Dr Annuar berkata kemunculan virus yang tidak diketahui adalah disebabkan oleh penebangan hutan yang berlaku secara kritikal di seluruh dunia. - Gambar fail/Astro AWANi

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

SIDC, Jabatan Hutan Sarawak dicadang bekerjasama kaji sampel penyakit zoonosis
Dr Annuar berkata kerjasama ini akan menjadi sebahagian daripada persediaan negeri Sarawak dalam menghadapi kemungkinan wabak Penyakit X.