BENARLAH kata pepatah; jodoh dan ajal adalah rahsia Allah SWT. Masih lagi kadang-kala membaca tajuk ‘Badrul Muhayat Menikah Kerana Kopi’ yang melintas di media sosial, hari ini, 28 Oktober 2023 khabar duka menyentak sanubari peminat pelakon ini semua.
Badrul Muhayat dilaporkan telah meninggal dunia di Pulau Pinang pagi Sabtu. Pelakon lelaki yang terkenal dengan ketampanan, murah senyuman dan lembut bicara ini berusia 55 tahun saat dijemput Ilahi.
Allahyarham difahamkan berada di Pulau Pinang kerana menyertai Karnival UDA 2023.
Menerusi kenyataan yang diberikan isterinya, Norhayati Zulkapli, Badrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay. Jenazahnya pula mahu disemadikan di kampung halamannya, Johor Bahru.
Berita sedih itu pertama kali diketahui ramai melalui perkongsian salah seorang dramatis, Anne Abdullah.
“Assalamualaikum saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat sudah meninggal dunia di homestay Penang. Al Fatihah,” tulisnya dengan latar merah di Facebook.
Perkhabaran tersebut sangat mengejutkan apa lagi mengingat isi temu bual Badrul yang mengaku sudah banyak berubah selepas menikah dengan Norhayati Zulkapli, 50.
Perkenalan singkat empat bulan kerana secangkir kopi membawa bintang filem Harry Boy itu kembali ke alam rumah tangga. Ini merupakan perkahwinan ketiga Allahyarham.
Mereka menikah pada 18 April 2023 bersempena tarikh ulang tahun Badrul Muhayat.
“Bagi saya, sesiapa sahaja pun pasti mahu pergi ke arah kebaikan. Apalagi bila Allah SWT kurniakan peluang untuk berkahwin lagi, rasanya dalam 10 itu, sekurang-kurangnya ada enam atau tujuh perkara yang membuatkan saya jadi insan lebih baik,” katanya kepada media.
Tetapi hanya berselang tidak sampai 20 hari pertemuan dengan media kerana mempromosi filem terkini lakonannya, Cerana Biduk Bu Merah, Badrul berpulang ke negeri abadi.
Tentu sahaja pemergian Badrul Muhayat menjadi sebuah lagi kepulangan yang ‘dicemburui’ — pulang di dalam tidur dan tenang apa adanya.
Wajah tampan yang mudah tersenyum, cukup sopan santun dan tidak sukar didekati ini akan selalu membuat peminat merinduinya. Namun bersama Ilahi, itulah kehidupan hakiki kita setiap manusia.
Semoga tenang di sana. Al Fatihah.
Berikut antara fakta mengenai Badrul Muhayat Ahmad Jailani:
- Badrul menggunakan nama sebenarnya sebagai nama pentas iaitu Badrul Muhayat.
- Merupakan pelakon kelahiran Johor Bahru. Badrul pertama kali menceburkan diri ke bidang glamor menerusi penyertaan dalam pencarian Hero Remaja.
- Allahyarham merupakan sepupu kepada pelakon jelita, Maria Farida.
- Baru menikah buat kali ketiga pada 18 April 2023. Allahyarham bagaimanapun memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nur Delisha, 16 dan Badrul Hidayat, 13, yang kini tinggal dengan bekas isterinya.
- Mula aktif pada tahun 1990, filem pertama Badrul adalah Riang Tirana. Filem ini turut dibintangi Erma Fatima, Azhar Sulaiman dan Raja Azura.
- Nama Badrul kemudian menjadi buah mulut selepas muncul dalam filem Harry Boy arahan sutradara A R Badul. Harry Boy ditulis dan Allahyarham Julie Dahlan dan diproduksi syarikatnya, JD Production. Badrul berganding dengan bintang Sofia Jane dalam filem romantik yang ditayangkan pada tahun 1991 ini.
- Cerana Biduk Bu Merah adalah filem terakhir yang dibintangi Badrul yang baru ditayangkan pada 12 Oktober lalu.
- Selain membintangi filem, Badrul juga terkenal di layar kaca televisyen. Antara drama pembabitannya adalah Opah, Pia dan Wanita Milik Tuan Putra.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Oct 28 2023
![Sifat santun dan wajah tampan Allahyarham Badrul Muhayat akan dirindui Sifat santun dan wajah tampan Allahyarham Badrul Muhayat akan dirindui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698476468_badrulmuhayat.jpg)
Pelakon lelaki yang terkenal dengan ketampanan, murah senyuman dan lembut bicara ini berusia 55 tahun saat dijemput Ilahi. - Foto Gempak
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
![Jenazah Badrul Muhayat selamat dikebumi di Gombak Jenazah Badrul Muhayat selamat dikebumi di Gombak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698555546_Kebumi.jpg)
Jenazah Badrul Muhayat selamat dikebumi di Gombak
Jenazah Allahyarham dikebumikan sekitar pukul 9.35 pagi tadi selepas disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Sentul.
!['Badrul sahabat baik, sering cakap soal mati sejak sebulan lepas' - Zazly 'Badrul sahabat baik, sering cakap soal mati sejak sebulan lepas' - Zazly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698486837_Badrulrakanartis.jpg)
'Badrul sahabat baik, sering cakap soal mati sejak sebulan lepas' - Zazly
Pemergian pelakon Allahyarham Badrul Muhayat Ahmad Jailani,55, hari ini amat mengejutkan rakan baiknya yang juga pelakon Zazly Baginda.
!['Pemergian Badrul Muhayat kehilangan besar, banyak memori kami bersama' - Azhar Sulaiman 'Pemergian Badrul Muhayat kehilangan besar, banyak memori kami bersama' - Azhar Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698481491_TBBadrulMuhayat.jpg)
'Pemergian Badrul Muhayat kehilangan besar, banyak memori kami bersama' - Azhar Sulaiman
Pemergian Allahyarham Badrul Muhayat adalah satu kehilangan besar buat industri filem negara, kata pelakon senior, Azhar Sulaiman, 52.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga Badrul Muhayat Fahmi ucap takziah kepada keluarga Badrul Muhayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695729675_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga Badrul Muhayat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelakon Badrul Muhayat atas pemergian pelakon itu, hari ini.
![Sifat santun dan wajah tampan Allahyarham Badrul Muhayat akan dirindui Sifat santun dan wajah tampan Allahyarham Badrul Muhayat akan dirindui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698476468_badrulmuhayat.jpg)
Sifat santun dan wajah tampan Allahyarham Badrul Muhayat akan dirindui
Badrul Muhayat, pelakon lelaki yang terkenal dengan ketampanan, murah senyuman dan lembut bicara ini berusia 55 tahun saat dijemput Ilahi.
![Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698470424_TBBelasungkawaBadr.jpg)
Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia
Pelakon Badrul Muhayat dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada pagi Sabtu.
![Tak mahu tangguh, Badrul Muhayat bernikah di bulan Ramadan Tak mahu tangguh, Badrul Muhayat bernikah di bulan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681964307_TBBadrul.jpg)
Tak mahu tangguh, Badrul Muhayat bernikah di bulan Ramadan
Badrul Muhayat nekad bernikah dengan wanita pilihan hatinya Norhayati Zulkapli di bulan Ramadan selepas empat bulan mengenali hati budi masing-masing.