Pada bulan Januari lepas, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mendedahkan terpaksa menanggung tunggakan sewa terkumpul berjumlah RM2.03 juta, susulan kegagalan penghuni dua petempatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) melunaskan sewa bulanan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Datuk Bandar MBS Datuk Masri Razali berkata, dua PPR terbabit ialah Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi dan Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak, masing-masing membabitkan tunggakan sewa sebanyak RM1.1 juta dan RM930,000.
Menurut beliau, kebanyakan penyewa memberi alasan tidak mampu membayar sewa bulanan kerana tiada pendapatan tetap meskipun kadar sewa yang ditetapkan RM150 sebulan.
MBS turut mendedahkan terdapat juga penyewa yang tinggal 'secara percuma' selama dua dekad di PPR dengan tunggakan sewa melebihi RM30,000.
Pada tahun lepas (2023), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendedahkan situasi yang sama dalam laporan medianya, apabila mengakui menanggung tunggakan sewa terkumpul berjumlah RM29.8 juta, berikutan penyewa PPR dan perumahan awam (PA) di bawah seliaan PBT itu culas membayar sewa.
Tunggakan itu membabitkan 21,000 penyewa daripada keseluruhan 40,000 penyewa yang mendiami PPR dan PA.
Hakikatnya, isu culas membayar tunggakan sewa terutamanya membabitkan penghuni PPR bukanlah perkara baharu, malah berlarutan bertahun-tahun lamanya, sejak program ini dimulakan pada tahun 2002 lagi, melibatkan pelbagai lokasi di kawasan bandar dan pinggir bandar.
SIKAP BURUK
Simmy Chan, 35, yang mendiami sebuah unit PPR di Seremban mengakui memang ada segelintir penghuni PPR itu sengaja mahu menetap secara percuma tanpa memikirkan tanggungjawab melunaskan bayaran bulanan sewa rumah.
Dia berkata, tiada tindakan tegas daripada pihak berkaitan turut menyebabkan penghuni berkenaan tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membayar tunggakan sewa.
"Kebanyakan penghuni flat PPR yang saya duduk ini adalah orang muda yang masih ada tenaga, tetapi mungkin disebabkan tidak ada tindakan daripada pihak berkenaan, mereka ambil kesempatan tak bayar sewa.
"Ada juga antara mereka ini tidak lagi bekerja. Mereka guna alasan ini untuk tidak bayar sewa dan anggap ia bukan kesalahan kerana tidak dikenakan sebarang tindakan, " kongsinya dengan Bernama.
Simmy yang sudah tinggal selama 10 tahun di PPR di Seremban dengan ibu bapanya berkata, sikap penghuni PPR itu boleh diibaratkan sebagai 'virus', yang membebankan PBT dan kerajaan.
"Bayangkan apabila seorang melengahkan bayaran sewa dari bulan ke bulan, kemudian penghuni lain juga ikut... dari seorang tidak bayar sewa berjangkit pula kepada beberapa orang. Akhirnya sewa tertunggak yang boleh mencecah sehingga beribu ringgit sebulan," katanya yang menyewa PPR itu dengan kadar sewa hanya RM150 sebulan.
Profesor Dr Ahmad Hariza Hashim dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berpandangan, penghuni di PPR bertanggungjawab untuk memaklumkan ketidakmampuan mereka sekiranya mengalami kesulitan membayar sewa rumah.
Beliau berkata, tidak wajar mereka mendiamkan diri dan memutuskan untuk tidak membayar sewa dalam tempoh yang lama meskipun sewaan bulanan agak rendah.
"Penghuni boleh berbincang dengan agensi berkenaan untuk membantu mereka dalam proses pembayaran sewa sekiranya mereka tidak mempunyai sumber kewangan atau tidak bekerja atas faktor kesihatan dan sebagainya.
"Dalam isu ini timbul persoalan mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak yang berkaitan apabila penyewa dibiarkan tidak membayar sewa bertahun-tahun lamanya. Mungkin juga PBT ada ambil tindakan, namun tindakan susulan itu yang tidak ada, jadi penghuni lebih berani untuk tidak membayar sewa," katanya.
TINDAKAN TEGAS
Mengulas lanjut, Ahmad Hariza berkata, pihak berkuasa berkenaan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap penghuni yang culas membayar sewa perumahan yang disediakan kerajaan itu supaya amalan tersebut tidak dinormalisasikan.
Tindakan yang boleh diambil termasuk mengenakan perintah kepada penghuni untuk keluar dari rumah berkenaan menerusi undang-undang dan prosiding mahkamah, sekiranya mereka sengaja culas untuk membayar sewa.
Tindakan perundangan ini perlu jelas supaya ia memberi peringatan kepada penyewa yang degil untuk melangsaikan tunggakan sewa perumahan terbabit.
"Bagi saya, penyewa perlu disedarkan akan tanggungjawab mereka kerana bayaran bulanan ini juga akan menjadi sumber kewangan untuk kos penyelenggaraan dan baik pulih flat ini. Apabila sumber kewangan kukuh secara tidak langsung akan mewujudkan persekitaran perumahan yang berdaya huni," katanya.
DBKL adalah antara PBT yang dilihat mengambil langkah proaktif dan bertindak tegas terhadap penghuni perumahannya yang culas membayar sewa.
Antara usaha DBKL ialah mewujudkan Pelan Tindakan Pemulihan Hasil yang mengandungi pelbagai inisiatif bertujuan memastikan tunggakan sewa dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan terhadap penyewa bermasalah.
Langkah itu termasuk mengadakan sesi bersemuka dengan penyewa unit yang mempunyai tunggakan selain melaksanakan tindakan pemotongan bekalan air.
"Persatuan penduduk di kawasan itu juga seharusnya memainkan peranan yang penting bagi membantu PBT dalam memberi penerangan dan mendidik penghuni tentang kepentingan membayar sewa.
"Apabila sesebuah PPR itu tidak ada sumber kewangan kukuh, akan menjadi satu kerugian pula kepada PBT dan kerajaan kerana perlu menanggung kos pembersihan dan penyelenggaraan terutamanya ketika berdepan dengan masalah lif rosak," tambah Ahmad Hariza.
KEMAS KINI DATA MELALUI PADU
Sementara itu, pensyarah Bahagian Harta Tanah, Kolej Alam Bina, UiTM, Nor Adibah Mohd Arif menyarankan agar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) digunakan bagi mengenalpasti profil penyewa perumahan kerajaan itu.
Beliau berkata, PADU boleh membantu PBT dan kerajaan meneliti latar belakang dan kriteria penyewa selain menyemak pendapatan isi rumah mereka secara berkala.
Sehubungan itu, katanya, sekiranya ada penghuni yang tidak dapat membayar sewa akibat daripada masalah kewangan, bantuan akan dapat disalurkan kepada kumpulan itu dengan lebih tepat.
"PADU adalah pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia, jadi ia akan memudahkan agensi berkaitan menyemak data penyewa.
"Menerusi pendekatan ini ia juga secara tidak langsung turut memudahkan agensi kerajaan memberi bantuan kepada golongan sasar," katanya.
Beliau menambah, menerusi data yang diperolehi daripada PADU, ia secara tidak langsung akan mengelakkan berlakunya isu penyewa yang cuba mengambil kesempatan termasuk perumahan itu dimonopoli kelas pendapatan tertentu.
"Menerusi sistem ini, saringan boleh dibuat dengan lebih telus dan keutamaan dapat diberikan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja untuk menetap di PPR.
"Kita tidak mahu ada yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Sekiranya penyewa didapati mempunyai pemilikan aset seperti tanah atau rumah, permohonan dan penerusan kontrak sewaan boleh dibatalkan,'' katanya.
PENYELESAIAN MENYELURUH
Mengulas lanjut, Nor Adibah berkata, kerjasama bersepadu oleh semua pihak perlu dibuat supaya agensi berkenaan dan pihak kerajaan tidak lagi menanggung hutang mencecah jutaan ringgit akibat isu culas bayaran sewa unit perumahan rakyat.
Beliau berkata, sekiranya masalah itu berlarutan, ia bukan sahaja membawa kepada kerugian malahan turut merosakkan imej perumahan berkenaan.
''Undang-undang sewaan kediaman yang dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini, dilihat antara penyelesaian terbaik bagi menangani isu itu.
''Ia kerana rang undang-undang ini akan melindungi hak pemilik dan penyewa serta memberi peluang kepada PBT untuk melaksanakan penguatkuasaan ke atas premis berkenaan,'' katanya.
Dalam laporan media sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, akta berkenaan digubal bagi melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman, yang ketika ini hanya dilindungi melalui Akta Kontrak 1950 yang bersifat umum dan tidak komprehensif.
Akta Sewaan Kediaman itu dilaporkan bakal memberikan perlindungan lebih menyeluruh kepada penyewa dan pemilik kediaman serta tidak perlu lagi melalui prosedur mahkamah yang panjang dan rumit untuk menyelesaikan pertikaian antara penyewa dan pemilik kediaman.
Cadangan penggubalan akta itu diluluskan oleh jemaah menteri pada 23 Jun 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

MBS menaikkan notis amaran kepada penduduk PPR Lobak untuk menjelaskan sewa atau berdepan tindakan tegas. - Gambar fail/Sinar Harian

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)

'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.

Pulau Pinang kaji semula had pendapatan syarat permohonan sewa PPR, RSKN
Kerajaan Pulau Pinang kini dalam proses untuk menilai semula had pendapatan syarat permohonan penyewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN).

PPR ditambah baik, sedia perumahan mampu milik lebih kondusif
Kerajaan akan menambah baik Program Perumahan Rakyat (PPR) menerusi pelaksanaan Program Residensi Rakyat (PRR) bagi menyediakan perumahan mampu milik yang lebih kondusif kepada rakyat.

Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.

Projek Dapur Digital dilancar, perkasa usahawan PPR di Wilayah Persekutuan
Satu usaha memperkasakan komuniti B40, khususnya ibu tunggal dan golongan belia, melalui inovasi ekonomi digital.

KPKT akan pinda undang-undang, kenakan tindakan lebih ketat kepada pemaju perumahan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meminda undang-undang berkaitan sektor perumahan dan memastikan tindakan lebih ketat dikenakan terhadap pemaju yang menipu pembeli.

KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.

Negara menua: Perlu PPR mesra warga berusia - Pakar
Kebanyakan PPR yang dibina lebih lima dekad lalu, adalah kurang sesuai untuk dihuni terutamanya warga emas.

Isu pemilik PPR sewa rumah kepada pihak ketiga perlu tindakan tegas - NGO
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan mencadangkan supaya KPKT dan PBT negeri mewujudkan undang-undang khas bagi menyelesaikan masalah berkaitan penyewaan PPR.