MELAKA: Seorang pekerja kedai bersama pelanggan dan bayinya nyaris cedera dihempap runtuhan siling di Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan Megamall di Banda Hilir dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi.
Pekerja kedai, Mustapa Seman, 45, berkata kejadian itu berlaku ketika hampir semua peniaga mulai beredar dan menutup gerai masing-masing namun dia masih berada di situ melayani pelanggan sebelum terdengar bunyi rekahan dan melihat beberapa serpihan kecil siling mulai jatuh.
"Saya sempat menjengah ke kawasan itu selepas beberapa minit pelanggan terakhir beredar, kemudian segera keluar ke pintu berdekatan dan melihat siling itu mulai runtuh secara tiba-tiba dan rasa amat bersyukur kerana tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut.
"Sebelum ini, memang saya ada terdengar bunyi sama kerana menyangkakan ia perkara biasa berlaku berikutan kawasan padang di atas tempat kami berniaga dijadikan kawasan tempat meletak kenderaan valet," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, tular satu video rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 23 saat di media sosial mengenai kejadian itu malam tadi yang memperlihatkan seorang lelaki nyaris terkena runtuhan siling berkenaan.
Seorang lagi peniaga, Abdul Halim Embi, 55, berkata sebelum ini peniaga membuat lebih 10 aduan sejak tiga tahun lepas mengenai keadaan dan kerosakan di kawasan perniagaan itu namun masih belum ada tindakan daripada pihak pengurusan.
Beliau mendakwa masalah itu dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran paip pembentungan di kawasan bazar di bawah tanah pusat beli-belah yang menempatkan 70 peniaga.
"Syukurlah tiada kemalangan jiwa berlaku dan kita berharap pihak pengurusan lebih prihatin seterusnya dapat mengatasi masalah ini dengan segera kerana ia semakin teruk sejak kawasan padang di bahagian atas dijadikan parkir valet seterusnya menyebabkan gegaran dan memburukkan lagi keadaan.
"Kami membayar sewa bulanan sebanyak RM250 dan kos selenggaraan RM180 jadi kami berharap hal ini dapat diselesaikan kerana kami mencari rezeki di sini lebih-lebih lagi ketika musim cuti persekolahan yang pastinya lebih ramai pelancong datang dan menambah pendapatan selain memulihkan perniagaan kami yang terjejas teruk dalam dua tahun lepas," katanya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II Hairuddin Atan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 pagi tadi dan satu jentera bersama tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata pihaknya membuat pemeriksaan dan mendapati ada terdapat runtuhan pada siling yang melibatkan kawasan seluas 25 x 30 kaki serta memastikan tiada bahaya di kawasan itu.
"Bomba juga memberi nasihat kepada peniaga membuat pembersihan segera gantungan pada siling agar mereka dapat memulakan perniagaan semula dan tiada runtuhan kedua berlaku.
"Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan cuaca hujan dan air bertangkung pada siling, beban itu menyebabkan siling pada bangunan runtuh, selain pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) juga hadir melakukan pemeriksaan serta akan melakukan pembersihan dan memastikan tiada bahaya di kawasan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Tular satu video rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 23 saat di media sosial mengenai kejadian itu malam tadi yang memperlihatkan seorang lelaki nyaris terkena runtuhan siling berkenaan. - Astro AWANI
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
Siling Dataran Pahlawan runtuh, pekerja sempat selamatkan diri
Seorang pekerja kedai bersama pelanggan dan bayinya nyaris cedera dihempap runtuhan siling di Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan Megamall di Banda Hilir dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi.