KWASA DAMANSARA: Laporan Tahunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2021 melaporkan seramai dua juta ahli berumur 40 hingga 54 mempunyai kurang dari RM10,000.
Menurut KWSP juga, daripada 4.81 juta ahlinya berumur antara 40 hingga 54 tahun seramai 2.64 juta merupakan ahli tidak aktif di mana mereka tidak membuat sebarang caruman dalam setahun lepas.
KWSP dalam satu kenyataan berkata, perbezaan yang besar antara purata dan median dalam setiap lingkungan umur menunjukkan jurang ketidaksamaan yang tinggi di antara ahli KWSP, di mana sebahagian kecil ahli memegang bahagian simpanan yang lebih besar.
Jelasnya, antara faktor yang menyumbang kepada jumlah simpanan ahli yang rendah bagi kumpulan umur ini termasuklah gaji permulaan yang lebih rendah bagi mereka yang memulakan kerjaya sebelum gaji minimum Malaysia dilaksanakan pada 2013.
"Cabaran struktur gaji di mana 44 peratus penyumbang KWSP mempunyai pendapatan kurang dari RM2,000 dan 81 peratus mempunyai pendapatan kurang dari RM5,000 juga merupakan antara penyumbang tersebut.
“Caruman yang tidak konsisten disebabkan ahli beralih keluar dan masuk dari sektor formal, di mana hanya 45 peratus daripada 4.81 juta ahli dalam kumpulan umur ini telah membuat caruman pada tahun 2022, manakala selebihnya tidak membuat sebarang caruman pada tahun lepas." katanya
Tambahnya lagi, sebanyak 2.85 juta atau 59 peratus daripada ahli dalam kumpulan umur ini telah memohon satu atau lebih daripada pengeluaran berkaitan COVID-19 dan mengeluarkan sebanyak RM62 bilion, seterusnya mengurangkan lagi jumlah simpanan mereka,” katanya.
Rentetan itu, KWSP menyambut baik inisiatif sumbangan 'one-off' sebanyak RM500 oleh Kerajaan yang akan terbuka kepada ahli aktif dan juga tidak aktif sebagai langkah untuk meningkatkan simpanan persaraan ahlinya.
KWSP juga turut menegaskan ia memberi keutamaan tertinggi kepada pemeliharaan integriti data ahli dan pematuhan dasar, kawalan, dan prosedur audit yang ketat sejajar dengan peranan KWSP sebagai pemegang amanah dan pelindung dana simpanan persaraan ahli.
Astro Awani
Thu Mar 09 2023
KWSP menjelaskan status terkini baki simpanan ahli seperti yang telah dibangkitkan di Parlimen baru-baru ini. - Fail foto
Agenda AWANI Asia: Usaha tangani bencana alam
Apakah strategi dan pendekatan menangani bencana alam abad ini? Sejauh mana tahap kesedaran masyarakat awam terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
ADIA akan main peranan penting dalam transformasi MAHB - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.
GDA kekal dengan tawaran RM11 sesaham bagi MAHB
GDA, konsortium yang mencadangkan penstrukturan semula kepentingan MAHB kekal dengan harga tawaran RM11 sesaham, meskipun terdapat cadangan daripada pengarah bebas untuk menolak tawaran itu.
Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.
288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.