SHAH ALAM:Wacana al-Quran, sebuah program bual bicara terbitan akhbar Sinar Harian yang mengupas isu semasa dengan berpandukan al-Quran sebagai penyelesaian, akan dipersembahkan dalam bentuk lebih 'catchy' bagi menarik minat golongan muda mendalami ilmu agama.
Pengarang Kanan Digital Sinar Harian Ruzy Adila Idris berkata usaha itu dilakukan menerusi penyediaan pelbagai jenis kandungan dalam bentuk poster, petikan kata dan video pendek bagi dimuat naik di setiap platform digital akhbar itu.
"Pengikut Instagram Sinar Harian misalnya, rata-rata mereka berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun dan mereka sangat responsif serta tidak sukakan isi kandungan yang bersifat keterlaluan tapi suka infomasi yang lebih 'cool' (hebat).
"Jadi, kita akan ambil petikan kata yang menarik dalam program wacana ini dan paparkan dalam laman Instagram," katanya kepada Bernama di sini.
Program hasil kolaboratif antara Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Sinar Harian dan Karya Bestari itu akan bersiaran secara langsung di platform media sosial akhbar berkenaan selama satu jam mulai esok hingga Jumaat bermula pukul 6 petang.
Program yang merupakan kesinambungan kepada kempen My#QuranHour anjuran akhbar berkenaan sejak tujuh tahun lepas akan diterbitkan selama tiga bulan sebagai usaha bagi membina ekosistem Islam serta mengekang keruntuhan moral bangsa.
Tambah Ruzy Adila, bagi memastikan pengisian menerusi platform digital akhbar itu mampu menarik minat golongan muda, pihaknya perlu menjadi lebih kreatif supaya kandungannya bersesuaian untuk setiap media sosial.
"Kandungan digitalnya perlu juga memainkan peranan bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan tidak terlalu berat, mudah difahami oleh golongan muda dan lebih 'catchy'.
"Turut disediakan ialah biodata ahli panel, qari, ahli akademik yang ditemu bual dalam program bual bicara itu. Selain mengenali al-Quran, mereka juga boleh mengenali keluarga wacana dan personaliti ditampilkan," katanya.
Program itu akan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail sebagai hos tetap bersama qari serta panel jemputan dalam pelbagai bidang dan kepakaran untuk mengupas isu yang berbeza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020
Ruzy Adila ditemubual Bernama mengenai Program Wacana Al-Quran di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, 16 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Town Hall Rakyat bersama Fahmi Fadzil terbuka kepada semua
Town Hall Rakyat itu merupakan program terbaharu Sinar Harian dengan membawa konsep mendekatkan menteri dengan rakyat.
PRU15: Program Malaysia Berdoa solusi spiritual
Sinar Harian, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), dan Rasuah Busters menganjurkan Program Malaysia Berdoa pada malam terakhir sebelum hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Warga emas cedera dipukul tiga penyamun rumah sarang burung
Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili.
Majlis khatam al-Quran di Karangkraf esok
Bertemakan Tinta Emas Mencipta Generasi Taqaddum, majlis akan diadakan di Kumpulan Karangkraf bermula jam 5 petang.
Jom meriahkan Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf
Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam.
Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai
Kes saman fitnah Lim Kit Siang terhadap Tun Mohammed Hanif Omar dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selesai hari ini.
Talian Jiwa: Berniaga dari rumah ke tapak pasar malam
Asiah Halim berkongsi cabaran kehidupan akibat terkesan pandemik COVID-19 di Talian Jiwa yang bersiaran di Astro Oasis.
Sinar Harian bertahan kerana berani papar kebenaran
Tempoh 15 tahun bukan sahaja mematangkan Sinar Harian, malah ia juga membantu akhbar tersebut mencipta kredibiliti yang tersendiri dalam industri media cetak.
Golongan, NGO profesional dipelawa sertai kempen Rasuah Busters
Golongan profesional dan badan-badan berkaitan dipelawa untuk berganding bahu bersama-sama menyertai kempen Rasuah Busters yang diushakan oleh Sinar Harian.
Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Ia harus berterusan dan berulang kali. Sebab itu kita harus memahami dan menghargai sejarah negara dalam konteks memerangi rasuah.